Nota: Coretan ini ditulis pada tarikh 18 Julai 2003 khas untuk Malam Reunion Pertama kumpulan bekas pelajar yang dikenali sebagai SMSP77.
MALAM REUNION PELAJAR FIRST BATCH SEKOLAH MENENGAH SAINS PAHANG (SMSP) DI PAN PACIFIC HOTEL, KUALA LUMPUR PADA 19 JULAI 2003.
Pengenalan diri
Mazhar Bin Mahmood, Kelas 1C tahun 1973 Sekolah Menengah Sains Pahang (SMSP).
Inilah kali pertama saya hadir ke Malam Reunion bekas pelajar SMSP. First batch SMSP adalah satu keistimewaan. Saya memang ingin berjumpa dengan tuan-tuan dan puan-puan terutama yang tidak pernah bersua sejak masing-masing meninggalkan SMSP/SEMSAS.
Saya minta izin - 10 minit kalau boleh, untuk bernostalgia tentang SMSP. Saya adalah salah seorang dari first batch SMSP yang paling kemudian sekali meninggalkan SMSP/SEMSAS iaitu selepas 1979 (sesudah Higher School Certificate HSC). Selama 7 tahun saya berada di SMSP.
Saya bukanlah wakil yang sepatutnya untuk bercerita tentang kita di SMSP. Saya bukanlah somebody yang famous atau outstanding semasa di SMSP. Bukanlah yang aktif atau jaguh didalam sukan atau akademik di SMSP dulu. Lainlah pengerusi kita Mohd Taib yang begitu dikenali.
Cuma, saya mempunyai satu sifat semulajadi sebagai pemerhati, agak sentimental dan nostalgia. Banyak kenangan lama alam persekolahan tersimpan dan kadang-kadang menjadi idea untuk saya menulis atau mengimbau sesuatu peristiwa yang lepas. Saya masih menyimpan gambar-gambar lama semasa bersekolah di SMSP dahulu.
Saya tidak pasti samada tuan-tuan dan puan-puan masih ada Kad Pelajar SMSP yang diberi semasa kita di SMSP (Tingkatan 1) dahulu. Saya masih ada kad itu dengan Nombor Sekolah 0080 cuma gambar dah bertukar dengan gambar semasa Form 5.
Hobi saya sebagai penulis sejak dari SMSP Temerloh lagi. Cuma ia setakat hobi dan tidaklah saya beriya untuk menceburinya. Sumbangan saya kepada SMSP adalah melaIui bidang penulisan iaitu sajak hari guru dan tulisan didalam majalah sekolah.
Ayahanda Pengetua (Datuk Abdul Rahim Hamid) kita ini pernah komen tentang rambut saya semasa di SMSP dahulu. Saya dulu semasa sekolah rambut agak panjang. Satu hari saya masih ingat … Ayahanda Pengetua memberitahu saya,”Awak ini sasterawan rupanya sebab itu rambut panjang ….”.
Dari segi pekerjaan saya bukanlah didalam bidang seni atau penulisan. Saya sejak 1984 bertugas di Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) kemudian didalam anak syarikat PKNP sehingga sekarang (20 tahun bekerja) dan based di Kuantan.
Cuma sejak hampir 9 bulan saya telah ditugaskan oleh PKNP untuk menguruskan sebuah anak syarikat PKNP (kilang batu bata di Labis, Johor). Saya pada hari ini pun datang selepas kerja dari Labis, Johor untuk kali pertama hadir dimajlis ini. Terpaksalah berkorban minggu ini tidak berjumpa isteri dan anak- anak di Kuantan.
Sebelum saya bernostalgia, ada satu peristiwa menarik apabila saya mula ditugaskan di Labis, Johor November 2002 …
Minggu pertama saya disitu, saya belum kenaI lagi anak buah seramai 80 orang dikilang itu. Seorang pekerja (supervisor) menemui saya dan bertanya, “Ehh … Tuan ini dulu Sekolah Sains Pahang kan?”
Terkejut juga kerana saya tak kenal beliau itu. Dia beritahu bahawa semasa saya dikelas Upper 6 (1979) beliau di Form 1. Dan untuk recall ingatan saya, beliau memberitahu bahawa seorang murid Form 1 batch beliaulah yang mimpi berjalan (sleep walking) dan telah terjatuh dari tingkat paling atas asrama lelaki kita (SMSP) kebawah - diatas rumput court yard. Saya masih ingat peristiwa ngeri itu, tetapi budak itu tidak pula mengalami kecederaan yang teruk.
Jadi, saya tak sangka bila bertugas di Labis, Johor dan disatu kilang yang agak jauh dari bandar, masih boleh terjumpa seorang bekas pelajar SMSP/SEMSAS disitu.
Walaupun saya ini tidaklah terkenal, tidak ada nama gelaran di sekolah - tetapi saya rasa tahi lalat besar dipipi saya ini membuat orang mudah ingat dan masih mengenali saya ini.
Jadi sebelum saya berkongsi nostalgia dengan tuan-tuan dan puan-puan terlebih dahulu marilah kita sama-sama mengingati guru-guru dan juga kawan-kawan seangkatan di SMSP dahulu, yang mana telah kembali kerahmatullah.
Mungkin ada narna-nama yang akan saya sebut dan ceritakan nanti sudah tidak ada lagi didunia ini. Saya sendiri pun tidak mengetahui perkembangan terkini cuma setakat yang diberitahu oleh kawan-kawan dan guru-guru yang pernah saya terjumpa sebelum ini. Ada yang memberitahu beberapa orang guru serta kawan-kawan kita ini yang telah pergi buat selama-lamanya. Yang terbaharu saya dengar ialah Yati Nasir telah meninggal dunia. Kita semua ini pun rata-rata sudah berusia 43 tahun. SEMSAS pun dah berusia 30 tahun.
Kepada mereka semua serta ibubapa kita - marilah kita bersama menghadiahkan bacaan AI Fatihah.
AI FATIHAH.
Kita yang terdiri daripada first batch SMSP meninggalkan sekolah kita ini dalam 3 peringkat - ada selepas Form 3, ada selepas Form 5 dan ada selepas Form 6.
1973
Tahun mula pembukaan Sekolah Menengah Sains Pahang (SMSP).
Seramai lebih kurang 210 murid-murid pertama Tingkatan 1 mendaftar diri di Abu Bakar School (ABS), Temerloh. 4 Kelas English Medium (Form 1 A - D) dan 2 Malay Medium (Tingkatan 1 E dan F). Murid-murid SMSP adalah pengorit - iaitu baki dari pelajar serata Pahang selepas 5A Penilaian Darjah Lima 1971 selepas yang ke Asrama Penuh lain (MCKK, STAR, Kolam Air etc).
Jadi yang pengorit 3A tidak ramai, maka yang paling koman 1A 3B dan 1C pun ada yang terpilih masuk. Peluang yang hanya sekali sahaja. Inilah rezeki Allah kepada kita - Batch Pertama, batch yang diakui tidak semuanya mempunyai rekod Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang cemerlang.
AIhamdulillah, kita ditempatkan di Asrama Pusat Putera dan Puteri ABS yang baru disiapkan. Bercampur dengan pelajar ABS, SMKT dan sekolah Jalan Bahagia. Kita bersekolah sessi petang.
Guru-guru kita – Pengetua Cikgu (Datuk) Rahim dan isterinya Cikgu Kamaliah, Tan Eng Chuan, Cikgu Nazar, Cikgu Kadis - orang Perlis Form Teacher Kelas 1 C, Tan Tai Jin, Mr Lai (Industrial Arts), Ustaz Nordin, Cikgu Harun, Cikgu Norizam (Trengganu), isteri Pengetua ABS (tak ingat nama - Cikgu Rabiah) dan siapa lagi ?? … Ingat tak kata-kata Ustaz Nordin ... 1 kolah bersamaan 3 satu suku tin minyak `tanneh’.
Pada Hari Assembly - Ayahanda akan berucap - speaking English dan kemudian Cikgu Nazar translate ke Bahasa Melayu. Orang pertama yang saya ingat naikkan bendera ialah Zuhaimi Ismail (budak Jerantut). Siapa Headboy pertama? Shamsul Kamar. Headgirl – Zainab.
Bulan-buIan pertama rata-rata menyedihkan ramai murid-murid. Tidak mahu berpisah dengan keluarga - ada yang menangis nak balik tukar sekolah (saya, Nasir Manan, …).
Prep waktu pagi di Dewan Makan - kotor dan tidak selesa. Pernah seorang pelajar SMSP dijemput menyanyi ketika prep - Rosnah Ngah (lagu? Rasa Cinta Pasti Ada, Pada makhluk yang bernyawa ...).
Dan diantara yang terkenal dikalangan kita semasa itu ... Subam (Iincah main bola, penyanyi serta bermain seruling dan harmonica), Kadok ( paling tinggi, master kungfu belajar dari 5 panggung wayang ...), Shan - budak cerdik, Hisham dan Noran (State badminton players), Mad Taib (anak Tok Balai orang besar) kapten bola?, Payit - nama yang sudah dibawa dari sekolah rendah lagi, Zaidi, Nasir Manan - kaki bola. Razif anak orang kaya Dato - balik Pekan tiap-tiap minggu (saya tumpang sekali-sekala) dan ada tukang dobi basuh kain baju.
Man tong - orang kuat anak polis Mentakab (dulu OCPD Kuala Kubu-now Kota Bahru). Duan (Lanchang - apa nama gelarannya - Kauliang? - tukang picit bisul kawan-kawan kita, Nazri ada 2, satu Padang Polo dan seorang lagi Nazri pendek pandai gimnastik (pakaian beragam Bai Benggali), Mat Krek, Amaluddin - orang silat, Mahmud, Bedul, Rubert ..
Dan nama-nama lain yang terkenal, Idin, Rahim Helmi (?), Lias Lani (nasi lemak kedai dia) serta nama baru yang diperolehi - Togi, Landak, Manggal, Buntal, Saadon kecik (nama gelaran tempatnya apa - Lebak...?), Tomato Masam (Ami - Dr sekarang) - dari gelak-gelak boleh tiba-tiba serius - buat wayang kulit guna cadar pada katil dengan Idin, Idin juga penggubah lagu Lumberetta Steward (En. Johan), Nasir Gito (Dr Phd now) kerana rambut keriting ala negrito .. jadi digelar Gito atau ada panggil Don Qisot or Don Gito... ada kenangan - rendam baju bawah katil beberapa hari sampai busuk dan dimarahi kawan~kawan lain (iyalah sebab dia demam), Itek, Buntal, Memecah (Tok Bomoh kita - tahun lepas saya jumpa, ada di Muadzam Shah, Tok Batin (ada berniaga di Pekan), Kelicap, Pahari - loghat Sega, Razai - orang kuat (nama ?? gelaran ada geduak? ... ? Matt Pitt - anak referee Pekan - geng saya, Landak - Rismayuddin, Zaimi Rani, Mustafa Atarturk, Malik gemok, Hasnan - panas baran, Najid si rambut sihat - minyak zaitun, Shukri Doya - yang cipta lencana sekolah, Muzhairi - gemuk apa gelarannya ?, Zaid, Rokman, Julaini, Zali ada 4 hingga 5 Zali, Mi (gemok - dah meninggal) dan Mi Mansur, Rahman (Kidul - sprinter 100M), Mad Daung, Mat Jemi, ramai lagi tidak dapat disebut dll … tetapi rasanya semua masih dikenali jika berjumpa.
Bagi yang famous perempuan - Tg Balqis, Alawiyah, Asmah, Mariana, Azizan (mendada), - geng rugged school ??. Dan yang lain - Rohana, Balkis, Rosnah, Laila Lambak, Siti Wangi, Sekrah, kelas-kelas lain tak kenal sangat. Ada juga nama Rusa Jantan.
Dan nama-nama senior di Asrama ABS yang jadi ikutan atau abang angkat - Harun Kera(?), Cengkenit, Cinoni, Din Gemok, Tok Batin (awak jangan gitu ahh..), Sempudai ... dan tak kurang yang ingat Makcik Janda Dewan Makan ..
Kenangan lain seperti wujud `klik’ daerah - Bentong, Pekan, Raub dsb. Dan ada dianjurkan perlawanan bolasepak antara daerah ini. Saya ni goal keeper team Pekan. Pekan ni ramai starnya saperti Taib, Nasir, Zaidi, Zali Sulaiman ....
Dan yang paling dingati ialah Perang Mercun dibulan puasa diantara asrama Putera dan asrama Puteri.
Dan satu Iagi – di asrama ramai yang `naik sheikh’ atau buat-buat `naik syeikh’. Siapa diantara kita yang selalu `naik sheikh’ diasrama?? Amaluddin, Mat Krek, Don Gito dan Sabaruddin?
Dan saya ingat kita ada kelahi dengan Mr. Raman (guru or kerani ABS) kes penggunaan dewan atau padang, tak berapa ingat. Kawan kita yang paling naik angin ialah Hasnan...
1973 - Amat menyeronokkan dan sentiasa diingati.
1974
Mula pindah ke SMSP, Batu 8, Kuantan - Form 2. Sekolah dan jalan belum siap sepenuhnya.
Pada malam awal - beratur dari asrama ke sekolah angkut meja dan kerusi.
Tahun ini berjumpa batch pertama Form 4 - ramai orang luar - Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan. Nama-nama Zul Headboy, Ajis, Jul, Timeng, Katar Baca, Pan Jan Der, Unta dan lain-lain yang perempuan Sophia Ayuni (Rismayuddin minat ??), ada yang macam Donnie Osmond ?? Ramai yang ada kakak angkat dan abang angkat. Roslan Hamid - Md Dullah, Nasir Gito - kak Rosienya.
Masih ingat tak Rashid - Abang Matron kita?? Dan siapa tidak inigat Mak Cik Kencang? Mak Cik operator kantin yang selalu berseluar yengki. Yang beri nama Mak Cik Kencang ini rasanya Haji kita iaitu Shaharani - (Lurah Bilut), kamceng Dahnel dan Borhan (John Afro).
Diantara yang diingati ……
Leteran panjang Pengetua disatu Assembly - mendidik anak kampung - yang akan berkata,”haaak?” - bila tak dengar atau tak faham. Bukannya kata, “excuse me” atau “apa dia cikgu ..?”
Prep diwaktu subuh - kluk-klak - Cikgu Yakub dengan tongkatnya.
Denda oleh Pengetua - cabut kemuncup 5 kilo seorang kerana cuti raya haji lama -ambil sendiri. Satu hukuman yang cukup kreatif dan sering saya ceritakan kepada cikgu sekolah lain. Satu padang bola pun tak cukup. Terpaksa cari kemuncup dibelakang rumah gurubesar dan asrama. Pengetua siap menunggu dengan mesin penimbang. Licin satu padang. Mujur padang masih belum dimesin.
Juga Court Tennis - dimonopoli oleh anak orang kaya - Mohd Taib dan sepupunya anak MB. Orang lain manalah ada reket.
Dan kita mula mengenali guru-guru baru - Amir Sharif, Jemail, Anuar, Zamani, Cikgu Mamat (bola), Dermataksiah, Hussin, Puan Zainab dll.
1975
Tahun LCE dan SRP.
Yang diingati - main wayang pancar kat dinding atau didalam dewan.
Telah ada Ko-operasi - mana tak bangkrap. Ais krim Drumstick yang 60 sen boleh dibeli dengan 10 sen dan silap-silap ada duit baki lagi. Yang jaganya member. Tak ambil kira yang kopak ko-op lagi. Tapi kata sebahagian - ambil balik duit yuran/saham yang telah dibayar dahulu.
Dan yang nakal - kena public caning kerana merokok pun ramai juga.
Yang pancit tayar kereta (ambulan kuning) Mr Tan Eng Chuan pun ada ... tetapi siapa ye??
Dan didewan makan, ingat tak siapa yang makan dimeja kita. Ikan jaket keluli pada hari apa? Apa lauk semasa high table? Ingat tak disatu hari bulan puasa makanan berbuka ialah bubur lambuk. Ramai yang tak makan kerana tidak biasa jumpa, kecuali orang tempatan.
Peraturan mesti tuck-in baju telah menjadi satu kebiasaan yang terus terbawa hingga sekarang ...
Dan ada juga nama-nama gelaran baru yang diberi sesama kita - entah siapa yang beri - One Step 4 Gegar (rahsia siapa dia), Betik (Zuriati), Kucin (Rahah), Urko? Orang-orang ini pun mungkin tak tahu gelaran ini. Lias Lani mungkin ingat banyak nama-nama gelaran ini dan tahu siapa dia.
Dan semasa Form 3 ini - ada batch pertama Form 6 - dari Sains Selangor. Nama saperti Mansur, Mail, Goodman dan beberapa lain termasuklah abang saya. Dan kebanyakan mereka hanya sekejap dan pergi overseas. Dan ada yang diantara kawan-kawan perempuan kita ini menjadi Mak We mereka. Dan seorang yang telah kekal berjodoh iaitu Rosnah Ngah dengan Syed Salim.
1975 - Adalah tahun yang saspen bagi sekolah. Ini kerana tahun ini adalah tahun pertama LCE/SRP SMSP. Tambahan calun-calun peperiksaan ini ialah kita - yang kebanyakannya tidak layak masuk asrama penuh (1 A - Penilaian).
Tetapi siapa sangka kita beroleh pencapaian 100%.
1976
Form 4 - tahun honeymoon. Masuk Form 4, ada beberapa kawan kita yang terpaksa meninggalkan SMSP kerana memasuki Aliran Sastera di sekolah lain. Mungkin mereka ini tidak ramai yang kita ingati kecualilah yang sekelas dengan kita.
Bagi kelas saya (3.3 atau 3C), seorang nama yang saya masih ingat ialah Mazidah Mahmood. Ini kerana nama beliau seakan nama saya (Mazha Mahmood). Oleh kerana nama seakan, ada kala Cikgu panggil beliau saya yang datang dan ada kala nama saya yang dipanggil, beliau yang pergi. Sejak masuk Form 4 (1976), dah 27 tahun maka tidak pemahlah berjumpa beliau ini. Khabamya beliau kini seorang ahli korporat yang begitu berjaya … jutawan.
Dan tahun inilah kita mendapat ramai rakan-rakan baru - dari sekolah luar saperti Endut, Azhar Panjang, Mazri (Tambun), Syed, Rosli Tan, yang sprinter (berlari tu siapa – Rosdi?), Mail, Osman, Wan Bakar, Wan Perba Jelai, Liban Chundung (Nasir Jaafar), ... Machang Gelap (Zainuddin) dan ramai yang dikelas lain yang saya tak ingat namanya. Yang perempuan pun ramai tapi tak ingat kecuali kelas saya - Shikin, Siti, Zaiton, Shimah dan Fatimah Hindun (4.4).
Kalu tak silap tahun ini SMSP ada Brass band. Cikgu pertamanya - Pak Conduct. Lagu pertamanya - Selamat Pagi Cikgu. Kita semua tidak merasalah belajar dan menggunakan alat muzik brass band ini.
Apa lagu-Iagu top ketika itu? Mercys, D Loyd, Smoke on the Water dan Soldier of Fortune. Azimah dengan lagu Mr Postman nya. Pakaian - Jeans Levi's, Lee, Wrangler, Baju - Arrow, Manhattan,Grand Slam, T-Shirt - Fruit Of The Loom, Long Fellow dan Pagoda, Track Shoes - Adidas (Rom, Tobacco), Puma dan Fung Keong ..
Tahun ini lebih banyak bergaya, melaram dan menunjuk fesyen jenama terbaharu. Ingat tak siapa diantara peragawan kita ketika itu?
Dan tentu masih ingat ada ketikanya gangguan bau ternakan babi yang mengganggu keselesaan, apabila putus bekalan air, kita terpaksa pergi ke kawasan paya dibelakang sekolah, kemudian sekolah buat perigi.
1977 - Tahun MCE dan SPM
Tahun ini sekolah tubuh pasukan Kadet Bersatu. Platoon Sarjan tak lain tak bukan En. Azman Yusof (Mantong - orang besi dan orang kuat rumah Soyuz or Cosmos). Ketua pasukan/jurulatih kita Cikgu Kamaruzzaman yang berkahwin dengan Cikgu Norizan. Kami yang di Kuantan selalu berjumpa dengan Cikgu Kamaruzzaman dan beliau masih ingat ramai diantara kita ini. Dia kirim salam pada yang masih mengingatinya.
Kalau tak salah, satu peristiwa besar tahun ini ialah apabila Tuan Pengetua kita mengamuk dan menahan semua pelajar di Dewan Makan - tidak boleh keluar selama sejam. Kesnya kerana ada diantara pelajar yang protes dengan membuat perkataan Nasi Mentah menggunakan nasi. Entah siapalah yang membuatnya.
Tahun ini tahun MCE/SPM.
Persediaan rapi oleh sebahagian besar pelajar. Selalunya yang sampai jauh malam di Bilik Study muka-muka itu juga. Yang relaks dan biasa saja ramai juga. Maka apabila result keluar memang boleh diagaklah siapa yang cemerlang. yang average dan yang pelangkung.
Pencapaian kita hanya 95 % - dikira baik berbanding dengan sejarah pemilihan kita ke SMSP.
1978
Tahun Ramai Mula Berpisah
Tahun 1978 - ramai yang masuk sementara ke SMSP - Tingkatan 6 Rendah - English dan Malay Medium. Hanya sementara dan selepas itu ramai yang telah keluar melanjutkan pelajaran ke luar dan dalam negeri. Dan bermula dari 1978 inilah, kebanyakan dari kita batch pertama SMSP telah terpisah. Ada juga yang telah bekerja.
1978 -1979
Tahun bagi Tingkatan 6 di SMSP.
Dari 210 orang pelajar pertama SMSP, yang tinggal kekal meneruskan Form 6 (English Medium) termasuk yang join semasa Form 4 ialah 18 orang sahaja. Form 6 Malay medium (Rubert, Anuar, Aziz dan gengnya) berpindah ke Sekolah Alam Shah.
Saya adalah salah seorang angkatan first batch yang paling lama makan nasi kawah dan yang last sekali meninggalkan SMSP. Seramai 18 orang yang kekal di Form 6 SEMSAS ialah:-
1. Saya (Mazha),
2. Jamaluddin Ahmad (Head boy dan Imam Besar),
3. Noran (Imam 2),
4. Kadok (Wan Hazani),
5. Payit (Shafian),
6. Mubin,
7. Azhar Panjang,
8. Gan Eng Wee,
9. Mad Bed Si Bongkok (Badruttamam?)
Dan yang perempuan:-
10. Sabariah (Headgirl?),
11. Lee Yuet Lai,
12. Hasnah Mohamed,
13. Rosita,
14. Maheran,
15. Hashirnah,
16. Norazian Mohamed,
17. Siti Khuzaimah
18. Ainun Ali.
9 Lelaki dan 9 perempuan.
Pada tahun akhir -1979 (Upper 6), sebelum berakhir persekolahan, kami yang baki first batch SMSP ini telah mengambil inisiatif di Hari Guru tahun tersebut memberikan penghargaan kepada guru-guru first batch yang masih ada di SEMSAS ketika itu.
Yang masih ada bersama kami ketika itu ialah Ayahanda kita - Cikgu Rahim kita dan isteri, Cikgu Kamaliah, Mr Tan Tai Jin, Mr Tan Eng Chuan, Ustaz Nordin, Mr Lai dan Cikgu Harun.
Dan selepas tahun 1979 - maka kesemua baki first batch SMSP telah keluar dari SMSP. Dan bagi kami ada yang menyambung pelajaran dan ada yang membawa haluan masing mernasuki bidang pekerjaan.
Difahamkan selepas 1979, Ayahanda Pengetua kita masih di SEMSAS buat beberapa waktu sebelum bertukar dan dinaikkan pangkat di Kementerian.
2003
Dan pada malam inilah (19-7-2003) selepas hampir 24 - 27 tahun, mungkin ada diantara kita yang tidak pernah menemui diantara satu sarna lain. Dan khabarnya, ada diantara Tuan/Puan mempunyai anak yang kini jadi pelajar di SMSP/SEMSAS. Ada juga diantara kita yang pernah bertugas sebagai guru di SEMSAS. Dan siapakah diantara kita yang berjodoh sesama SEMSAS?
Dan kepada guru-guru kita - terutama Ayahanda kita - kita memang sentiasa menyanjungi dan mengingati jasa mereka kepada kita. Terima kasih tidak terhingga dari kami.
Dan bagi kita first batch SMSP ini - ada yang begitu berjaya dan mungkin kaya raya dan berjawatan besar, ada tak - yang sudah jadi orang politik yang berpengaruh dan ada yang mungkin tidak begitu bernasib baik didalam pelajaran peringkat tinggi - tetapi ini bukanlah halangan untuk kita bersama-sama terus mengekalkan silaturahim dan bertolongbantu didalam kehidupan dan kerjaya. Entah-entah kedepan ini ada diantara kita ini akan jadi besan pula.
Akhir kata ... Selarnat Berjumpa Semula dan didoakan semua kita memperolehi kehidupan dan keluarga yang bahagia dan semoga diberkati Allah sentiasa.
Sekian.
Salam.
MAZHA BIN MAHMOOD Bertarikh: 19-7-2003
SEMSAS 1973-1979
No. Sekolah: 0080
Nota:
Rakan-Rakan Yang Telah Kembali Ke Rahmatullah. AI Fatihah.
1. Suhaimi Mohd (Mi Gemok) (1973-1977)
2. Razali Sidik (1973-1977)
3. Abd. Rahim Helmi (1973-1975)
4. Hazidah (1973-1977)
5. Sabariah Abd. Rahman (Headgirl) (1973-1979)
6. Mohd Badruttamam (Mad Bed) (1976- 1979)
7. Norhayati Nasir (1973-1975)
Guru-Guru First Batch Yang Telah Kembali Ke Rahmatullah. AI Fatihah.
1. Cikgu Nazar - Guru Kelas 1 E (19??)
2. Cigu Kadis Abu - Guru Kelas 1 C (19??)
- Bas 73-77
- Hits: 186
Bab 8 - Nostalgia SMSP/SEMSAS 1973 -1979 oleh Mazhar Mahmood
- Bas 73-77
- Hits: 186