Sukacita dimaklumkan bahawa Presiden EXSAS, Sdr Mohd Fuad serta AJK yang lain akan berada di Kuantan pada 16 Februari 2015 (Isnin) ini bagi melaksanakan beberapa aktiviti yang telah dirancang sebagaimana berikut :
No. | Perkara | Tindakan | Masa | Tempat |
1 | Perbincangan dengan Pengetua & Pentadbir mengenai kerjasama PIBG, EXSAS dan juga SEMSAS | Pengetua & Pentadbir Semsas Wakil PIBG Presiden & AJK EXSAS |
3.00 pm | Semsas |
2 | Sumbangan Pasca Banjir oleh Exsas7680 & EXSAS kepada pelajar Semsas yang terlibat dengan banjir | Pelajar Semsas yang terlibat Pentadbir Semsas Presiden & AJK EXSAS |
4.00 pm | Semsas |
3 | Sesi Teh Tarik bersama Exsas2014 (Hala tuju selepas keputusan SPM) | Exsas2014 EXSAS |
5.00 - 7.00 pm | Restoran Dallah, Kuantan |
Warga EXSAS yang berkesempatan dijemput hadir terutama pada program ke 3 iaitu Teh Tarik bersama Exsas2014 yang sedang menunggu keputusan SPM. Mereka sangat memerlukan panduan dan nasihat sebelum membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran sebaik sahaja menerima keputusan SPM yang dijangka akan diumumkan pada awal Mac 2015.
Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan Qisan di 019-2991600