Tarikh: Sabtu, 3 April 2010
Tempat: Hotel Vistana, Kuala Lumpur
Salam hormat kepada semua peminat Bas No 7377.
Mengikut resolusi sesi ngeteh di kedai mamak selepas Reunion 30 Years Later (rujuk Bab 12), Exsas batch 1977 akan mengadakan reunion berikutnya pada 2010. Tema dipilih ialah Big 5-Ohh sempena ahli batch memasuki era lima-puluhan.
Yayyy…. we are Five – 0hh!! – Mon dan LinaD
Walaupun ini kali ketiga reunion secara besaran dirancang, namun seperti biasa perbincangan demi perbincangan berlarutan hingga berbulan-bulan. Nak buat kat mana, bila tarikh sesuai, apa pengisiannya, ada tetamu khas ke, etc, etc…
Tetapi sdr Mohd Taib bin Mohd Khalid selaku pengerusi yang dipaksa-rela menguruskan reunion kali ini mengambil sikap memerhati dalam diam. Taib dah berpengalaman menguruskan reunion kali pertama di Pan Pacific pada tahun 2003.. pandai kami lah nak berdebat ke, survey ke, undian rahsia ke…. Taib tetap cool. Begitu pun kami tahu dia memantau respon ahli dan dari situ mengatur strategi.
Aaakhirrrr nyaaa … kini pasti … ku merasai …lalala. Bahagia pabila ku bersama … sungguh indah nyaaa … [lagu Anita Sarawak] …
Big 5-Ohh berlangsung dengan meriah nya!
Inilah barisan glam ladies of the nite…
and the officers and the gentlemen…
Sun Apr 4, 2010 9:26 pm - Mazha Mod mazhamod@... menulis:
Salam hormat untuk semua,
Tentang gambar-gambar tu ..rasanya ramai yang ada mengambil dan menyimpan gambar-gambar sepanjang majlis itu. Sher pun dah postkan banyak kat facebook. Terima kasih.
Riduan dan Maarof..tetap pulang juga ke Seremban dan Melaka setelah majlis berakhir..12.30 malam. Yang tinggal di hotel dan tak balik..Pokcik dan Mokcik sambung ngeteh kat warong berhampiran hingga 2 pagi.
Jadi memang kena sekali majlis ini ..hanyalah untuk kita sahaja. 4 jam pun tak cukup. Dan atas sebab itu kita sengajalah tak jemput guru-guru kali ini.
Tak sangka..Lias dapat hadir..ingat tak balik. tapi..terkilan Mat Pitt pulak takdak. Dan ralatlah sekali..sebab Senah pun awal-awal tak dapat hadir.
Juga tidak lupa JB JB yang hadir ..JB Suna dan Pae.
Bagi saya majlis ini amat meriah dan bermakna sekali. Memang ada beberapa orang Mokcik yang saya ingin kenal dan bersapa kerana setakat kenal di KG77 sahaja. Suna, Lina H, Mon, Nik Zaleha ..dll Jadi majlis ini memberi kesempatan untuk kita lebih mengenali kawan-kawan yang di kelas lain.
Dan kegembiraan peribadi saya ..apabila ramai juga yang Bas7375 yang hadir. Jadi tidak diragukan lagi bahawa kita semua bas7377 ini tetaplah satu keluarga. Terima kasih..Kiss, Wan Fendi , Idin, Syukri, Dr Aminuddin dll..
Kepada penganjur ..Mat Taib, Tajul dan yang membantunya...tahniah dan terima kasih kerana penganjuran yang baik dan lancar dan memuaskan sekali.
Dan berpeluang menemui satu benda antik...yang begitu nostalgia sekali....saya tidak dapat respon awal...jika tidak memang ini benda yang akan menang hadiah. Rohimah.. awok simpan baik-baik Surat Tawaran Masuk SMSP tu.... adalah ketikanya akan diperlukan nanti.
Jadi..di Majlis BIG 50 semalam..memang ada muka-muka yang tidak pernah kita jumpa sebelum ini. Dan 5.3 ..Alawiyah, Azimah , Sharifah Alawiyah... gembira kerana dapat bersama kerana saya pun tak pernah berjumpa mereka sejak habis sekolah.
Apa yang paling istimewa sekali..??
Inilah keistimewaan ...penumpang Bas 7377...tetaplah seperti dulu..Tak kira di manalah berada ..atau berkedudukan di tahap mana sekarang ....semua tetap mesra ..tidak sombong dan memang saling kasih dan menghormati. Semoga Allah memberkati kita semua. Dan sehingga berjumpa lagi di lain kesempatan. Mohon maaf atas kesilapan semasa majlis berlangsung.
- Mood
Kelas 5:1 – Berdiri, kiri: Mohd Nasir, Riduan, Aminuddin, Mohd Shukri, Noran, Shamsudin, Mohd Shafian, Zaid dan Rusdi
Duduk, kiri: Hazlinah, Paezah, Rosita, Rohimah, Tengku Balkiss dan Nurul Akmar
Mon Apr 5, 2010 9:05 am - Mohd Nasir monaszab@... menulis:
Beberapa perkara yang dapat diperolehi daripada majlis yang telah berlangsung untuk menambah cerita Sdr Mazha adalah seperti berikut:
1. Tak sangka, walaupun rupa kita dah jauh berbeza daripada rupa kat sekolah untuk sesetengah kita tetapi humour tetap macam masa kat sekolah. Rasanya malam tu letih suka dan ketawa lebih banyak dari letih datang dari jauh untuk menghadiri majlis tu atau letih Sdr Mohd Taib dan AJKnya untuk mengendalikan majlis tu.
2. Masa kat SMSP dulu mungkin tak ramai antara kita yang bercakap secara direct, terutama di antara lelaki dengan perempuan, tetapi rupa-rupanya orang ni tahu apa orang tu buat. Seolah-olah kita yang bermula dari tahun 1973 dan berakhir pada tahun 1975 ke, 1977 ke atau 1979 ke, macam tak pernah berpisah jauh. Orang ni tahu je apa orang tu buat dan lalui.
3. Kata isteri saya, hebatnya batch pelajar SMSP 1973 hingga 1975 atau 1977 atau 1979 ini, tak ada perbezaan samada datang dari English medium ataupun Malay medium. Yang mengakrabkan kita adalah kita pelajar sekolah sains itu.
4. Tak sangka, tough guy macam Sdr Zaidi boleh membaca dan menghayati sajak Sdr Mazha.
5. Atas nama SMSP dan juga persahabatan yang dijalin, atas pengalaman membesar dari kanak-kanak menjadi remaja bersama-sama kat sekolah, kita memang tak habis cerita-cerita bila berjumpa. Namun yang berjumpa malam tu juga sepakat nak tahu tentang kebajikan kawan-kawan kita yang 'missing' tak tahu kisah langsung. Macam Mazlan Shamsuddin, Roslan Isa, Mokhzairi, dan lain-lain. Begitu juga dengan pelajar-pelajar Cina - kenapa dia orang semua tak datang?
6. Majlis malam tu tak bersama cikgu-cikgu tahun 1973. Dengor-dengor kabor ada juga gathering dengan cikgu-cikgu tu, nak raikan mereka. Itupun kalau ada sambutan.
Itu saja, buat menyampuk tulisan Sdr Mazha.
Dr. Mohd. Nasir Zainal Abidin
Kelas 5:2 – Berdiri, kiri: Shan, Mohd Razif, Azmin, Wan Affendi, Mohd Nazri, Ismail, Alias, Wan Shaharudin dan Abd Rahman.
Duduk, kiri: Rahah, Narehan, Norasyikin, Rohana, Siti Khazimah, Norkhairiyah, Nooraini, Siti Zaleha
Tue Apr 13, 2010 1:40 pm - noorul nur noorul5@... menulis:
Assalamualaikum,
Kepada semua kawan-kawan, mohon maaf sebab lama tak masuk kampung.
Tahniah diucapkan kpd penganjur majlis ......Mat Taib , Tajul and the gang for a very nice gathering. Ramai yg saya tak berapa cam muka nya and all my wild guess pun tak kena. Harap-harap dapat jumpa lagi di masa akan datang.
Kelas 5:3 – Berdiri, kiri: Suhaimi, Jamaluddin, Mazha, Tarmizi, Shaharani, Roeslan, Rismayudin ,Azman, Zahidin, Rosley
Duduk, kiri: Mohd Zaimi, Alawiyah, Nora, Rosnah, Azimah, Sh Alawiyah dan Dahnel
Tue Apr 13, 2010 10:17 pm - Rosuna Abu Hanipah suna1560@... menulis:
Assalamu 'alaikum
Mar,
Rezeki ngkau dapat jumpa kawan-kawan. Orang lain aku message.. called lagi, tapi tak juga datang. Ada hal lah tu. Yang aku ingat sangat ni ....Pak Bor...noticeably absent. Kat kampung ni pun jarang timbul. Mano dio?
Kelas 5:4 – Berdiri, kiri: Wan Hazani, Zainuddin, Maarof, Tajul Rahim, Amalludin
Duduk, kiri: Samsul Kamar, Zaidi, Zuhaimy, Rosuna, Rohani, Yusnani, Nazri, Ahmad Razali.
Terima kasih & tahniah kepada penganjur dan AJK atas kejayaan majlis Big 50 yang begitu bermakna kepada warga SMSP77.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang meng-upload-kan gambar-gambar yang akan saya simpan sebagai kenang-kenangan.
Kelas 5:5 – Berdiri, kiri: Mahmud, Nasir, Kamaruddin, Japri dan Syed Abdullah.
Duduk, kiri: Sh Esah, Radzifah, Zaiuyah, Roszaini dan Faridzah
Tahniah kpd mereka yg menjayakan majlis ini. Setap kali berjumpa, terasa meriah sekali. Semuga berjumpa di Big 60 pulak!!!. Mungkin ada yang bertongkat dan bawak banyak ubat, kalau panjang umur!!!!!
Yang paling ceria sekali yang koi nampok: Lina D.
Kelas 5:6 – Berdiri, kiri: Azlina, Sahridah, Mazenah, Saimah, Fatimah, Roslah, Sukasarani.
Duduk, kiri: Mohd Taib, Anuar, Razali, Isa, Amdan
Mon Apr 5, 2010 10:49 pm - Rosleytan ppc rosleytan.ppc@... menulis:
Kenapa harus tunggu 10 taun lagi..Kwn2 mau ingat..kita punya shelf life semakin berkurang.. Korang buatla jarang2 kalu brani..Takut tak sempat jer wehh…
Zainuddin, Rusdi dan Prof Zuhaimi bersama bunga-bunga 5-Ohh - CT Khaz, Nonie, Suna dan Mon. Yang bertudung purple tu bunga di taman siapa ya J
Mon (Norashikin Abdullah) selaku photographer berkaliber pada malam tu berkongsi gambar dengan kawan-kawan di bawah tajuk [smsp77] Gambar2 di Big 17 Vistana Hotel 3 April 2010
Mon, 5/4/10, Hasnah Mohamed <mrshm2003@...> menulis:
Big SEVENTEEN you… Bila nak naik pangkat ke EIGHTEEN nih?
Mon Apr 5, 2010 5:19 pm - sahridah abusamah
Mon, tahun depan aku cadang hang organise the gathering dan namakan SMSP: SWEET 17 FOREVER... ada braniiii??
Mon Apr 5, 2010 10:34 pm - Noor Asikin Abdullah shikin0017@... menjawab:
Sher,
Mesti ada berani ............ Nak tau sebab apa?
Tiap kali nak kenal kawan-kawan kita, bila sebut nama teringat rupa dia orang when our last time berpisah betul tak, that was when we were 17, right?. So rupa kita at that age will stays forever in our memory ......... Klu tak percaya cuba u bayang kan setiap kawan yang kita jumpa malam tu ......
Ada betul ..........?
Wahhh, seronoknya cerita Kadok sampai Nie dan LinaD tersenget!... LinaH pun terpegun.. Sher dan SitiZ bertukar fikiran tentang pengurusan pelajar ke.. Yang nampak belakang aja tu Damia RAK… star of the nite :P
Kidul tu sebenornyer action kat photographer… Razif dan Pak Wan pun ikut berposing..
Sher had a tough time deciding what tudung to wear sebab Mazha buat soklan cepumas Sher pakai tudung kaler apa? Akibatnya tudung senget benget dok banyak sangat ketawa!
Sh Esah, Damia RAK, Sher, Rohi, Idzah dan Nie sempat berposing sebelum naik ke pentas..
Iyerrr ker aok nih? Hj Wei dan Tajul macam tak percaya jer yang menghulur tangan tu kawan sekolah mereka…
Cik Pengetua Saimah yang sangat gembira berjumpa rakan lama.. masing-masing berborak sampai tak hengat nak makan..
Tue Apr 6, 2010 9:41 am - nik zaleha nik manap nikzaleha@... menulis:
Snah,
Malam big 50 tu aku tercari-cari mana satu Mazha, oh..itu rupanya. lain dari yang aku bayangkan. Salah orang rupanya selama ni. Ko rugi tak datang, ramai lagi jejaka SMSP walau dah 50 tapi rambut hitam berkilat..to name a few, none other than Badin, Isa.. demer ni macam orang mid thirties. Yang lain-lain jangan cemburu ya atas pemerhatian saya. Medan pun kali pertama saya berborak..very nice gentleman..
Kalau bab rombongan cik kiah ni, tak ke Pae ketua delegasinya..tak berbunyi pun.
Ohhhhhh…. ada resolusi juga rupanya Big 5-Ohhh ni…. tengok tu cik-cik kiah dah siap praktis untuk menyempurnakan resolusi seterusnya….
Tue Apr 6, 2010 1:09 pm - faridzah jaafar faridzahjaafar@... menulis:
Pae,
Lepas breakfast pagi Ahad tu, 5 org makcik kiut pegi bpoya2......sambil tu adelah bincang nak buat rombongan cik kiah tu. hala tujunye ke XXXX you!!! We all setuju mlantik you jadi ketua . you banyak pengalaman kata dema. over to you lah ok.
Tue Apr 6, 2010 5:22 pm - Rosleytan ppc rosleytan.ppc@... menyampuk:
BERAPA BELANJA??...kalau banyak nak keluar duit epf sikit……
Sekian saja untuk edisi kali ini. Semoga berjumpa lagi di laporan cik kiah pulak gamoknya. Wasalam.