Berita & Foto : Azrul Ibrahmi & Mohd Fuad
Lagi foto DISINI.
Alhamdulillah, dengan izin Allah Ta'ala, selesai sudah satu lagi aktiviti EXSAS iaitu program berbuka puasa bersama kariah Masjid Salehuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Kuala Lumpur. Untuk makluman, Masjid Salehuddin Al-Ayyubi, Taman Melati ini dipengerusikan oleh Ayahanda Dato' Abd Rahim Abd Hamid, Penaung Seumur Hidup EXSAS.
Kehadiran Warga EXSAS agak memberangsangkan iaitu sekitar 40 orang, majlis bermula seawal jam 6.15 petang dengan program bacaan yassin dan tahlil sementara menunggu waktu berbuka puasa. Ia diikuti pula dengan solat maghrib dan Isyak seterusnya solat tarawikh. Selepas menamatkan 8 rakaat & 3 witir, majlis diteruskan dengan sedikit tazkirah ringkas dari Ustaz Zul Ramli (Exsas83).
Majlis diakhiri dengan sedikit moreh dah bersurai sekitar jam 11.30 malam.
Turut hadir ke program kali ini ialah mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia/Mantan Pengetua Semsas, Ayahanda Tan Sri Ghafar serta mantan Presiden Exsas Dato' Ir Muhammad Imran dan Saudara Mazlan Abd. Razak.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua warga Exsas yang hadir dan menjayakan program kali ini. Terima kasih juga kepada yang membantu dan menyumbang walaupun tidak dapat hadir. Amat jelas kelihatan betapa bangganya Ayahanda Dato' Abd Rahim memperkenalkan EXSAS kepada ahli kariah masjid sebagaimana bangganya seorang ayah melihat anak-anaknya 'Hidup Berjasa' kepada masyarakat.
Untuk makluman juga, EXSAS Kuantan akan menganjurkan Program Beli Baju Raya di Jakel Alamoda Kuantan bersama 60 pelajar miskin Semsas pada 18 Julai 2014 (Jumaat jam 3 petang). Seterusnya berbuka puasa dan bertarawikh di Shahzan Inn. Sumbangan warga EXSAS amat dialu-alukan.
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Naib Bendahari Exsas, Puan Norjiah Sudiran (Exsas 80) 0129286364.
Terima kasih.
(Biro Pentadbiran & Komunikasi Exsas)