Khabar duka dari rakan-rakan EXSAS telah memaklumkan bahawa Bonda kepada Saudara Amir Shariman Ishak (88) dan adik beliau, Amry Ridwan Ishak (89) telah kembali kerahmatullah pada petang 16 Jun 2016 di Chenor selepas terlibat dengan kemalangan.
Jenazah akan disemadikan selepas Asar nanti. Saudara Amir Shariman yang kini menetap dan bekerja di Riyadh sedang didalam perjalanan pulang dan dijangka tiba di KLIA pada tengahari ini.
Takziah dari kami warga EXSAS buat beliau dan keluarga. Semoga Bonda beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.