Atas beberapa masalah, takwim aktiviti EXSAS 2013 gagal dikongsi lebih awal. Bagi pihak Exco EXSAS, Pentadbir mohon maaf atas kelewatan berkongsi takwim tersebut. Tersenarai adalah aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan untuk sepanjang tahun 2013 (termasuk yang telah dijalankan):
1. Golf Piala Tan Sri Ghafar Mahmud (kendalian Koexsas 87): Tarikh asal 30 Mac 2013 (terpaksa ditunda beberapa kali akibat ketidakpastian tarikh PRU). Tarikh terbaru Nov 2013 - tertakluk kepada jadual TSG.
2. AGM dan Hi-Tea: Tarikh asal 6 April 2013 (terpaksa ditunda ke Jun 2013 akibat ketidakpastian tarikh PRU dan ditunda sekali lagi ke 6 Julai 2013 akibat tidak cukup korum) – telah dijalankan
3. Homecoming 2013 (Kendalian ahli2 EXSAS @ Kuantan): 29 Jun 2013 – telah dijalankan
4. Iftar EXSAS dan Sesi Ceramah Agama: 19 Julai 2013
5. Sumbangan Juadah Iftar untuk penjaga pesakit di Wad 3, HTAA – Julai-Ogos 2013 (berapa banyak dan berapa lama disumbangkan bergantung kepada kutipan sumbangan dari ahli EXSAS)
6. Double Trouble/Jamuan Raya – September 2013 (tarikh yang tepat bergantung kepada pengesahan venue)
7. AKSHAH 2013 – 26 Oktober 2013