Hasil tulisan Mazhar bin Mahmood SMSP77
Kepada semua bekas guru-guru kita dari Sekolah Rendah hingga SMSP/SEMSAS dan istimewa buat rakan-rakan Bas 7377 yang berkerjaya guru. Rasanya diantara guru-guru kita yang masih kita ingat adalah guru-guru kita semasa di SMSP/SEMSAS.
HARI GURU 16-5-1977
Umur baru 17 tahun, rata-rata masih bebudak. Secara terus terang ketika itu aku belum terasa atau ada kesedaran sangat tentang jasa pengorbanan seorang guru. Cuma kita telah didedahkan betapa besarnya pengorbanan dan jasa seorang guru. Dari sajak-sajak lama Zaaba dan yang seringkali ungkapan “Guru ibarat dian yang membakar diri, menerangi yang lain”.
Hari Guru SMSP/SEMSAS 1977 (atau 1976??), aku telah diminta membuat satu sajak ringkas untuk diletak dibackdrop pentas dewan sempena acara hari guru tahun itu. Entah macamana, sedang prep satu malam, aku dicari untuk buat sajak itu.
Apa yang aku nak reka secara spontan itu? Aku yang ketika itu belum sangat menjiwai jasa seorang guru...pun hentamlah berdasar kan apa-apa yang aku pernah baca. Tak silap ginilah sajak ringkas aku.. ada dalam gambar majalah sekolah tahun itu...
Tanggal ini..adalah hari lahirmu..
yang bukan hanya sehari...
tetapi untuk seterusnya.. .
menyinari ..kehidupan. ..
dan jasamu itu ..tetap dikenang
Gitulah kalau tak silap ingatan. Menghargai jasa guru. Cuma pada ketika usia bebudak itu aku sendiri pun belum menjiwainya.
Dan pada hari guru itu, tentu kita masih ingat persembahan kugiran dari guru-guru kita; Murad Hamid (bekas kugiran The Breeze dan September 5), Hanif, Kamaruzzaman, Hussin, Ramlan (PE) dan Ghafar (?). Lagu pop yeh-yeh dan Mr. Penrose dengan gitarnya kalau tak salah ingatan.
Kemudian Cikgu Anuardengan adegan rokok Lucky Strike. Dimana dengan rokok Lucky Strike yang dinyalakan dan dicucuh kebadannya tanpa rasa sakit.
Ya, kita memang ingat guru-guru kita. Cuma guru-guru kita ini sebab terlampau ramai anak murid yang silih berganti maka mustahillah dapat mereka mengenali kita semua. Pun kadang terharu juga bila ada guru ini masih ingat kita `by the name’ bila jumpa.
Apa yang buat guru ingat kita atau kita ingat sangat seseorang guru itu ?
Masa sekolah dulu ada beberapa kategori murid-murid. Ada yang jadi Teacher's Pet. Ini biasanya mereka yang begitu dikenalilah. Elit-elit top scorers, yang aktif, pengawas, yang wakil sekolah dalam sukan, pegang persatuan, rumah sukan, bahas dsb. Sekolah berbangga dengan mereka ini dan mereka juga merasai sumbangan mereka terhadap sekolah.
Yang satu lagi Teacher's Pang. Ini istilah aku sendirilah iaitu bagi golongan elit yang satu lagi. Yang sering dipanggil kebilik Pengetua atau naik stage hari Isnin - untuk dipang public caning atau yang sering jadi mangsa pelempang guru disiplin atau warden asrama. Dan termasuklah kita yang sering dapat banyak pangkah dalam setiap kali exam.
Bagi yang lelaki, diantara guru-guru kita, aku rasa yang paling kita biasa ialah yang selalu bersama kita. Selain Ayahanda Pengetua, yang jadi Warden Asrama adalah cikgu-cikgu Tan Eng Chuan, Harun, Yaakub, Mamat, Hasnan, Radin, Ramlan, Aziz, Ghafar, Mat (yang tinggi macam bumbung tu) dan Mr. Steve Wagner.Termasuk juga Warden ialah Matron Rashid Nabidjan. Dan guru disiplin yang sering digeruni yang selalu datang surprise check diasrama adalah Zamani dan Anuar.
Yang banyak kenangan tentulah kami-kami yang nakal yang sering dipang. Jadi pandai-pandai pula kita reka gelaran untuk guru kita ini seperti OGIC dan Mat Bumbung. Dah tu, ada keretamereka yang diponcit dan motor pun turut dicalar. Tak patut sungguh.
Kami yang nakal-nakal ni pun selalunya kes merokoklah, yang lain tu ponteng kelas, tak pakai stokin, pakai selekeh atau kutu, rambut panjang, pijak rumput. Nakal setakat itulah. Pada pendapat akulah, kenakalan sebahagian Batch7377 terutama dalam kes merokok banyak dipengaruhi dari semasa duduk diasrama ABS Temerloh (1973). Tinggal bersama dengan senior-senior disana selain didedah dengan rokok, kita pun pandai berjaga malam main 400...tahu kot tani dan arek (main terup tapi bukan judi).
Diantara Warden yang dikira tak garang sangat ialah Mr. Steve Wagner. Tapi kadang-kadang tu dia buat surprise check, kelam kabut juga. Kebetulan pula dia ni Form Teacher aku, jadi ada masa tu dia panggil juga kalau nampak aku ni tak disiplin sangat. Yang aku paling ingat..kutu besar kita Zali Mohd sering bodek Mr. Wagner ini supaya jual seluar jeans Levi's.dia.sebab jeans dia tu original dari US. Bila Mr Steve Wagner nak tinggalkan sekolah habis kontrak, rasanya sebelum kita exam MCE/SPM, kita beramai-ramai jumpa beliau. Sedih juga rasanya. Aku dapatlah sehelai baju Van Heusen. Motor klasiknya dijual kepada kawan gurunya di Kuantan.
Bagi Cikgu Anuar yang segak dan pendekar ini, kawan-kawan kita yang paling rapat dengannya tentulah guru-guru kaka Silat Jawa Siam nya iaitu Amaluddin, Mat Taib, Man Tong, Mat Krek, Julaini…
Bagi aku, Cikgu Anuar banyak membimbing dan menggalakkan aku untuk menulis. Malah aku sering dipanggilnya untuk wakil sekolah dalam pertandingan penulisan. Namun begitu jika aku ada masalah disiplin tetaplah dipang juga. Jadi itulah sedikit pengalaman dengan guru-guru kita dulu.
Bagi rakan-rakan perempuan tentu lain pula cerita mereka.
Aku rasa hanya setelah kita tinggalkan sekolah dan meneruskan pelajaran dan dalam proses kita mulai berubah matang dan punya haluan masadepan persepsi kepada guru baru nampak jelas.
Kita mulalah terfikir. Kita begitu mengingati alam sekolah dan kita rasa sekali betapa besar pengorbanan guru-guru kita. Kita yang selalu kena pangpun turut menghargai akan peranan guru ini dan mengaku akan kesilapan kita selama ini.
GURUKU… JADI KAWANKU...
Setelah meninggalkan persekolahan dan menyambung pelajaran..maka kita jaranglah nak menjenguk sekolah lama. Tahun 1983 semasa berada di Tahun 3 selepas 4 tahun tinggalkan SMSP, terpegun aku seketika apabila bersua bekas guru kita. Mereka rupanya baru masuk menyambung pelajaran dan tinggal pula di kolej yang sama dengan aku.
Satu pengalaman yang cukup asing..berjumpa bekas-bekas guru yang menjadi student kembali. Itulah Cikgu Anuardan Cikgu Baharuddin Adam(yang ajar English serta guru Library).
Kalau dulu di sekolah..Cikgu Anuar tangkap dan pang aku kerana hisap rokok, kini Cikgu Anuar pula berkongsi rokok dengan aku. Memang lain keadaan. Dah jadi macam kawan-kawan boleh borak-borak bergurau dan sama-sama beratur makan didewan, sama sama mengenjut ke kuliah Cikgu pun dah tak anggap diri mereka macam guru lagi.
TAPI..jauh disudut hati ... aku masih tetap menghormati mereka sebagai guru dan mengingati atas jasa mereka. Segala cerita dipang itu..telah menjadi satu yang melucukan..dan kenangan yang cukup manis untuk dikenang. Cikgu Anuar menyambung pelajaraan dalam bidang Bahasa BM..dan Cikgu Baha TESL.
Tahun berikutnya sebelum aku keluar, datang pula Cikgu Matyang pernah pang aku disekolah dulu kerana pakai suspender. Cikgu Mat marah sangat..kami-kami yang rugged dulu. Suspender tu benda yang sangkut kat bahu tak beri seluar londeh, ganti talipinggang.
Satu pengalaman yang sungguh unik apabila kita bergodong dengan bekas guru-guru kita..terutama kita yang dikenali kerana ada kenakalan. Bagi bekas guru-guru kita tu, mereka tetaplah didalam bidang perguruan ... jadi guru graduate pula.
Seronok bila diingat balik akan kenakalan semasa sekolah. Cikgu-cikgu pun tidak pernah anggap kita sebagai yang bermasalah sangat. Setakat nakal saja. Mereka tetap yakin dah diasas dari SMSP/SEMSAS, kita semua akan tetap menjadi seseorang nanti.
Tanyalah kawan-kawan kita yang banyak dipang dulu, ada yang selepas sekolah menjadi begitu nostalgia dan sering menjenguk berjumpa guru-guru untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan. Aku cukup teringat kat Radzai (Major? Kolonel??) dan ITIK.
Dan terusik aku bila membaca sajak penghargaan Lias Lani … rasanya Lias pun ada pengalaman pernah dipang juga dulu.
So, kepada Cikgu semua especially yang dari SMSP/SEMSAS, kami tetap ingat jasa kalian hingga bila-bila. Al Fatihah buat Allahyarham Cikgu Kadis Abu dan Cikgu Nazar.
Buat rakan-rakan Bas7377 yang menjadi guru tentulah anda akan menjadi guru yang hebat. Kalau ada peluang tu, selain nak seligi, cuba teruskan hukuman cabut kemuncup idea kreatif Ayahanda kita tu. Aku dulu kena 5 kilo.
SALAM HORMAT
Mazhar bin Mahmood SMSP77