Foto : Sh Amizul & Mohd Fuad
Mesyuarat AJK EXSAS kali pertama untuk sesi yang baharu telah diadakan pada 4 Jun 2016 yang lepas bertempat di Four Point By Sheraton Puchong. Venue mesyuarat kali ini telah ditaja oleh NSE Resources Corporation (M) Sdn Bhd. Terima kasih kami ucapkan.
Kehadiran yang amat menggalakkan daripada barisan AJK yang baharu dimana hanya 2 orang daripada 17 orang AJK yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Diantara aktiviti / perancangan yang telah dicadangkan adalah sebagaimana berikut :
1. Double Trouble 2016 - Oktober 2016
2. Majlis Berbuka Puasa dan Program beli baju raya EXSAS bersama pelajar terpilih Semsas - Jun 2016
3. Kolokium Pelajar Projek Khas SBP 2016 - Melaka
4. Homecoming + AGM + Pelancaran KOOP - 2017
5. Siri Power Talk - 2016 dan 2017
6. Majlis Jamuan Hari Raya - 2016
7. Tabung Kebajikan EXSAS
8. Tabung Pendidikan SEMSAS
9. Forum Perdana
10. AKSHAH 2018
11. Golf Inter Alumni
12. Kempen Keahlian EXSAS
Semoga gabungan AJK baru dan AJK lama untuk sesi kali ini akan memberikan impak kepada hala tuju EXSAS pada masa yang akan datang. Terima kasih kepada seluruh warga EXSAS yang telah membantu dan menyokong EXSAS selama ini.
Azhar Aziz
Setiausaha EXSAS
Sesi 2016-2018