'Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing'. Begitulah peribahasa Melayu yang selalu kita dengarkan. Namun begitu, kita semua tahu bahawa 'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'. Lantaran itu, Warga Perihatin EXSAS tampil kehadapan menghulurkan bantuan, meringankan beban.
EXSAS 7680 melalui Tabung Kebajikan mereka dengan kerjasama EXSAS telah bertandang ke rumah Sdr Hazim (80) dan Puan Airina (isteri) di Permatang Badak, Kuantan untuk bertemu dengan Mohamad Suhaib, anak beliau yang telah kehilangan sebelah kaki akibat kemalangan jalanraya pada awal Januari lalu.
Namun begitu, bekas pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang ini memaklumkan bahawa beliau tidak akan patah semangat dan tanpa menghiraukan kekurangan yang ada untuk terus mengejar cita-citanya menjadi seorang akauntan selepas memperolehi keputusan cemelang 10A pada SPM yang baru lalu.
"Keputusan cemerlang ini memberikan harapan kepada saya untuk terus berusaha mengejar cita-cita seterusnya tidak mudah mengaku kalau walaupun dilanda musibah atau rintangan" (Harian Metro)
AJK EXSAS yang diwakili oleh Naib Bendahari, Puan Norjiah (80) dan Naib Setiausaha, Saudari Rapeeah (04) bersama-sama dengan wakil EXSAS 7680, Haji Zailan menghulurkan sumbangan tersebut bagi menampung sedikit kos persediaan membuat kaki palsu yang dijadualkan pada minggu hadapan.
Shuhaib sangat berharap agar beliau dapat segera menyesuaikan diri dengan kaki palsu tersebut kerana beliau akan mendaftar di UIA pada 7 Jun 2014 setelah ditawarkan menyambung pengajian di dalam Program Matrikulasi UIA.
Semoga beliau tabah dan terus berusaha menggapai impian.