Pada 27 November 2013 yang lepas, bertempat di Dewan Al Khawarizmi SEMSAS, telah berlangsung Majlis Makan Malam Sempena Persaraan Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Majlis yang dinamakan Kasih Terpaut, Budi Terpatri dianjurkan oleh EXSAS bersama SEMSAS.
Tan Sri mula berkhidmat di SEMSAS dari tahun 1977 hingga 1984. Beliau kemudian kembalai ke SEMSAS sebagai Pengetua SEMSAS dari tahun 1998 hingga 2001. Beliau menjawat pelbagai jawatan dalam KPM hinggalah sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Beliau dilahirkan di Pekan pada 8 Disember 1953. Pada malam tersebut beliau hadir dengan ditemani Puan Sri Zaiton.
Beliau memegang BA Hons Pengajian Melayu UM, Diploma Pendidikan UM dan MA in Education University Of East Anglia Norwich England.
Beliau bertanggungjawab menghasilkan Pelan Induk Pendidikan 2013-2025.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran bekas pelajar SEMSAS dari batch 1975 hingga 2013, termasuk mantan pengetua-pengetua, mantan guru-guru serta mantan staf sokongan.