Kepada :
SEMUA AHLI EXSAS
Tuan/Puan,
NOTIS JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN EXSAS KALI KE 14, 2013
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman pihak tuan/puan, Mesyuarat Agung Tahunan EXSAS kali ke 14 yang dijadualkan pada 29 Jun 2013 tidak dapat diadakan.
3. Maka dengan itu, mesyuarat tersebut akan diadakan semula seperti ketetapan berikut :-
Tarikh : 6 Julai 2013 (Sabtu)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Kelab Golf Seri Selangor (KGSS), Kota Damansara (berhadapan Sunway Giza)
4. Sehubungan dengan itu, semua ahli dijemput bagi menjayakan majlis tersebut. Agenda mesyuarat adalah sama seperti asal.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
SAFARIN BIN MUSA
AJK EXSAS 2012-2014 bagi pihak Setiausaha EXSAS.