KENANGAN TERINDAH
LAWATAN ANTARABANGSA
KELANTAN-TRIANGLE OF JAVA INDONESIA
oleh : Nadiatul Fifi Syahida Bakri
16.6.2007
Hari ini merupakan hari terakhir untuk aku dan rakan-rakan persatuan yang lain menyiapkan persiapan yang diperlukan untuk dibawa dalam lawatan kami ini. Semalam, merupakan hari yang paling memenatkan bagi kami semua. Segala yang diperlukan telahpun disiapkan. Pada hari ini aku dan rakan-rakanku yang lain hanya mengemaskan barang-barang diri masing-masing. Barang-brang keperluan yang penting seperti passport dan pakaian yang mencukupi amat aku titikberatkan.
Pada hari semalam juga kami semua telah diberikan sedikit taklimat daripada Ketua Deligasi kami iaitu Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik dan Pengantarabangsaan UiTM Machang, Prof. Madya Haji Zulkarnain Bin Yusoff. Beliau banyak memberikan tips-tips yang berguna dalam persediaan untuk kami mengikuti lawatan itu nanti berdasarkan pengalaman beliau sebelum ini.
Pada malamnya, aku dan rakan-rakan yang lain telah keluar dari kolej untuk menikmati hidangan ‘chicken chop’ yang hanya terletak di depan Uitm. Maklumlah malam ini merupakan malam yang terakhir untuk kami habiskan masa di sini sebelum berangkat ke Indonesia.
Selama lebih sebulan aku dan rakan-rakan bekerja keras untuk mengumpul dana yang masih tidak mencukupi. Tetapi berkat usaha kami semua segala target dana telah dapat dikumpul dan berita baiknya, dana yang dikumpul itu telah melebihi target yang sepatutnya. Termasuklah sumbangan yang aku terima dari EXSAS, alumni sekolahku yang dicintai. Terima kasih abang-abang dan kakak-kakak EXSAS semua. Akhirnya, selepas segala barang yang perlu dibawa siap dipacking, sampai masa untuk tidur. Tak sabar menanti hari esok yang bakal menjelma.
17.6.2007
Bangun tidur. Syukur aku masih bernafas lagi untuk meneruskan segala usaha yang telah aku curahkan bagi memastikan lawatan ini berjalan dengan lancar. Pukul 8 pagi semua barang diangkut ke dalam bas untuk berangkat ke Uitm Puncak Perdana, Shah Alam.
Seramai 18 orang termasuk Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik dan Pengantarabangsaan UiTM Machang, Prof. Madya Haji Zulkarnain Bin Yusoff sebagai Ketua Deligasi kami dan Penasihat kelabku (Kelab High Achievers UiTM Machang) iaitu En Zaihan. Kami semu dihantar menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak UiTM. Namun sebelum itu kami semua mendapat taklimat yang terakhir daripada Tuan Haji Muhammad Shukri bin Salleh, beliau merupakan Timbalan Pengarah Kampus Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kelantan.
Beliau memberikan kata-kata terakhir sebulum kami meneruskan perjalanan ke UiTM Puncak Perdana. Kami bertolak pada pukul 8.30 pagi. Perjalanan panjang dan memenatkan berjalan dengan lancar. Aku dan rakan-rakanku selamat sampai ke sana kira-kira pukul 7.30 malam. Aku dan 5 rakanku diberikan 1 bilik untuk kami berehat sementara menunggu waktu flight kami tiba. Pada pukul 9 malam kami telah dibawa ke Pasaraya Giant, Seksyen 13 untuk membeli barangan keperluan untuk dibawa bersama. Selepas selesai makan malam, lebih kurang jam 11 malam. kami kembali ke UiTM Puncak Perdana. Aku dan rakan-rakanku berehat di bilik sahaja dan mengambil peluang ini untuk tidur sementara menunggu pukul 3 pagi untuk bertolak pula ke lapangan terbang LCCT Sepang.
18.6.2007
Pukul 3 pagi aku bangun dan bersiap untuk bertolak ke lapangan terbang LCCT, Sepang. Tepat jam 4 pagi, kami bertolak ke sana. Perjalanan ini mengambil masa selama 1 jam setengah untuk sampai. Walaupun waktu pagi sebegitu, terdapat ramai orang memenuhi balai berlepas. Masing-masing dengan tujuan dan destinasi yang tersendiri. Aku dan rakanku Farah sempat berposing mengambil gambar masing-masing. Begitu juga dengan rakan-rakanku yang lain tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang. Hehe..
Kemudian, seorang ‘travel agent’ datang dan membantu kami meneruskan prosedur-prosedur yang sepatut dilakukan. Beg-beg kami melalui proses yang biasa dilakukan. Ditimbang dan discan seperti biasa. Tidak sabar ingin menaiki kapal terbang. Sebelum itu, aku menelefon mak dan abah untuk memohon restu sekali lagi dan meminta agar mereka mendoakan perjalananku ini selamat. Tepat pukul 7.30 pagi kami menaiki kapal terbang.
Inilah kali pertama aku manaiki kapal terbang AirAsia begitu juga dengan rakanku Farah. Suatu pengalaman yang amat berharga bagi kami. Sewaktu kapal terbang ingin berlepas, tidak dapat dibayangkan perasaanku pada waktu ini. Airmataku dan Farah mengalir laju.
Walaupun kami hanya mengadakan lawatan ke Indonesia namun aku amat berbangga kerana segala yang diusahakan adalah dari titik peluhku dan rakan-rakanku yang lain. Susah-payah kami lakukan bersama-sama. Tidak sabar menunggu untuk menjejakkan kami ke bumi jiran Malaysia itu. Perjalanan ini mengambil masa selama 2 jam sahaja.
Pada pukul 9.30 pagi waktu Indonesia yang cepat 1 jam dari Malaysia, kami telah selamat tiba di Sukarno Hatta Airport di Jakarta, Indonesia. Line telefonku diarah untuk ditukar mengikut line yang digunakan di sana. Aku tidak dapat untuk menghubungi mak dan abah untuk memberitahu yang aku telah selamat sampai.
Travel agent yang menguruskan kami telah sedia menanti kami bersama bas yang disediakan khas. Travel agent itu merupakan warganegara Indonesia begitu juga dengan pemandu bas kami. Beliau memperkenalkan diri sebagai Pak Sono.
Kemudian, kami terus telah dibawa ke Muzium Indonesia. Ia adalah merupakan sebuah tempat bersejarah yang mewakili seluruh pelusuk Indonesia. Kami telah dibawa ke sebuah kedai makan yang terletak di dalam muzium itu. Aku dan rakanku Farah hanya minum Teh o’ yang dipanggil ‘Teh Es Manis’. Rasa air teh tersebut memang lain dari air teh di Malaysia. Rakan-rakanku mengorder ‘mee bakso’ yang amat dikenali di Indonesia. Begitu juga denganku dan Farah. Rupa-rupanya ‘mee bakso’ tersebut seperti Maggie yang terdapat di Malaysia.
Ketika ini, ibuku menelefon dari Malaysia. Aku memberitahu ibuku yan aku telah selamat tiba disini. Kemudian kami dibawa berjalan ke bahagian-bahagian muzium tersebut. Kemudian, kami telah diminta oleh Prof Madya Zulkarnain untuk menaiki ‘kereta gantung’ untuk melihat pandangan di dalam muzium tersebut melalui pandangan atas. Seronok dan amat mengangumkanku melihat senibina-senibina didalam muzium tersebut.
Walaupun aku gayat, namun dapat kuatasi kerana terpukau dengan keindahan yang dilihat dari tempat tinggi itu. Kemudian, kami dibawa menaiki bas semula untuk mengelilingi kawasan muzium tersebut. Setelah menghabiskan masa selama lebih kurang 3 jam, kami di bawa pula ke Restoran Sederhana Makanan Padang untuk menikmati makan tengahari. Makanan padang merupakan jenis makanan yang tidak pernah ku makan selama ini. Lauk yang tersedia adalah gulai ayam, nangka masak lemak cili, telur masak lemak, ulam-ulaman, sambal dan macam-macam lagi.
Air yang disediakan adalah teh O yang tidak dimasukkan gula. Namun, ini merupakan pengalaman yang pertama menikmati set makanan tengahari disini. Semua orang berselera menghabiskan makanan masing-masing. Selesai makan tengahari, kami dibawa terus ke Puncak. Kawasan disini sangat cantik dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kawasan disini boleh disamakan dengan kawasan Cameron Highland di Malaysia. Cuaca dan suhu disini amat sejuk. Terdapat banyak ladang teh dan strawberi dijual disini. Pemandangan juga amat cantik namun cuacanya yang amat sejuk membuatkan kami tidak dapat menghabiskan masa yang lama disana.
Seterusnya kami terus di bawa ke Hotel Surya Indah dan telah diberikan layanan yang amat mesra dan baik oleh pihak kakitangan hotel. Aku telah ditempatkan dengan Farah dalam 1 bilik resort yang amat besar. Suhu yang sejuk dari luar masih boleh dirasai walaupun kami berada di dalam bilik tersebut. Beg-beg diangkut keluar oleh pihak hotel dan dihantar oleh mereka ke bilik kami. Pekerja-pekerja disama amat baik dan mesra sekali.
Seterusnya, kami berehat, sembahyang, mandi dan berehat di dalam bilik masing-masing. Pada pukul 8 malam, kami telah dijemput untuk makan malam di hotel tersebut. Sebelum itu, En Zaihan telah memanggil kami dan memberikan sedikit nasihat mengenai penjual-penjual barangan di sini. Beliau memberikan peringatan dan sedikit tips untuk membeli barangan yang diingini untuk mengelakkan diri kami daripada ditipu semasa membeli belah.
Pelbagai makanan disediakan. Contohnya seperti sup bakso, ulam-ulaman, ikan stim dan pelbagai lagi. Perutku kekeyangan. Sewaktu keluar dari ruang makan tersebut, kami telah diserbu oleh penjual-penjual barangan. Sebagai tanda kenangan, aku telah membeli sedikit barangan yang dijual oleh mereka.
Kemudian, aku dan Farah terus masuk ke bilik kami dan bersiap sedia untuk tidur. Katil yang disediakan sungguh selesa, begitu juga dengan bilik kami. Cuma ‘water heater’ yang ada telah tidak berfungsi, menyebabkan kami kesejukan sewaktu menggunakan air. Pukul 11 malam kami melayan tidur masing-masing. Tidak sabar menunggu hari esok untuk melawat tempat-tempat yang menarik lagi disini. Jumpa lagi esok…….