Di awal Disember tahun 2013, Kuantan digemparkan dengan bencana banjir yang hampir melumpuhkan keseluruhan bandar dan desa.
Beberapa sukarelawan EXSAS, mengambil inisiatif untuk melancarkan program mengumpul barang-barang keperluan asas dari ahli-ahli EXSAS serta masyarakat setempat bagi meringankan beban mangsa banjir di Kuantan. Sumbangan wang juga diterima dari ahli EXSAS yang prihatin.
Beberapa pusat pengumpulan telah dibentuk, antaranya di Shah Alam, Subang Jaya, Putrajaya dan KL. Pusat ini dikendalikan oleh sukarelawan EXSAS.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia, di bawah kendalian Cik Normala Baharuddin (EXSAS 1987) menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk penghantaran barangan ke Kuantan.
Pickup point Shah Alam 8 Disember - in charge Aivy (89)
Pickup point Subang Jaya 8 Disember - in charge Anida (88)
Pickup point KL - in charge Hasni
Pickup point Putrajaya 10 Disember - in charge Aishah (00)
10 Disember - Barangan dikumpulkan di Pandu Puteri HQ untuk disusun oleh sukarelawan Pandu Puteri.
EXSAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu yang memberi sumbangan. Jasa anda semua amatlah kami hargai.