Temerloh, 31 Januari 2015 - AJK EXSAS telah mengadakan mesyuarat AJK Bil 03 bertempat di Bilik Mesyuarat Raliz Sdn Bhd, Pusat Perniagaan Sri Semantan, Temerloh yang dimiliki oleh Sdr Omar (99). Pada mesyuarat tersebut, Takwim 2015 telah dikeluarkan sebagaimana berikut :
1. TT bersama Exsas SPM 2014 - Februari 2015 - Kuantan
2. AGM 16 + Homecoming 2015 - Mac 2015 - Semsas
3. Luncheon EXSAS - Februari (Kuantan) dan April (Melaka)
4. Iftar - June - Kuantan & Kuala Lumpur
5. DT + Jamuan Raya - Ogos - Kuala Lumpur
6. Jamuan Makan Malam EXSAS/Semsas - Semsas - Okt/Nov 2015
7. EXSAS Family Day - Jan/Feb 2016
Beberapa perkara juga telah dibincang serta dimaklumkan seperti :
1. Pertambahan keahlian sebanyak 153 orang sejak AGM 15
2. Promosi dan diskaun yuran keahlian kepada Exsas SPM 2014
3. Cadangan TT / Sesi Branstorming bersama Penghulu Batch
4. Koop Exsas dalam proses pendaftaran
5. Membuka peluang kepada ahli Exsas untuk memberi Cadangan Membekal dan Menguruskan Cenderamata Exsas
6. Kemaskini Majlis Mesyuarat PIBG-SEMSAS-EXSAS
7. Cadangan jumlah sumbangan wang tunai kepada mangsa banjir Exsas
AJK Exsas berkesempatan untuk bertemu Exsas90 yang kebetulan sedang berkumpul di Gobang Maju Ikan Patin untuk makan tengahari. Pada sebelah petangnya pula, AJK Exsas menziarahi keluarga Arwah Asyran di Tmn Segumpas, Temerloh serta singgah di SRA Al Mukmin Kg Kepayang untuk menghulurkan sedikit sumbangan.