Balik Beraya Aidil Fitri 2008 (SHAWAL 1429)
Injin bas raya dimulakan oleh Mazha Mahmood, drebar utama bas edisi khas:
SALAM HORMAT BUAT SEMUA ORANG KAMPUNG.
Bila time nak balik raya .. Bas memang tak cukup. Jadi semua bas akan laku dan dicatar .. bawa balik orang ke kampung masing-masing.
Bas hogeh 7377 pun laku juga. Tapi penumpangnya hanya dikhaskan kepada geng SMSP7377 sahaja. Bas ini akan kutip semua geng-geng smsp7377 bawa balik beraya. Kali ini semua penumpang akan dibawa balik ke sekolah .. tahun ini .. kita semua akan beraya kat asrama SMSP di Batu 8, Kuantan. Haa .. apa macam?? Hihihi...moh kita merapu nak..
Drebarnya tentunya Hasnah. Pomen dia Mazha, yang cek dan kacip tiket Lina D. Yang pegang senarai nama penumpang Sher. Dan yang jadi inspektor tiket PaE. Disetiap bus-stand memang ada wakil-wakil yang akan pastikan sapa-sapa yang dah ada tiket supaya tunggu kat situ.
Bas ini boleh muat 40 orang. Tapi semua geng smsp7377 yang masih ada mungkin 200 orang. Tapi yang berdaftar dan tinggal dikampung siber ni 80 orang. Jadi keutamaan terpaksa diberikan kepada yang 80 orang ni dulu. Kalau tak boleh duduk, yang kemudian berdiri. Mana yang slim kecil molek tu .. sejak dulu-dulu .. boleh duduk atas riba kawan-kawan. Oleh kerana hanya geng smsp7377 yang boleh naik .. suami atau isteri dan anak-anak mereka .. kena balik sendiri ... tunggu di rumah. Geng-geng smsp7377 hanya akan balik rumah pada raya ke 2.
OK .. Bas dah mula keluar gerej...di Batu 8, Kuantan .. akan keluar menuju bus stand.
Bus stand 1 - Rompin.
Sapa ada di Rompin sekarang? Setahu aku ada Azmi Mohd. Yang asal dari sini ..Azmi, Zainuddin, Nasir Jaafar (Liban Cundung) .. mungkin yang Mak Cik pun ada .. boleh sapa beritahu.
Dari Rompin menghala ke Pekan .. lalu Merchong kemudian Nenasi. Khabarnya sekarang Azian Ali bertugas guru di Nenasi. Kedepan sikit .. Tanjung Batu .. ni kampung asal Cikgu Anuar. Kedepan lagi ... Sg. Miang. Ini kampung Lela Lambak. Kalau nak singgah ratah udang .. Mazha ada kat-kat situ. Lima minit lagi .. sampai Pekan.
Bus stand 2 - Pekan
Sunyi je bandar Pekan. Sapa ada ? Geng yang ada sekarang .. Nazri, Zaidi, Rohana, Eta. Tapi bila mula masuk SMSP dulu .. ramai juga dari Pekan. Dari Ahmad Primary School saja ... Balkis Aini, Tg. Balkis, Mustapha Kamal (Ataturk), Hazhar (Matt Pitt), Rohana, Rosnah Ngah, Zuriati, Roshaliza Shafie, Tarmizi, Zaidi, Nazri, Mazha, Hasnan, Zaimi. Dari sekolah lain pula .. Mat Taib, Nasir Manan, Zali Sulaiman, Julaini, Rokman, dll. Ehh nampak macam Ayahanda dan Bonda .. balik berbuka dikampung ke? Cikgu Ghafar, Cikgu Ridwan pun ada juga .. reunion guru-guru barangkali lah. Ramino (lab assistant SMSP) dan kerani sekolah dulu Kak Nasuha (tak silap yang kahwin dengan Cikgu Hasnan tu) pun ada juga .. beratur beli Murtabak Mengkasar buat berbuka nanti. Itulah muka-muka Pekan yang pernah ada kat Smsp dulu. Now bus akan bergerak ke Kuantan.
Bus stand 3 - Kuantan.
Daerah Kuantan ni besar. Termasuk jugalah Sg. Lembing, Bukit Goh, Beserah, Balok, Bukit Birut, Kem Batu 9, Jaya Gading dll. Drebar kita, Hasnah.sengaja bawa bas ke Sg. Lembing dulu .. nak jenguk kampung dan sekolah asal dia. Nasir Gito pun orang sana juga ... termasuklah Siti Wangi. Yang lain seingat aku yang asal dari daerah Kuantan ialah Itik (Mustapha), Mubin, Amdan Akil, Wan Zul, Wahid, Maznah. Yang join 1976 .. Azhar Panjang, Endut, Mazri (tambun), Syed Omar, Timah Hendon .. dan tentunya ramai lagi yang aku tak ingat.
Sekarang ni...yang berada dan bertugas di Kuantan pun ramai juga .. termasuk yang sering ngeteh dan ngopi bersama Payit, Itik, Li Noh, Wan Shaharuddin, Mahmud, Hj Wei, Nasir Manan. Yang ada diKuantan .. tapi jarang dapat ngeteh bersama .. Samsul, Roslan Hamid, Rismayuddin, Mubin, Azhar Panjang, Dahnel, Jepri. Yang Mak Cik pula .. Rosnah, D. Surinah, W. Ernawati, Faridzah, S. Esah (isteri Jefri) dengarnya ada juga Rohani Armia, Suharmi, Idah Abu, Bedul, Zali Mohd, Buntal.dan baru ni barulah terjumpa kawan sekelas .. Norashikin. Mana-mana nama tercicir tu minta maaflah.
Yang Cikgu biasa terjumpa .. Cikgu Kamaruzzaman dan isterinya Cikgu Norizan. Juga Cikgu Anuar, Cikgu Baha yang dah bersara. Pengarah Pelajaran Negeri .. Cikgu Datuk Aziz, belum pernah jumpa. Tapi seronok juga bila terjumpa abang-abang dan kakak tukang masak asrama dulu. Sejak dewan makan diurus secara tender, mereka semua dah tak jadi tukang masak .. kerja pejabat. Beberapa tahun dulu saya pernah terjumpa dan berbual dengan mereka ini, mereka cukup ingat kita-kita yang batch 7377 ni. Mungkin jamuan untuk hari raya ini kita panggil mereka untuk masak juadah pagi raya.
Dari Kuantan, bas akan ke Maran. Kena ikut jalan lama, kalau lalu highway tak jumpalah kampung-kampung kawan-kawan kita. Dari kuantan, on the way ke Maran lalu Paya Bungor. Ramai juga budak smsp asal dari Paya Bungor. Mungkin batch kita takda. Yang senior kita setahun .. mungkin ada yang ingat Lokman Hakim (Dr) .. headboy 1978, semasa sebahagian kita berada di Lower 6. Lepas itu kita akan jumpa Luit dan Felda New Zealand. Ada juga kawan-kawan yang berasal dari situ, barangkali Buntal? Dah hampir pukul 4.00 petang sampailah ke Maran.
Bus Stand 4 – Maran
Hasnah dah lenguh bawa Bas.. kini aku pula ganti. Ohh .. minyak dah nak habis. Kita pergi ke stesen Shell. Towkey dia .. Nazipah .. geng kita. So dapat disel free .. hahah ma kasih. Hasnah pun berehat seketika .. rindu nak berborak dengan Nazipah rakan sedormnya dulu. Yang ada di Maran sekarang .. Medan Akil, Saimah .. sapa lagi? Ada ke kelibat Cikgu Amin Shariff ?? Mungkin tak balik raya kat Maran .. maklumlah banyak sangat kampung mertua hihi. Maran ni dah jadi satu daerah.dulu-dulu ia bawah daerah Temerloh. Dari Maran bas bertolak ke Temerloh. Bas pergi masuk ke Chenor dulu. Ini kampung Roslan Hamid. Aku dulu heran ngapa Roslan ni baik dengan Lela Lambak. Memang orang ejek dia masa sekolah dulu.rupanya orang tak tahu .. mereka sedara. Ayah Lela Cikgu lambak tu adik-beradik dengan Nenek Roslan rupanya. Kira waris aku jugalah. Yang ada di Chenor sekarang .. Nazri pendek, Hasnan Cikgu. Siapa ingat Nagib (rambut sihat) kelas 5.2, rasanya dia asal dari Chenor juga. Termasuklah juga Aminuddin (Dr) yang bijak tapi tak meleng kat orang tu .. hihi. Seberang sana Chenor .. Machang Gelap. Ini kampung kawan kita Zainuddin. Din ini ada di KL .. pergi overseas .. patut jadi Cikgu Mathematik .. tapi boleh lari kerja kat Bank pula .. hehehe. Din, mohlah jenguk kampung ni .. jenguk memang jenguk tap .. tulislah sikit-sikit ok. Betul ke .. orang belah sini kalau cakap parang panjang tu .. parong panjong?? Dari Chenor teruslah ke Temerloh. Lalulah Kg. Awah. Sapa kawan kita dari Kg. Awah?
Bus stand 5 - Temerloh
Bapoklah bestnya bila doh sampei Temerloh. Yang dalam bas ini pun ramai yang dah termegerloh (tidur lah tu). Bandar ini memang nostalgialah buat kita geng smsp7377. Dulu 1973 .. masih jambatan besi .. atas Sungai Pahang. Rumah rakit saperti dulu .. dah takda nampak. Yang aku ingat sampai sekarang ialah nama kampung-kampung di Temerloh .. Busut Jin, Buntut Pulau, Bukit Pak Silap, Pragap ... Temerloh dan Metakab ni tak jauh. Mentakab duduk dalam daerah Temerloh. Masa kita sekolah dulu ramai yang lebih suka ke Mentakab kerana bandarnya besar sikit. Seingat aku geng smsp7377 ni ramai yang dari Temerloh. Lias Lani, Payit, Subian, Risma Landak, Nasaharuddin, Shamsul, Mahmud, Lebak, Asmah, Alawiyah, Rosuna? dll. Yang femes-femes pun dulu geng sinilah.yang hero-hero kat asrama ABS dulu .. geng kita anak polis Mentakab .. Kadok, Man Tong, Idin, Lan Sudin, juga Amaludin, Azimah,Mariana, Norgayah (gelat) juga Rahim Helmi, Jamaluddin .. dan Duan dan Mat Daung dari Lancang. Tak pasti sapa yang masih ada di Temerloh sekarang. Khabarnya .. Shaharani ada diisini dan dah pasang dua .. heheh. PaE pun disinikan? Opps.. dah hampir time berbuka ... sengaja nak cari satu restoran yang nostalgia buat aku. Restoran Azhar .. ada lagi rupanya ... sejak 35 tahun dulu. Aku bawa bas kesitu termasuk penumpang yang ada, berbuka puasa kat restoran itu ... restoran tempat aku pernah tidur tahun 1973 dulu .. pada malam raya. Ohh syahdunya. Ehh ada lagi ke bangunan Pa' Moi kat sebelah sana tu..?? Lepas berbuka tu kami semua tumpang tidur .. tempat kita semua pernah tidur .. nun atas bukit tu .. Asrama ABS (Asrama Pusat). Sambung perjalanan pagi esok pula.
Bus stand 6 – Jerantut
Dari Temerloh masuk simpang Sanggang .. lalu ikut Kuala Krau untuk ke Jerantut. Kuala Krau .. ada kawan kita asal dari sini .. Cawat (Chung Ching Huat kelas 5.3) tapi dia bukan sambut raya. Lagipun sekarang Cawat ada di Kuantan. Sampai Jerantut .. sapa ada sini. Sekarang yang ada Lina D kat sekolah Men.TAHAP. Rasanya Syed Dollah pun ada disini. Tapi masa sekolah dulu kawan yang aku ingat sangat dan sinonim dengan Jerantut ialah Mat Krek. Kalu tak silap Li Noh pun orang Jerantut juga .. Mat Jemi ... Isa Shafie?? Yang perempuan tu .. maaflah tak dapat sebut kerana tak ingat. Ralat juga .. ada 2 orang perempuan dalam kelas aku masa form 3.3... masa form 4 pindah sekolah ... tak dapat nak ingat nama. Dari Jerantut bas teruslah ke Lepeh..
Bus stand 7 - Kuala Lipis
Aku jarang sampai kesini .. tapi tahu jugalah jalannya. Takpasti sapa yang masih ada disini. Seingat aku .. kawan-kawan yang berasal dari sini .. Wan Shahruddin, Malik Din, Shaharuddin Ming, Aziz Pilus? Yang aku cari-cari .. sejak habis sekolah dan tak pernah jumpa dan tak tahu ada dimana sekarang ialah Malik Din .. really miss you..
Dari Lepih bas terus ke Raub.
Bus stand 8 - Raub.
Orang Rhaub ni spesial. Slang dia orang agak berbeza sikit. Jika orang Pekan bunyinya leweh .. orghang rhaub ni pekat kedalam sikit. Kawan yang aku ingat sangat dan cukup femes masa sekolah dulu .. Subam, yang cerdik tu .. Shan, juga yang cipta lencana sekolah Shukri Doya. Yang terkenal dengan slang Sega nya .. Pahari. Juga Rosita, Cheam May Choo. Midah Gebu orang sini ke? Dari Raub ..teruslah ke Bentong ..
Bus stand 9 - Bentong
Aku amati orang Bentong ni cakap dia tak banyak loghat sanga .. kira bahasa bakulah. Walaupun tak biasa sangat dengan daerah ini tapi sejak sekolah dulu nama-nama Sg. Marong, Lurah Bilut, Karak, Ketari dah dikenali kerana ramai kawan-kawan geng smsp7377 dari sini. Geng-geng Bentong ni ramai dan femes juga dikalangan kita. Masih aku ingat .. Hisham, Noran, Rahman Kidul, Man Majid, BOR, Maarof, Hashim Mubin, Surinah, Lee Yuet Lai, Ainun? Sher.. orang Bentong ke? Dan dari Bentong Bas7377 .. bergeraklah ke KL.
Bus stand 10 - Pudu Raya
25 Tahun dulu, muka aku ini memang selalulah kat sini .. naik bas turun bas. Kawan-kawan smsp7377 rasanya tak ramai asal orang KL. Agaknya 90% memang asal orang Pahang. Cuma Bas 7377 singgah kat Pudu Raya sebabnya .. kot-kot ada yang yang nak tumpang balik.Yang sorang asalnya jauh sangat Cameron Highland .. Nonie. Tak larat bas ini nak naik jemput kat sana.
Yang pasti, sekarang ni ramai kawan-kawan kita yang bekerja di KL. Mungkin yang asal Pekan, Temerloh, Raub .. dah takda kampung lagi sekarang. Yang terpancut jauh kat Penang, Perlis atau Kedah .. kalu nak balik raya di Kuantan .. turunlah ke Pudu Raya. Bas 7377 hanya tunggu kat sini.
Besok dah nak raya .. Bas kena balik Kuantan pagi ini juga.
Hari Raya di Asrama - SMSP Batu 8
Dah 2 hari pusing Pahang dan dah sampai KL. Jadi ke nak program raya tahun ini kat asrama?? Memang tak pernah orang buat tapi sengaja nak buat. Moh kita bilang sapa ada dalam Bas 7377 ni?? Yang ada .. Hasnah, Lina D, Sher, Mazha, PaE, Lias, Medan, Nonie,Asmah, Wan Shaharuddin ...l aahh lebih kurang 10 orang je. Yang bas musing-musing hingga 2 hari ni ... rupanya takda yang nak naik dan join .. hanya muka-muka tu juge ... habis nak buat guaner? Nampaknya program nak raya kat asrama terpaksa batal lah.
Hehe .. aku merapu panjang ni ... sebenarnya ada tujuan juga. Pertama, aku nak cuba ingatkan nama kawan-kawan kita yang aku masih ingat dan kenal dan dari mana asalnya. Kedua, aku sedih juga nengokkan kampung cyber smsp 7377 tu .. hanya dihidupkan oleh muka-muka tu saja. Yang sekejap ada .. lamaaa..takda, yang lamaa .. tak pernah ada. Khabarnya yang jenguk ramai juga .. tapi tak minat nak tulis. Betullah bukan semua orang minat nak nulis ni.
Tapi jika boleh .. dekat-dekat nak raya ni .. mohonlah setiap dari ahli smsp77 dapatlah keluar nama mereka dikampong kita ini. Bukan perlu tulis panjang-panjang. Selamat Berpuasa atau Selamat Hari Raya pun memadai. Atau kalau malas nak tulis .. tulis setail Asmah ..Hehheh, Ha, Ohh .. pun OK. Kami cuma nak tahu siapalah yang berada dibalik jendela rumah yang nampak bertutup saja tu.
Harap-harap drebar Bas7377 tu .. taklah give-up ye...
Ingatan tulus ikhlas buat rakan-rakan semua.
Mood Mazahar (15-9-08)
Sahridah Abu Samah penumpang Raub sambung:
Mazha,
Saya asal Rhaub. Kami ber4 dari SK Dong masuk ke smsp: Faridzah (sekarang kat KTN), Husin Mohd aka Robert (dah pindah ke Sabah, LHDN), saya dah menetap kat Bentong, cuma Aminah Abdullah saja yg tinggal di Rhaub jadi pengetua kat SMK Dong sekarang.
Thank you for the write up. Ingatkan nak tulis pasai bas sewa yang datang ambil kita kat asrama hantar ke bandar2 terdekat kampung kita. Mudah sikit perjalanan kita bila cikgu kita buat cam tu. Sampai ada bas yg datang ambil malam-malam hari, destinasi yg jauh lah agaknya, senior dan junior kita lah tu.
Bila sampai time nunggu bas datang jemput cam tu, jadi cam pesta plak asrama kita. Ada satu lagu yg the boys nyanyi bila nampak bas dating ... menggelegak blok A dan B... the naive me ingatkan betuilah depa tu sukahati sangat nak balik kampung... rupanya ada message lain..... hihihi... obscene lah sikit message tu... ada sesiapa ingat?
Mazha Mahmood memberi clue:
Rasanya yang dinyanyikan beramai-ramai tu..
“BAS DATANG AKU NAIK”
Cuba sebut 20 kali...silap- silap dapat Pang dari OGIC..hehe.
Alias Lani cepat-cepat menyampok:
Memang otak kuning si Sher ngan Mazha ni ...benda dah 30 tahun pun masih ingat...
Ainun budak Temerloh Mazha...
Hasnah Mohamed cuba mengelak dari jadi drebor?
Mazha,
Drebor bas 7377 agak sibuk la masa ni nak mendrebor bas. Kena serah kat you jadi drebor Bas Raya ni. Banyak kuih dan kek I nak buat, takleh nak gi dreboring around-around.
Cerita bas balik raya Sg Lembing maybe Dr Nasir Gito kita ada idea rajin nak nulis kot ... Jangan lupa Wan Fendi dia pon orang Sg Lembing dan ada dalam kampong kita. Wan Fendi! Acu tulis sikit pasal raya kat Sg Lembing dedulu boleh?
Eh, mana boleh duduk-duduk atas riba tu. Karang mak ke, ayah ke ngamok besor ... susoh tak dapat beraya kat rumoh, kena beraya kat sepital. Lagi pon mana ada lagi yang kecik molek, besor-besor belaka doh. Kalu beriba ada yg sesak napas terus ... heheheh.
Sahridah menjawab Alias:
Haah.... ada orang tu kena tambah puasa 40 hari .. Raya Qurbanlah dia ... boleh sembelih kambing!
Mazha menyambung lagi:
Hehehe...memori itu ada dalam berbagai warna .. hitam, putih dan warna-warna pelangi.
Terima kasih Sher, mengingatkan saya kawan-kawan yang saya tercicir. Tetap ingat lah Husin (Rubert) tu, juga Cikgu Fatimah di Maran.dan yang lain-lain tu.Wan Afendi @ Wan Lambak dari Sg. Lembing, Togi, Kelicap, Manggal, Memecah, Tok Batin, Pok Cap .. Maheran, Siti Khuzaimah, Zainab ye… mana
Tapi ada juga yang saya tak perasan dan dan tak tahu tunggu kat Bas stand mana kerana mereka ini sekejap ada .. lamaaa .. takda .. atau tak pernah jenguk kampung pun..
Boleh sapa-sapa tolong up-date saya. Kawan kita ni kelas mana dulu ye .. Cikgu Aminah, Zaharah Jamaluddin, Jamaliah Ismail. Ada tak kawan kita yang nama Abu Hassan Asyaari (best - student Kelas 5.5?).
Amdan Akil tumpang sekaki:
Tiiiiinnnngggggg,
Salam Mazha,
Sorang lagi geng ngeteh Payit, Malek Bakar, aku tgk kat bus stand Pekan takde, kat Kuantan pun takde, selalu gak tanya aku mcmana nak masuk kg, tapi tak jumpa jalan lagi gamoknya.... .
Kalau ke Kuantan, aku selalu jenguk Malek kat Pej SUK, sebelum jumpa dia, borak-borak dulu ngan Kamariah kat tingkat bawah sekali, Kamariah ni geng Sg Karang, ada dua tiga orang lagi geng dia..... Sekrah, Rozaini, Zulhijjah kalau tak silap...
Sorang lagi geng kat Bukit Goh - Basri Ahmad (Mamak), paling akhir jumpa dia tahun 1980, kat pej pos Kuantan, dia nak ngepos kad raya, aku masa tu kerja sambilan tukang cop kad raya kat pej pos tu.....
Satu lagi........ bas ni tak pasang lagu raya ke...hehehe, lagu apa paling pemes masa tu..... dendang perantau? Lagu Raya Saloma? Fazidah joned.......
Maaroff Abdul Rahman turut bersuara:
Aslmkm Mazha;
Sangat menarik coretan ni. Saya nak tambah sikit Bus-stand Bentong. Kalau diambil kira Sek Ren Sulaiman Bentong dan sekitarnya yg dpt ke Semsas, ada 5 orang lagi iaitu Tajul Rahim, Noorul Akmar, Rahah (pindah ke Ktn), Ahmad Mazian, Sazali Sidek (Allahyarham) - Malay Medium.
Faridzah Jaafar sikit jer dia tanya:
Medan,
Malek Bakar kat SUK? Unit mana?
Amdan Akil jawab:
Idzah,
Malek cc kat unit perkhidmatan.
Borhanuddin Ismail sambung:
Mazaha ... koi nak betuikan sikit ... koi singgah kat bus-stand Temerloh je .. dah petik loceng tapi driver terus bawok ke Bentong, puas koi menapak balik ...
Hassan Manaf turut serta sekaki:
Salam Amdan, Redzlan, Mazha dan kengkawan semua,
Dah lama tak balik kampung, dekat raya baru teringat kampung. Sedih pulak baca cerita tak ramai nak naik BAS7377-SEWA KHAS ni. Tahniah Mazha atas cerita yang menarik, aku tabik dengan cara penulisan dan ingatan engkau. Amdan dan Redzlan, aku dah daftar hi5 tadi tapi termasuk dalam geng bebudak pula, nanti aku cuba semula ok.
W.b.m.p. Diucapkan “SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA". Maaf dipinta atas segala salah silap saya dengan kengkawan semua.
Hassan
Mazha Mahmood meneruskan perjalanan bas:
Terima kasih kawan-kawan semua.
Hassan awok tak tunggu kat Puduraya ke? Rasanya asal Temerloh jugakan? Geng rapat awok Jalaluddin sama bus-stand ke? Serupalah juga BOR yang aku terbawa ke bus-stand Bentong ... tapi orang Temerloh, rasanya Lipat Kajang?? Ahmad Tajuddin (Hang Wu Ti) .. Mentakab ke ?
Terimakasih Maarof ... tercicir aku beberapa geng yang di Bentong. Ingat lagi sebenarnya Tajul, Mazian @ Gigi, aruah Zali Sidek, Borhan (John 3.3), se geng Dahnel dan Shaharani (Haji), Suhaimi Mansur,orang sini juga tak? Nama-nama Mak Cik .. Rahah, Norakmal, Nora, Shahrul, Rohani Cik, Rohimah Win, Hashimah, Rafeah, Khasnah Khatib, Sekrah, Rozaini, Tg. Aini, dll .. adalah nama-nama yang terlintas tapi ada yang dah tak perasan orangnya.
Dan Medan .. bagus sekali kerana mengingatkan seorang yang aku tak terlintas langsung selama ini padahal masa sekolah dulu kita sering menyakat dia .. Basri (mamak) dari Bukit Goh.
Ingin jugalah aku rakamkan ingatan tulus ikhlas buat member-member kita Prof. Zuhaimi (Jerantut), Nasir (Merapoh-5.5), Sudin Ghani, Malik Bakar, Lengkor (Pekan), Zahidin Kadir (Mentakab - now di Bera), Zaid, Roslan Isa, Khairi, Sabaruddin, Radzai, dll.
Elok juga dekat-dekat raya ni kita tolong sebutkan nama-nama kawan-kawan kita yang kita masih ingat buat kenangan bersama.
Cuma yang pasti ... ramai diantara kita yang dah hilang kampong dan bus-stand kita tunggu bas masa sekolah dulu bukan lagi perhentian kita sekarang.
Namun dimana jua kita berada sekarang .. jenguklah BAS 7377 ... semua kita ada disitu.
Selamat berpuasa dan bersiap nak raya.
Mazha Mahmood
Amdan Akil menyambung lagi (siap dengan gambor-gambor):
Salam Mazha & kengkawan,
Hari ni aku ke Temerloh, ambik anak yang dah cuti raya, dia naik bas dari ke KL turun kat Temerloh. Sambil nunggu dia sampai, sempat gak lah aku ke Pasar Ramadan, beli ikan patin Pak Yusuf seketul - RM 7, dulu RM 6 je... Temerloh - Bandar Ikan patin....
Masih ada masa, aku teringat cerita awak tidur kat Restoran Azhar pada malam raya, kamera ada dalam kereta, aku bergegas kesana, sampai persimpangan Jalan Bahagia, teringin jenguk sekolah lama - ABS - Di sana kita bermula.....
Tahun 1973 dulu aku pernah ambik gambar Asrama Pusat dari seberang padang.....tempat sekolah bercerai dulu...... hehehehehe, hari ni aku nak ambik sekali lagi, dalam hati tertanya-tanya macamana rupanya selepas 35 tahun.......
Turun dari kawasan sek, baru jam 6 ptg, aku singgah Restoran Azhar, towkey nya baru bukak kedai, aku jenguk-jenguk mana tokeynya yang pernah kita kenal dulu....... Seorang anak muda menyapa, "nak bungkus nasi lemak ke bang" aku jawab "tak, nak makan kat sini, berbuka karang", "Abg Azhar ada?" "tak ada, dia dah jarang datang, anak-anak dah besar, anak-anak pulak jaga kedai ni, kenapa bang", "Dia apa khabar?" "Sihat", aku pun cerita serba sedikit kisah tahun '73 dedulu.
Di pendekkan cerita, lepas ambik anak aku berbuka puasa kat Restoran Azhar, menu nya tetap macam dulu, nasi lemak sambal sotong, sambal daging, dll sambal.....
Restoren Azhar (gambar terbaru), nasi lemaknya menjadi kenangan penumpang Bas 7377.
Asrama Pusat Temerloh (gambar terbaru), tempat mula pelajar SMSP menumpang asrama.
Menu (gambar terbaru) nasi lemak Restoren Azhar.
Semua gambar sumbangan Amdan Akil.
Hasnah Mohamed menyampok:
Best nya Medan. TQ gambor-gambor tu. Kenangan lama menerpa kembali .... heheh
Amdan Akil menjawab:
Tapi hasnah, yang tak best nya, asrama puteranya dah takde atap, kalah perang kot, perang mercun, hehehehehe.
Mazha Mahmood menambah:
Terima kasih banyak-banyak Medan..
Gambar-gambar yang cukup nostalgia sekali.
Tumpang gembira Restoran Azhar masih bertahan sehingga kini. Bilik Ustaz ABS yang aku tumpang tidur tu, diatas disebelah belakang. Stesen petrol sebelah simpang naik asrama tu ada lagi ke..?
Sapa ingat ... rasanya sederet Restoran Azhar tu ada kedai Cina .. jual ABC. Ramai juga geng kita pekena ABC kat situ. Pertama kali juga aku terjumpa agar- agar hitam dalam ABC .. masa tu tak tahu lagi apa itu cincau.
Azlina Dollah mengambil giliran:
Salaam orang kampung,
Whoaa Medan!!!
Terima kasih bebanyok le atas ingatan awok. Memang nostalgik habeh.
Koi selalu jugak singgah Restoren Azhar tu. Memang betul lah ... menunya memang tak berubah. Cuma sekarang tak de sambal kerang. Dedulu koi punya faveret nasi lemak sambal kerang le sebab first time koi makan kerang dibuat lauk gitu. Sebelum tu koi makan kerang nih sebagai kerang rebus dengan pencicah ... as in makanan ringan.
Nasi lemak tu MASIH dalam tong kayu tu le. Something very unique sebab rasanya zaman kita di ABS tu rasanya tak pernah le tengok kat mana mana pun tong kayu buat isi nasi. Dan aromanya .. perrrggghhhh!!! Gecorrrrrrrr!!!
Satu perbezaan yang amat ketara ialah harga. Dulu hari Sabtu atau Ahad koi beli nasi lemak sebungkus besor dengan sambal kerang tu baru 50 sen. Kenyang satu hari ... tak yah lunch doh. Sekarang ... last koi makan nasi lemak Restoren Azhar [zaman sebelum harga minyak naik] ... dengan sambal daging ... sepinggan kecil [dia sukat pakai senduk nasi ... SATU senduk kecik tu je], harganya rm2.80. Lauk dia kira banyak le. Biasanya orang akan order tambah nasi kosong [tak perasan lak berapa harga ... tak silap seringgit for another satu senduk].
Koi selalu gak jumpa ngan tokeh dia En Azhar tu tapi koi tak de le bertegur sapa ngan dia sebaliknya koi borak ngan orang rumah dia. Tu pun .. dia sibuk sangat tak dan nak layan borak.
Sebenornya koi tak berapa ingat orang rumah dia tu. Dedulu agaknya Azhar tu kat depan sensorang dan orang rumah dia mungkin di belakang bancuh air dan cuci pinggan. Den ada dengor dia kawin dua ... jadi tak berani lah nak tanya bebanyak takut tersilap.
Ada sekali koi rasa nasi dia lain dari biasa. Koi tanya le orang rumah dia [En Azhar dok berlegar layan hisap rokok sambil borak ngan pelanggan regular dia]. Jawabnya ... tokeh masak nasi sendiri ... sambil memuncung ke arah En Azhar. Koi tanya biasanya sapa masak ... katanya biasanya dia yang masak.
Satu perkara yang amat menarik perhatian koi ialah sekeping kad manila yang di gantung di atas 'lubang' tempat order/ambik minuman. Tertulis di situ [not verbatim ... kurang ingat pulak] 'Tidak ada teh tarik dan segala minuman tarik menarik yang lain sebab tukang tarik dah balik negeri' [something to that effect]. Last koi singgah makan nasi lemak kat situ ... kad manila tu dah diganti ngan kain putih tapi mesejnya tetap sama.
Koi rasa grill tingkap kedai tu memang ori dari tahun 70an tu le ... lain pesennya.
Mazha, kedai ABC tu dah tak de. Tak perasan lak jadi kedai apa .. tapi kawasan tu banyak kedai spare part kete.
“Nasi lemak Restoren Azhar tetap sedap cam dulu gak”.
linad
Sahridah Abu Samah menambah:
Nostalgis abissss la Medan!
Keknya naper bumbung asrama lelaki tu menceracak jer? Dipukul ribut? Masih digunakan ke asrama tu?
Lina,
Bulan lepas dua kali kita bertugas kat area berhampiran tu... in fact aku dok gi breakfast kat kantin ABS... tak terfikir lak nak bernostalgia macam Medan..
Hassan Manaf turut bersuara:
Memang ingatan awok bagus Mazha, aku setempat dengan Duan dan Mat Daung (Lanchang). Jalaludin dari Pelangai, sekarang kerja di Bank Negara. Duan tinggal di kawasan Sikamat, Seremban. Mat Daung katanya masih di Bentong.
Medan, Restoran Azhar Mentakab tu kan? Tokenya sedara dengan Zaidi. Anak awok tu dah pergi Jepun? atau pergi tahun depan?
Amdan Akil sambung:
Salam Hasan,
Restoran Azhar yang aku ambik gambor tu kat Temerloh, kalau turun dari Asrama Pusat (sekarang Asrama ABS ) konar ke kiri jumpa Stesyen Minyak BHP (dulu BP), lepas tu jumpa sederet kedai, kedai tepi sekali tu lah Restoran Azhar.
Kedai kat Mentakab tu Restoran Rahmat, tempat kita selalu pekena nasi ayam dulu-dulu, lorong sebelah belakang Opeh PAE.
Tetiba Rohimah Win juga mencelah:
Saudara Mazha,
Saya Rohimah Win dari 3.1. (73-75). Saya kini dah menetap di Jerantut hampir 20 tahun. Asal keluarga dari Melaka. Ayah saya dulu guru SMK Dong 1969-73. Pindah balik Melaka 1973 dan diganti ayah Subam. Di Jerantut ni saya jumpa geng lama ialah Isa Safie (sama taman), Lina D, Shaharudin Ming (kini di Terengganu). Yang masih dicari Roshazimah Abdullah, Norlida Hamid. Yg lain tak ingat. Apa2 pun Selamat Hari Raya kpd semua geng yg masih ingat kat saya. Wassalam
Azlina Dollah terkanjat:
Rohiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Salaaaaaaaaaaaammmmmmmmmmmmmm
Akhirrrrrrrrrrrrnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Dapat jumpa awok kat kg smsp77 nih. Lame berjaman doh koi activate mail awok.
Keknye mesej awok kat bawooohhhhhh .... nasib baik tak ter-miss.
Reply je kat atas sekali cam koi ni ha ... baru gerenti tak miss
Apa apa pun ... SELAMAT HARI RAYA ....
linad
Jamaluddin Ahmad juga tak nak miss tumpang bas raya:
Assalamualaikum buat kawan-kawan ...
Nostalgia sungguh baca cerita2 Mazha ni .. koi masih di Bus-stand 5 Temerloh .. ingatan Mazha pada nama2 kita dan cikgu-cikgi boleh tabik springlah .. lepas 20 tahun lebih ni.. tempat2 bersejarah buat kita masa di Temerloh masih ada .. cuma wajah sedikit lain .. Restoran Azhar yang popular di BAS7377 masih beroperasi tempat dan kedai yang sama jual nasi lemak lagi .. cuma tuan dia tak pasti sama ke tidak .. geng di Temerloh yang kawan kadang terjumpa cuma Saharani je dan Kelicap kebetulan sepupu kawa .. yang Makcik2 aku tak kenal sunggoh doh .. Jika sapa-sapa dari Ktn nak ke KL atau KL ke Pekan boleh singgah raya di Bus Stand Temerloh .. Apa-apa pon salam ceria dan selamat hari raya maaf zahir batin ..
Mazha terus memandu bas raya:
Ohhh..seronok dan gembira sekali .. akhirnya .. ada juga godong dari 5.3.yang menjenguk..
Terima kasih banyak Jamal .. selama ini ada disebalik jendela rupanya. Rasanya pertama kali aku terjumpa dengan awok dikampung ini. Memang tetap diingat nostalgia lalu zaman sekolah.
Kawan-kawan, Jamaluddin Ahmad ini godong koi sejak form 1 (kelas 1.3) hinggalah 1979 (Form 6). Sapa yang tak tahu, Jamal nilah Headboy SMSP tahun 1979. Bukan itu saja, dia juga Imam Besar dan Tok Bilal yang merdu sekali azannya. Teringat pulak masa solat Terawikh di dewan sekolah dulu. Jamal nilah Tok Bilal di belakang Ustaz Ismail kita. Hehehe .. bukan sengaja nak puj ... memang orang bagus dan disegani dikalangan kita.
Jamal masih kekal di bus-stand Temerloh .. asalnya Desa Murni, Kerdau. Sekarang lecturer kanan diUiTM Jengka. Moh jenguklah selalu kat kampung ni. Tahu ke dimana Malik Din?? Lama tak dengar cerita dari assistant awok masa smsp dulu .. Noran.
Untuk Rohimah Win .. kalau sama-sama tak perasan kira kita buat-buat kenallah. Sungguhpun ada kawan-kawan kita yang sehingga form 3 sahaja .. tapi ramai diantara kita tetap ingat terutama yang sekelas kita. Saya pun walau kelas lain (kelas 3.3/5.3) .. tapi bila awok sebut nama Roshazimah Abdullah (kelas 3.1) budak Jerantut tu .. rasanya saya kenal juga .. tak silap abangnya kahwin dengan sedara saya dan menetap di Pekan. Dan Norlida Hamid tak silap .. ini gadis pingitan sekelas saya. Terima kasih Rohimah kerana menjenguk kampung kita ini.
Haa... kan bagus… Jamal, Rohimah pun dah membuka jendela .... alangkah indahnya bil ramai lagi yang akan menjenguk muka dekat-dekat nak raya ni...
Tengah dok intai..manalah …
Subam, Hisham, Noran, Rosnah Ngah, W. Ernawati, Maznah Tuan Ngah, Kadok, Dr. Redzlan, Lan Hamid, Narehan, Mat Taib, Zainuddin, Subian, Zaimi....dlll.
Selamat Berpuasa dan bersiap Nak Raya....
Hasnah Mohamed sambung:
Aslmkm semua.
Mazha dah roll call awal-awal bas raya ni berjalan hari tu tapi koi tak dapat nak ikut serta masa tu. Bukan tak nak naik bas raya ni, tapi kena siapkan kuih raya kat rumah dulu. Ni kuih raya dah kira ok, bolehlah koi naik musing-musing dengan bas kita ni.
Raya ni memang satu hari yang meriah. Masa dolu-dolu, masa kita bebudak, meriah tu memang original punya. Maklum, masih tak kisah ke apa ... ada baju baru sepasang, kasut baru sepasang dah happy in cloud nine, takleh nak lelap mata tunggu pagi raya. Excited bebenor.
Sekarang lain sikit. Giliran kita menyediakan suasana meng-happykan anak-anak kita. Kalau happy budak-budak tu, happylah kita. Tapi kalu kita jer happy, budak-budak tu tak happy, sebenornya itu raya tak best. Itu perasaan koi lah.
Anyway, baju raya yang paling terpahat dalam ingatan adalah sehelai baju gaun warna merah jambu kain gula pasir dengan ropol halus dihujung baju. Takder lengan. Stail gaun mini zaman 60an tu. Agaknya umur masa tu 8 tahun kot. Baju tu auntie ipar sebelah emak jahitkan sebab dia memang tukang jahit. Kain gula pasir ni dia licin dan bersinar sikit. Pada mata kanak-kanak masa tu, paling best baju aku ni ...
Kemudian, digayakan dengan kasut Bata (must be Bata, sebab seingatnya dulu-dulu tak pernah beli kasut jenama lain selain Bata - tahan dipakai). Untuk isi duit raya mak buat beg tangan tali rafia yang berbulu tu.
Citer beg tali rafia berbulu pulak. Sapa masih ingat trend beg tali rafia plastik ni dulu? Ada satu stail kita kait dan ada bahagian body beg tu tali dia dibiar panjang in loops. Lepas tu loops tu kita gunting ceraikan. Lepas tu guna sejenis berus logam gitu, sikat-sikatkan tali-tali tu jadi wooly-wooly. Itulah citer beg bulu-bulu talia rafia. Popular kat kampong masa tu. Tak tau kat bandar-bandar popular ke tidak.
Satu lagi trend beg masa tu, dibuat dari straw minum air tu. Guna dua straw, lipat-lipat intertwine jadi keping panjang, sambung-sambung, pas tu jahit jadi beg. Bagus buat beg raga gi membeli belah ke pasar.
Sg. Lembing tahun 60an dan awal 70an bukan macam sekarang. Masa tu pekan tu masih ramai orang, lombong masih beroperasi. Sekarang dah lain dengar ceritanya ... dah jadi satu pekan kenangan saja. Dah lama tak jejak kaki kesana.
Tapi dalam mimpi, selalu balik bermain kesana. Ke sekolah rendah, ke padang bola, ke taman bunga sebelah padang bola, rumah kongsi tempat dilahirkan, sungai yang telan banyak selipar jepun koi, jambatan gantung tempat pakat ramai-ramai bergoyang takutkan amoi-amoi cina dalam mini skirt yg melintas nak pergi seberang ....
Waaaa ... melalut banyak dah ni .... TING! TING! TING! Saya nak turun sini. Thanks for the ride in the SMSP77 raya bus.
Alias Lani mesti nak mengutuk:
Bukan tak kenal awok tu... melalut dah jadi darah daging,
No sweat untuk Hasnah Mohamed:
Jangan dengki ..... itu special talent. Awok makan rumput jer tau nyer ....
Noraini Yusof komen:
Senah,
Seronok dgr cite ngko tu....aku ingat ler beg tali rafia tu....beg straw tupon aku siap belajar lagi....aku ada jahit topi tau....bila pakai sakit kepala keras kena cucuk...hehehe. ...
Hazlinah Harun pun mula buat cadangan:
Rasa teringin pulak nak makan nasi lemak Restoran Azhar ni. Saya dah lupa rasanya. Kalau muda-muda dulu rajin juga buat special trip for special meal like this. Sekarang ni kena cari sebab untuk pergi Temerloh nak makan nasi lemak nostalgia ni. Tak nak ke buat the next gathering in Temerloh. Its quite central for the group from Kuantan, Jerantut and KL.
Hasnah Mohamed cepat-cepat sokong:
Excellent idea!
Kita book buat gathering tu kat Restoren Azhar ni. Minta nasi lemak siap dengan lauk pauk yg kita biasa makan dulu-dulu, sambal sotong, sambal kerang, dll.
Hazlinah Harun sambung:
Sapa nak tolong organise. Pae or member-member Temerloh, please please please. Bersemangat mengingatkan nasi lemak nostalgia
SEKIAN EDISI KHAS BAS NOMBOR 7377 BALIK BERAYA AIDIL FITRI 2008 (SHAWAL 1429). KAMI AHLI-AHLI KAMPONG SMSP77 (PENUMPANG BAS NOMBOR 7377) MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN JIKA ADA TERSILAP KATA DAN TERKASAR BAHASA SEMASA PERJALANAN BAS KAMI.