PEMENANG PERADUAN SPOT ME
UNTUK BULAN MEI 2007.
Selepas bertungkus lumus selama sebulan, SPY SPOT ME akhirnya telah berjaya mengesan pemilik kenderaan yang mempunyai 'sticker' Exsas serta berdaftar dengan peraduan ini untuk muncul sebagai pemenang pertama peraduan SPOT ME. Siapakah pemilik kenderaan bertuah ini?. Sila lihat paparan dibawah.
Inilah kenderaan yang telah di 'SPOT' untuk menjadi pemenang bulan Mei Peraduan SPOT ME. Kenderaan tersebut telah dijumpai di sebuah kawasan di Bandar Kuantan pada awal Jun yang lepas. Kenderaan bertuah ini adalah milik Intan Saruza bt. Sabar dari batch 93 dengan nombor keahlian M0668.
Beliau ketika dihubungi melalui email tempohari melahirkan rasa gembira dan syukur kerana kenderaan mereka telah terpilih sebagai pemenang. Berasal dan menetap di Kuantan dengan 2 orang cahaya mata, telah mendapat dorongan daripada suami, Hanafiyah untuk mendaftarkan nombor kenderaan mereka.
"Kami memang berhasrat untuk hadir ke Majlis AKSHAH yang bakal diadakan nanti dan tidak menyangka impian kami tercapai setelah mendapat hadiah tiket ke majilis tersebut melalui Peraduan SPOT ME. Terima kasih kepada Exsas".
Tahniah diucapkan kepada pasangan tersebut.
Masih belum terlambat untuk mendaftarkan nombor kenderaan anda dan jangan lupa, pamerkan 'sticker' exsas di mana-mana bahagian cermin kenderaan anda. SPY kami akan terus memburu bagi pemenang bulan Jun.
Kepada mereka yang telah menempah 'sticker' secara online, sila buat pembayaran dengan segera supaya kami dapat menghantarnya kepada anda.