Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, "Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun."
(Riwayat At-Tirmitzi) Sumber Petikan:JAKIM
Sabda Baginda lagi, "Barangsiapa memberi minum seseorang yang berpuasa (semasa berbuka puasa), Allah Taala akan memberi minum kepadanya dari kolam-Ku (kolam al-Kauthar) dengan sekali minum sahaja (yang menjadikan dia) tidak akan merasa dahaga (selama-lamanya) sehingga ia masuk ke dalam syurga."
(Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam kitab sahihnya)
Ramadan bakal menjelang. InsyaAllah kita dipanjangkan umur untuk sekali lagi menjalani ibadah puasa dan merebut seribu satu fahdilat dan hikmah yang datang bersamanya.
Mencontohi inisiatif yang sama yang telah dijalankan sejak beberapa tahun lalu oleh beberapa ahli EXSAS di Terengganu, Exco EXSAS berhasrat menganjurkan aktiviti amal yang sama sepanjang Ramadan ini - menyediakan juadah berbuka puasa bagi ahli keluarga pesakit di Wad 3, Hospital Kuantan, HTAA (yang menjaga pesakit).
Terima kasih kepada Dato' Dr Hadi EXSAS79 yang mempermudahkan 'access' kepada Pengarah Hospital. Sokongan dan persetujuan pihak hospital telah diperolehi, malah mereka merasa terharu dan mengalu-alukan inisiatif ini kerana rata-rata pesakit di Wad 3 datang dari latar-belakang yang susah/amat susah.
Ahli-ahli EXSAS yang ingin turut sama dalam aktiviti amal ini boleh berbuat demikian mulai hari ini. Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun berikut :
Persatuan Bekas Pelajar Semsas
Maybank Acc No : 5623 5750 2760
Sila emailkan deposit slip keemail
Bilangan edaran harian juadah berbuka puasa tersebut dan tempoh edaran adalah bergantung kepada sumbangan yang diperolehi. Marilah kita sama-sama membantu mereka yang memerlukan
Semoga Allah menerima amalan kita, memberikan kita rahmat dan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda serta mengampunkan dosa kita.
"Bulan Ramadhan juga ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat, pertengahannya dipenuhi dengan keampunan dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus dari neraka".
Wallahua'lam dan wasallam.
-Presiden EXSAS-