Dalam banyak-banyak insiden yang dilalui, insiden berikut ini sukar dilupakan: iktibar daripada insiden ini banyak, dan pastinya menambah kuatkan lagi keimanan kita kepada kuasa Allah – perlindung kepada segala-galanya.
Peristiwanya adalah seperti berikut………….
Suatu malam (lewat malam – hampir dini hari agaknya) ayahanda dikejutkan oleh panggilan dari seseorang. “Cikgu, Cikgu” bunyi panggilan itu dalam nada cemas. Biasalah, mulanya ayahanda ingat ayahanda bermimpi. Lama jugak ayahanda mengamati panggilan itu, baru sah panggilan dari seseorang yang dikenali.
Ayahanda terus membuka pintu, dan di depan itu terpacak abang Harris (Harris ialah Penyelenggara Setor sekolah dan dijadikan seorang daripada warden). Belum sempat ayahanda bertanya, dengan suara terputus-putus Harris berkata:
“Mati…Cikgu…mati..” lantas terduduk (lembik lututlah tu). Kemudian sambil menunjuk ke arah Asrama, menyambung lagi “Budak…mati, Cikgu…budak mati”.
Ayahanda rasa semua orang melalui situasi yang sama apabila tengah lena tidur tiba-tiba dikejutkan dengan berita kematian ahli keluarga tentulah tergamam dan bingung. Bagi ayahanda lebih dari tergamam; bermacam-macam perkara. Dalam usia awal 30an, dan tinggal seolah-olah dalam closed society, ayahanda belum pernah mengalami situasi begini. Menziarah orang mati adalah; tetapi belum pernah berhadapan dengan kematian keluarga terdekat. Tentulah ayahanda panic. Yang spontan terlintas di kepala ayahada ialah masalah-masalah pentadbiran yang bakal timbul berkaitan dengannya. Sebagai ketua di situ ayahandalah kena menjawab soalan-soalan dari pihak-pihak berkuasa. “Apa-apa hal pun ‘first thing first’ “, kata hati.
“Panggil Ustaz Ismail” arah ayahanda kepada Harris. Tanpa berlengah ayahanda terus ke Asrama. Sesampai di asrama ayahanda melihat ramai pelajar dan Warden berkerumun di satu kawasan dalam quadrangle antara Blok A dengan Blok B - di sebelah Blok B. Melihat ayahanda sampai, mereka pun memberi laluan kepada ayahanda. Lembik lutut ayahanda apabila terlihat sebatang tubuh terdampar di atas rumput tepi longkang. Kepalanya hanya beberapa inci sahaja dari tepi longkang simen itu. Dengan hati berdebar-debar ayahanda menghampirinya. Dalam hati memang takut kerana – seperti dikatakan di atas - tidak pernah menghadapi situasi begini. Sebagai ketua – dan yang tertua – ayahanda kena memberanikan diri. Dalam keadaan begitu ayahanda menghampiri tubuh tersebut, sambil bertanya sendiri macamana nak pastikan samada tubuh yang terdampar itu benar-benar mati atau masih hidup. Abang Rashid (Matron) pun gamam – tak tau nak buat apa-apa. Cuma memandang ajer. “Dia jatuh dari tingkat atas sekali, Cikgu”. Ini bermakna mangsa adalah pelajar Tingkatan 1. Sementara itu Ust. Ismail pun tiba. Sedap sikit hati. Kami pun mengamati tubuh itu, dan Ust. Ismail meletakkan telinganya dekat dada tubuh itu. Amat lega bila Ust. kata “Masih bernafas Cikgu”.
“Lekas bawa ke Hospital; angkat ke kereta” arah ayahanda. Ayahanda masih lembik lutut dan Ust. Ismail tak benarkan ayahanda memandu, dan dia yang memandu. Kereta Peugot 504 itu macam Ferrari Formula 1 dibuatnya; masa itu tak ada traffic light sepanjang Jalan Gambang dari SEMSAS sampai ke Hospital Kuantan (kini namanya Hospital Tengku Ampaun Afzan). Kalau adapun traffif light tentu Ust. Ismail akan langgar; kalau ada anjing melintas pun pasti disapunya. Matlamat kami nak sampai ke hospital secepat mungkin. (“Jangan budak ini habis nafas dalam kereta aku”, bisik hati ayahanda).
Setiba di Bahagian Kecemasan, pihak hospital terus memeriksa dan mengesahkan dia masih bernyawa, cuma coma. Alhammdullillah!. Pemeriksaan selanjutnya mendapati tidak ada fracture; hanya hip-bone dia dislocated. Miracle; dia jatuh dari Tingkat 3 Asrama - hampir 40 kaki tinggi dan tidak mengalami cedera parah. Sekali lagi lupa nak sujud syukur (tak biasa buat – macam mana nak ingat), cuma dalam hati memanjatkan syukur kepada Allah.
Dua perkara timbul; pertama, bagaimana nak beri tahu penjaga dia; kedua, nak cari punca insiden ini. Dari homework yang dibuat oleh Warden, mangsa adalah pelajar Tingkatan 1; penjaganya ialah datuknya yang tinggal di Kg. Selamat Kuantan: mujur juga. Tetapi orang tua ini mengidap sakit jantung. Bagaimana nak beri tahunya tentang kemalangan yang menimpa cucunya itu. Kalau salah approach lain pulak jadinya. Sementara itu warden mencari alamat rumah si datuk ni, ayahanda membuat keputusan tunggu hari hampir siang. Apabila hari hampir siang – kira-kira orang semua dah banguan untuk solat subuh ayahanda dan Ust. Ismail pun pergilah ke rumah tersebut. Mujurlah orang tua itu dah bangun, namun terkejut juga melihat kami datang di subuh hari. Sebagai warga tua dia dah tahu mesti ada sesuatu yang buruk berlaku. Kami tidak terus menceritakan tujuan kedatangan kami. Setelah agak tenang barulah secara berhemah ayahabnda menceritakan apa yang berlaku dan mengajaknya ke hospital untuk melihat cucunya- yang masih belum sedar, tetapi keluar dari zon bahaya.
Beberapa hari kemudian apabila dia dah kluar hospital dan “pronounced” sihat, kami mulalah menemubual dia. Katanya pada malam tersebut dia bermimpi ibunya datang dan memanggilnya. Ibunya sebenarnya telah lama meninggal dunia. Maka dalam mimpinya itu dia berjalanlah ke arah ibunya itu, menyahut gamitan si ibu. Dalam istillah sains ia sleep-walking. Persoalannya dalam sleep-walking nya itu bagaimana ia boleh membuka pintu dorm, berjalan along the corridor dan kemudianya memanjat tembok corridor itu sehingga dia lantas terjatuh, sedangkan tembok corridor itu hampir sama dadanya (pelajar Ting. Satu bukanlah tinggi sangat). Misteri kedua, bagaimana waktu terjatuh dia tidak terhempas pada tepi longkang yang betul-betul berada vertical dengan tembok corridor. Menyingkap misteri ini kita berbalik kepada kuasa Allah. Allah telah menyelamatnya (Orang Melayu selalu berkata dia ‘disambut oleh Malaikat’), dan menyelamatkan kepimpinan SEMSAS dari situasi yang rumit. Apa-apa pun kami semua, lebih-lebih lagi ayahanda, bersyukur kepada Allah.