Tarikh: 8 Sept 2007
Tempat: Fantasia Resort, Balok, Kuantan, Pahang
Salam orang kampong!
Reunion ni dah hampir 3 tahun berlalu. Bila bincang pasal nak sambung BAS7377 dengan hot news BIG 5-OHH … tak lengkap kalau cerita Reunion 30 Years Later ni ditinggalkan. Kisah ni pun banyak coretannya… tentu seronok dikongsi bersama untuk diabadikan sebagai pewarna di lipatan kenangan penumpang bas…
Bukan mudah nak dapatkan persetujuan mak dan bapak budak tentang tarikh, tempat, menu dan bentuk pengisian program bagi reunion kali ni. Lihatlah rentetan perbincangan berikut. Idea mengadakan reunion ini dilahirkan seawal 12 April 2007
Hasnah Mohamed memulakan:
Ini dah pernah sebut sebelum ini, Exsas juga yg punya cadangan, kita SMSP77 mengadakan ulangtahun 30 tahun. Batch lain ada yg nak buat 20 tahun ulangtahun. Untuk kita sesapa ada ideas?
Saya cadang jika serius dan berminat, kena buat committee supaya tugasan berjalan lancar. Cadangan committee (Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, AJK A, AJK B, AJK C dll)?
Tarikh yg sesuai? Dimana (Faridzah cadang Kuantan)? Koi pulak nak cadang tempat yg boleh terus buat cuti keluarga ... kita organise a big family gathering over the weekend? Siap aktiviti untuk kanak-kanak yg ikut serta? Baru takder family members yg complain
boring.
Saja nak start the ball rolling ....
Regards,
Hasnah
Azlina Dollah menjawab:
Assalamualaikum gengZ!
Keh tengah mulun sakan lagi nih and will get more mulunED as May comes for MUET plak starting on the 2nd until middle of May. So kalu ada cadangan nak buat sambutan anniversary smsp'77 yang ke 30 tu .. keh cadangkan kita buat 16 Jun .. lepas cuti pertengahan penggal sekolah.
Apa gaya sambutan? Takkan nak bawa tema 60 an (tak jadi) lagi kot. Masa AGM dulu ada beberapa orang ajk exsas bisik ngan keh tanya ngapa tak collaborate 3 batches yang sambut anni ke 30, 20 dan 10 tahun tu dan buat sesuatu yang membawa makna besar.
Keh sampai kini dok termenung lagi mikirkan apa ke mender ler yang boleh membawa makna besar dalam sambutan ulangtahun meninggalkan semsas nih yang kita buleh jemput ayahanda, bonda dan Cikgu Aziz sekali.
Senah, kalu keh cadangkan kita buat forum perdana camana? Ker pertandingan tilawah ker? Berzanji dan bernasyid pun buleh kot? Hei! Takkan pertandingan karaoke atau pakaian beragam!!!
Keh berkenan gak ngan pakaian beragam tuh. Kita cari balik geng yang tak pernah miss ambil bahagian .. kita suruh dia naik pentas balik .. haa... ikut gambar yang Amdan hantar dulu pun elok gak! Ada Dr Arif, ada Nazri, sape lagi .. ? Payit buleh tulun contact kot??
Tapi kan ... kita yang meraikan ulangtahun .. patutnya orang lain lah yang ngaturkan acara kan?? Apa pulok kita yang berpeluh ketiak buat event untuk orng lain. Camana nih?
Sahridah Abu Samah pula menyampuk:
Elo gengz!
Nampaknya dah ada dua mazhab nih....
1) yang nak buat anniversary bertemakan perjumpaan sosial antara batch 77 kat mana-mana resort/hotel/dewan
2) anniversary bertemakan kerja amal di SEMSAS bersama (atau tidak) dengan batch 87 dan 97
So mana satu pilihan hati?
What I had in mind bila Senah kemukakan semula tajuk ni ialah pilihan pertama tuh! Kerja-kerja amal nih... ayoyoh... belum jadi passion lagi lah
(Ini personal opinion ya, klu orang lain terpengaruh saya tidak bertanggung jawab!)
Secondly, rasanya selepas Senah hantar senarai AJK the first time, I ada post a reply. Gi mana mail tu ek? BTW I still remember what I wrote lebih kurang macam ni...
Kalau nak buat gathering kat Kuantan, orang Kuantan lah yang lebih sesuai head the committee... (the reason why I've been shouting to Payit). Lebih mudah nak survey tempat dan buat segala nego yang perlu.
So I panjangkan senarai AJK dari Senah, adding tentative candidates as below:
(1) Payit - Pengerusi / jemputan khas
(2) Idzah - Bendahari
(3) Mahmud - door gifts
(4) Pae - lucky draw
(5) Rad - seksiteri
(6) Lina D - pengisian rohani
(7)
(8)
(9) Hasnah - tukang pukul canang 2
(10) Sher - tukang pukul canang
Pi balik pi balik… perbincangan masih tiada keputusan munasabah.
Hasnah Mohamed pun sempat mengusik:
Geng-geng,
Koi buka inbox hari ni, tengok banyak keluar tajuk Committee Aniversary 30 Tahun SMSP77. Koi ingat, waaahhh ... best nya ... ramai minat ni. Aleh-aleh bincang income tax bawah tajuk Committee Anniversary heheheh. Anyway ... anything goes (unless ada yg object)
Sebelum ni Rad kata berminat jika sekitar KL dan sewaktu dgn nya. Pae pun today ada sebut berminat nak jadi committee. Jadi koi update kedudukan volunteers spt dibawah:-
(1) Sher
(2) Radzifah (jika sekitar Kolumpo)
(3) Pae
(4)
(5)
(6)
(7)
(8)
(9)
(10)Hasnah (jika sekitar Brunei .. Hahahaha!)
Regards,
Hasnah
Sampailah satu ketika Sahridah Abu Samah kena buat taktik baru :
Kengkawan,
I buka thread baru topic ni. Let's get serious about it.
Nak jumpa dan bincang face to face memang susah so let's meet tonite via Yahoo Messanger, say 9pm. So I'm calling LinaD, Pae, Idzah, Payit, Senah, Nonie, Suna.... everybody yang baca email nih. I've also smsed everybody in my hp. (Sorry Senah I misplaced your # but i really hope you read this email on time)
Hasnah Mohamed segera respon:
Ok Sher. I'll be on Yahoo Messenger tonight from 7pm. Cuit koi bila dah set up conference tu. Boleh awal sikit tak? Koi ni bedtime ngalohkan budok sekoloh, pukul 10 dah kena curfew. Bukan apa, if mok tok tido, anok2 pun tak masuk tido. So koi kena tergelempang sama.
Selalunya mok dgn anok (tyah) dua-dua sekali hanyut although intention ada nak sneak bangun lepas anok tido nak tengok TV. Doh terlelap tu, apa nak sneak apa ke benda lagi .... hehehe.
Regards,
Hasnah
Selepas conference habis Dr Redzlan Ab Rahman menulis:
Sorrylah Geng! tak dapat sampai habis "conference" malam tadi. My connection was lost.... bila continue connected dah habis conference!.
Anyway apa resolusi nya? Senarai AJK...
/tabib/.
Sahridah Abu Samah segera memberi laporan:
Salam, kengkawan.
I’m very pleased to inform that we had come up with a program for the 30th anni. Present last night for an over two-hour YM conference - Pae (pengerusi), LinaD (vice p), yours truly (SU), Mazian (bendahari), Senah, Wan Ernawati, Zaiuyah, Doc Redzlan, dan Hassan Manaf - semua dilantik AJK. Nama lain yang disebut akan dipaksa-rela jadi AJK ialah Idzah dan beberapa orang lagi.
Kita tunggu pengumuman tarikh dan bentuk program dll dari Mdm Pengerusi anytime now. I'm off to Kuantan shortly so mungkin offline until Saturday. I'll be at Seri Malaysia, Kuantan.
Kat sini I nak ucapkan terimakasih kepada yang responded to my email dan sms semalam. Yang presented themselves at the conference of course lah berbakul-bakul penghargaan... juga yang sms dan call mengucapkan selamat dan sebagainya. Antaranya Nurul Akmar, Amdan, Radzifah, Suna, LinaH... ada lagi yang I tertinggal ke?
Kepada yang mengikuti perkembangan cadangan anni 30th kita walau nama tak tercatat di sini, first, maaf kerana tertinggal nama. The program is meant for us all, so tak timbul siapa yang di mentioned atau tidak. Everybody is cordially invited.
Secondly, minta bantuan untuk memberikan nama, alamat, contact # semua SMSPian 73-77 termasuk yang keluar 75 kepada saya. These are our expected crowd. Juga guru-guru yang mengajar kita especially those yang ada kat Kuantan.
Any correspondence to my attention tolong cc kepada sahrid@... supaya I tak miss any posting. Kita perlu budget jumlah kehadiran ASAP. Tapi kita masih gunakan email group supaya everybody is aware of the progress.
Ok, itu saja from me for the time being. Tolong war-war kan kepada member lain in your database. I'm reachable at 013 xxxxxxx.
Wasalam.
sher
Hasnah Mohamed dengan excitednya menulis:
Fun jugak berconference ramai-ramai, tak terasa 2 jam lebih we were online. Effective juga, we managed to get some actions done. Sekarang dah ada official committee members. Follow up pun dah arranged.
Tapi Yang Berusaha Puan Setiauasaha Sher, I tak tau I ni boleh buat apa sebagai AJK. Physically macam impossible. But if ada apa-apa terfikir yg boleh I bantu, beritahulah. I see if I can help. :)
Regards,
Hasnah
Faridzah Jaafar menjawab:
Sher dan kengkawan sekampong.
Berbakul maap kepada dema yang ber YM utk program 30th Anniv. SMSP. Terbaca sms sher keesokan hari nye. Yahoooooooo tak dapat join le. Kebetulan pada masa yang sama i out station, taklah pulak bawak lapptop. Anyhow, Tahniah lah kepada dema yang sukarelanye nak menjadi pelopor dan penggerak kpd program tu. Setakat ni memang batch kite lah hok excited nye . Batch yang dua lagi tu belum dengo kabo berite lagi. Next meeting bile???
Faridzah Jaafar terus bertindak:
PAYIT
Tolonglah kutip kengkawan yang ada kat Kuantan ni. Mesti kira jadikkkkk. nak confirm dgn Resort tu. I rasa RM 40 tu ok lah kann. Mungkin kita boleh jumpejumpe dulu dgn kengkawan yang ada kat Kuantan nih, alaala perjumpaan AJK gitu. Tolong payit , bila boleh bincangbincang ????? Masukkan Mahmud tu.
Shafian menjawab:
Cantikkkkkkkkkkkkkk kkkk..... ......... ......... . jom pegi ramai2.
Karoke...... ....... Mahmud boleh support..... ...... dia kata.
Paezah Ab Rahman memutuskan perbincangan:
Assalamualaikum semua
Seperti yang diwar-warkan oleh Idzah (thanks, Idzah), kita akan ubah tempat reunion ke Fantasia Beach Resort untuk menimbulkan suasana yang lebih santai dan mesra. Tarikh tetap pada 1.9.07 jam 8.00mlm.
Kita juga akan menjemput bekas Pengetua, Dato Abd Rahim Hamid dan isteri (aka Ayahanda dan Bonda - nampaknya mereka amat menyenangi gelaran ini) dan beberapa bekas guru (mungkin tidak lebih dari 5) sebagai penghormatan dan juga untuk membangkitkan kenangan semasa di sekolah dulu. Cadangannya, mereka akan berada bersama kita untuk sebahagian majlis aja, lepas mereka beredar kita akan enjoy sakan sesama kita aja.
Rasanya kita juga boleh buat memento kecil (eg key-chain) bagi majlis ini. Oleh kerana kita tidak mempunyai apa-apa dana, jadi saya cadangkan kita berkongsi sumbangan utk menampung kos jemputan (cikgu-cikgu) dan cenderahati. Jadi, saya cadangkan kita kenakan bayaran sebayak RM60 seorang.
Sekiranya ada lebihan selepas ditolak kos, saya cadangkan kita dermakan kepada Exsas. (Kalau lebihan sikit sangat, kita derma kat masjid ajalah). Diharap kengkawan tidak keberatan ya.
Oleh itu, harap sebarkan pekara ini kpd semua kawan-kawan kita yg tak kira dimana. Saya sertakan flyer majlis, harap print dan sebarkan, kalau perlu. Yang ingin letak nama sendiri di ruang "sila hubungi" juga dialu-alukan. Atau nak buat flyer lebih kreatif, silakanlah. Yang penting ... semua yang berkenaan tahu akan majlis ini.
Serahkan semua nama-nama yang akan hadir kepada Sahridah. Kalau ada cadangan mengenai aturcara majlis - sudi-sudikanlah ya. Harap kengkawan dapat mengumpulkan seramai mungkin. Terima kasih tak terhingga diatas kerjasama semua! Moh ke Fantasia...!
Wassalam
pae
Akhirnya majlis diadakan pada 8 Sept 2007, oleh kerana memberi laluan kepada ahli-ahli yang ada anak-anak mengambil UPSR. Inilah kumpulan bekas guru dan anak murid yang hadir pada malam tersebut.. selepas 30 tahun meninggalkan sekolah (to most of us) inilah kali pertama kami berpeluang berjumpa tanpa kehadiran batch lain. Komen pertama Ayahanda Datuk bila diajukan jemputan: “Mengapa tunggu sampai 30 tahun?...”
Itulah ayahanda kami. Sepanjang 5 tahun kami bersamanya, ungkapan “You are my firstborn” selalu diucapkan terutama apabila berlaku perselisihan antara batch.
Tengok lah tu….kalau tidak disebabkan bekas guru diberi penghormatan duduk di sofa, tentu tak boleh nak bezakan mana bekas guru dan mana bekas anak murid kannn…
Seramai 49 ahli bas dan 5 orang bekas guru hadir. Keseluruhan crowd melebihi 70 orang. Ramai ahli membawa keluarga dan makan bersama semasa BBQ. Bekas guru yang hadir ialah Ayahanda Datuk Rahim, Bonda Datin Kamariah, Puan Rubiah guru Home Science semasa kami menumpang di ABS tahun 1973, Mr Tan Eng Chuan yang banyak menyimpan cerita panas dengan batch kami, dan Mr Woo guru physics.
Ayahanda DULU dan SEKARANG
Gembiranya ayahanda memeluk anak sulung yang dah dewasa. Tak taulah anak atau ayah yang dulu menitiskan ayaq mata
“Dulu saya slalu nyanyi... sekarang pun saya masih nyanyi.” –BAM
“Sir, do u want to know who did that…?” Mazha the Orator
Kelas 5:1paling ramai kehadiran pada malam tu tenmasuk 3 ahli yang meninggalkan bas pada tahun 1975.
Kelas 5:2 pun tak kurang hebatnya. Hasnah Mohamed yang bermastautin di Brunei Darul Salam terbang balik ke Malaysia kerana tiba-tiba terkenang sup ayam kampung air tangan ibu.. dan terkena pulak tarikhnya sama dengan reunion. Ha’ah… iyer ler tu!
Sekuntum aja bunga kat kelas 5:3 ni… takperlah, masih menang kerana bunga yang paling ceria..
Eiskk…naper tak ramai geng kita ni?? Lainkali kelas 5:4 kena kempen kuat sikit no….
Kelas 5:5 lepas ni boleh buat gathering sendiri sebab tokey tofufa boleh sponsor semua…
Kelas 5:6 – Ehh! LinaD mana?
Cenderahati kenangan majlis: Kotak kuning khas buat guru-guru dan bungkus come-lote untuk ahli-ahli Bas 7377. SMSP (Sek Men Sains Pahang) diabadikan kerana itulah nama asal sekolah semasa kami bermula pada 1973.
Kenangan zaman sekolah – beberapa edisi majalah sekolah, JASA, yang masih dalam simpanan salah seorang ahli Bas 7377. Nostalgia!!
Sebagaimana yang dijanjikan, selepas cikgu cikgu tinggalkan majlis, reunion disambung pulak dengan sesi NGETEH di kedai mamak sampai jam 2 pagi.
Resolusi sesi ngeteh ialah – BIG-5-OH pada 2010.