4 tahun yang lalu, tarih keramat 12 Oktober 2006 telah mencatatkan satu sejarah di dalam memori EXSAS. Perginya seorang teman, kakak dan juga seorang warga EXSAS yang disayangi, Norseha Abu Bakar.
Masih saya ingat lagi, tanggal 27 September 2006, kami sempat membuat kunjungan ke kediaman Arwah di Kuala Lumpur. Kami berbual sambil memberikan kata-kata semangat kepada Arwah. Kami juga diberi kebenaran untuk merakamkan gambar terkini beliau ( sebelum ini beliau tidak mahu didatangi wartawan dan jurugambar ).
Allah lebih menyayangi beliau, 2 minggu selepas kunjungan kami, beliau telah dijempuat mengadap Illahi. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al fatehah.