Sudah menjadi tradisi dalam masyakat kita sesuatu event atau institusi mesti ada upacara pembukaan rasmi. Walaupun bukan “wajib” atau “sunat” tetapi menjadi “makruh” jika tidak diadakan. Kadang-kadang perhentian bas yang baru dibina pun mesti ada pembukaan rasmi. Biasanya tetamu yang membuka rasmi itu adalah orang besar, orang berpengaruh, berpangkat dan berjawatan tinggi. Yang melucukan – pada pengamatan ayahanda – kadangkala personality yang diundang untuk merasmikan itu tidak befitting occasion atau bangunan/institusi yang hendak dirasmikan itu. Kadang-kadang pengurusan sedar akan hal itu; kadang-kadang tidak sedar. Kadang-kadang dipengaruhi oleh niat; sebab personailiti ini boleh memberi atau mengarahkan diberi sesuatu kepada event atau institusi itu. Ini dapat kita ketahui dari ucapan Tuan Rumah (kalau kes sekolah dari Pengetuanya) mesti diselit dengan permohonan itu ini – tambah kemudahan. Dan dalam ucapan balas tetamu kehormat (yang biasanya menerajui organisasi puncak) akan menjawab (dalam ucapan perasmiannya) “…permohan akan dipertimbangkan”, atau “….dengan sukacitanya diluluskan” (disambut dengan tepuk sorak)
Satu ketika sebuah sekolah menengah di Kuantan hendak membuka rasmi dewan sekolah. Sekolah itu sudah lama diwujudkan (dan pada masa itu merupakan sebuah sebuah sekolah primier). Tetapi sekolah tidak mempunyasi dewan yang proper. Jadi akhirnya apabila sudah dibina sebuah dewan, pihak sekolah hendak mengadakan pembukaan rasmi dewan tersebut. Maka dipersilakan Ke Bawah Duli Sultan Pahang – Sultan Haji Ahmad Shah…..
Ke Bawah Duli Tuanku adalah Sultan berjiwa rakyat. Baginda hanya beberapa tahun sahaja menaik takhta. Baginda mewarisi sifat Almarhum ayahanda baginda (AlMarhum Sultan Abu Bakar) iaitu sangat berhemah dan sangat kasih kepada rakyat jelata. Baginda juga sangat prihatin kepada masalah rakyat dan pengurusan serta pentadbiran organisasi dan institusi-institusi. Baginda akan menunaikan jemputan di mana sahaja- tidak mengira occasion kecil atau besar, tak kira formal atau santai.
Ayahanda masih ingat pada satu tahun tidak berapa lama kita berpindah ke kampus baru kita di Jalan Gambang (mungkin tahun 1974) sekolah dipilih untuk menempatkan pasukan-pasukan bola sepak Liga Piala Mahkota (kelolaan MSSP). Oleh kerana kita baru berpindah dan pelajar-pelajar tidak ramai lagi, maka banyaklah fasiliti yang boleh digunakan. Oleh itu ayahanda dilantik sebagai Camp Commandant menguruskan penempatan ahli-ahli pasukan dan SEMSAS menjadi Campnya.
Suatu hari dalam tempuh liga berlangsung itu ayahanda dikejutkan oleh pegawai dari Jabatan Pelajaran Pahang bahawa Tuanku nak berangkat ke kem dan nak makan malam bersama pemain dan pegawai.. Ayahanda menggelabah….
Apa tidaknya; apa kelengkapan dining yang ada di sekolah? Kita belum fully organized. Dapur, bilik Sains Rumah Tangga tidak ada peralatan yang sesuai seperti itu – malah belum lengkap pun. Di rumah Pengetua sendiri pun tidak ada set Noritake dan seumpamanya. Dan masakan untuk santapan macam mana?. Bonda tidak pernah menyediakan santapan DiRaja. Nasib baik dapat mesej bahawa jangan sedia apa-apa. Tuanku akan santap apa yang pemain makan. Ok lah tu; tapi takkan Tuanku santap dari tray yang pelajar-pelajar gunakan……Alternatifnya…pinjam dari rumah operator kantin.
Malam yang ditentukan itu Tuanku pun berangkatlah; kita (crew dapur dan Home Science Club) sedialah apa yang termampu dan apa yang ada. Selepas menyambut keberangkatan Tuanku ayahanda perlahan-lahan menghilangkan diri ke belakang - takut, sebab persiapan tidak seberapa. Ayahanda buat-buat sibuk di tempat persiapan (bilik masakan Home Science). Rupa-rupanya ‘kehilangan’ ayahanda disedari juga. Seorang pegawai JPNP datang dan memberitahu Tuanku nak jumpa (dalam bahasa Istana titah mengadap).
Dalam ketakutan ayahanda datang mengadap; buat-buat tergesa-gesa, konon sibuk di belakang. Pengarah Pelajaran pun mempersembah kenalkan ayahanda, “Tuanku, inilah Pengetua sekolah ini”.
“Ooo ini; ini budak Pekan ni; saya kenal….(read kenal dalam loghat Pekan). “Emmm bagus” sambung Tuanku. Ayahanda tidak berkata apa-apa, hanya tersengeh – tenggelam dalam berbagai perasaaan - takut ada, segan pun ada……
Begitulah santainya Tuanku. Jadi tidak hairannya apabila dipersilakan untuk membuka rasmi sebuah Dewan Sekolah pun Tuanku readily obliged. Di hari perasmian dewan sekolah tersebut ramailah Pengetua-pengetua dan Guru Besar-Guru Besar sekolah-sekolah sekitar Kuantan hadir. Biasalah selesai majlis, diadakan jamuan. Ayahanda menjauhkan diri dari meja utama, dan selepas jamuan Tuanku pun nak berangkat balik. Tetamu-tetamu termasuk ayahanda berbarislah mengangkat sembah untuk mengucapkan selamat jalan- (tradisi). Bila sampai giliran ayahanda, Tuanku berhenti dan bertanya:
“Sekolah Sains dah rasmi ke belum?”
Gugup, gamam dibuatnya, namun sempat menyembah, “belum lagi Tuanku”
“Bila nak rasmi?”
“Belum pasti lagi Tuanku”
Tuanku pun berlalu sambil senyum lerek baginda kepada ayahanda.
Soalan itu bermain di kepala untuk beberapa lama. Sekolah baru saja beberapa tahun beroperasi dan belum banyak kemudahan. Biasanya mengiringi majlis perasmian perlu diadakan berbagai aktiviti seperti pameran dan persembahan. Ayahanda rasakan kita belum bersedia. Sekolah-sekolah Sains (yang sama wujud dengan SEMSAS) pun tidak ada yang dibuka rasmi lagi. Jadi Ayahanda “KIV” dulu soalan itu.
Tahun 1976 (Tun) Dr. Mahathir menjadi Menteri Pelajaran. Beliau mengadakan lawatan ke Negeri Pahang; ayahanda diminta oleh Pengarah JPN Pahang menjadi Pegawai Pengiring Menteri dalam lawatan tersebut. Satu daripada acara lawatan Menteri ialah makan tengahari bersama Sultan di Istana Abu Bakar Pekan. Selepas makan Menteri pun nak balik. Sultan, yang sangat berhemah, menghantar Menteri dan rombongan ke anjung Istana. Selepas menteri masuk kereta dan bergerak ayahanda pun mengadap minta izin nak balik. Tiba-tiba:
“Bila nak rasmi sekolah?” Sungguh berat titah-soal itu. Rasanya lebih berat dari batu satu tan yang terletak di atas kepala ayahanda. Mesej sangat jelas (hanya orang lembam sahaja yang tak dapat baca mesej itu) – Tuanku nak berangkat merasmikan sekolah.
Setelah beberapa malam “tidur dengan soalan itu sambil melakarkan dalam kepala tindakan yang hendak diambil dan setelah jelas pelan tindakannya, ayahanda memgambil keputusan hendak mengadakan perasmian rasmi sekolah oleh Tuanku, kerana pada ayahanda ini merupakan satu “Royal Command”
Tindakan pertama ayahanda ialah mengadakan perbincangan dengan kumpulan pemikir ayahannda – Cikgu Tan Eng Chwan, CikGu Redzwan, CikGu Hasnan, Bonda, Ustaz Ismail, dan beberapa orang lagi guru kanan yang ayahanda dah lupa namanya. Ayahanda pun menceritakan kepada mereka dialog Tuanku dengan ayahanda dalam perjumpaan-perjumpaan Tuanku dengan ayahanda seperti tersebut di atas tadi, dan keputusan ayahanda untuk menunaikan hasrat tersirat Tuanku itu. To my surprise, mereka semua setuju; ayahanda sangka mereka tentu tidak sedia; tetapi sebaliknya, malah exited about it. Ayahanda menugaskan CikGu Redzwan untuk menyediakan kertas pandu kepada program yang besar ini. Sudah tentu kertas itu menterjemahkan idea yang berkeladar di kepala ayahanda – kemudiannya dikemukakan ke mesyuarat guru untuk endorsement.
Setelah mendapat persetujuan dari Kementerian Pelajaran untuk mempersilakan Tuanku berangkat dan merasmikan sekolah, barulah kita menulis ke Tuanku mempersilakan Tuanku berangkat serta tarikh perkenan baginda. Selepas itu persiapan mula diatur. Maklumkan untuk menjadikannya satu yang grand kerana hari itu bakal menjadi hari bersejarah. Bagi sekolah dan warganya. Kertas Pandu yang disediakan betul-betul jadi rujukan setiap langkah yang hendak diambil.
Beberapa minggu sebelum hari pembukaan itu, ayahanda menghadiri Pertandingan Akhir Debat Bahasa Malaysia Piala Perdana Menteri – PPM. Masa itu debat final ini disiarkan secara langsung oleh TV1 dari Wisma Radio Angkasa Puri. (Sekarang tak tahulah pulak). Ayahanda lupa sekolah mana yang masuk final itu. Kebetulan ayahanda duduk di antara Pengetua Sekolah Alam Shah (Tuan Haji Harun Hassan) dan Pengetua Sekolah Tun Fatimah ( Hajjah Kalthom Muhammad). Ayahanda tidak sangat menumpukan kepada perbahasan yang sedang berlangsung, tatapi memikirkan perkara-perkara yang berkaitan dengan hari pembukaan sekolah kita – maklumlah harinya dah hampir. Entah macamana ayahanda dapat idea dan peluang unrtuk berbual-bual (sambil menonton) kepada kedua-dua rakan Pengetua ini; lebih kurang begini dialognya:
“I nak mengadakan pembukaan rasmni sekolah; dan Sultan Pahang telah berkenan berangkat. Kalau boleh I nak jemput brassband SBP membuat persembahan. Siapa boleh bantu?”
Dengan spontan Tuan Haji Harun memjawab “My boys can go”; kemudian
“STF sedia bantu; janji ada makan” celah Hajjah Kalthom.
“Betul?” ayahanda Tanya.
“Betul, Rahim” jaweab mereka.
“Harap mereka boleh main Pahang State Anthem, untuk menyambut ketibaan Sultan” ayahanda tambah.
“You hantar aje score Pahang State Anthem tu; dia orang boleh berlatih dulu”
Dua hari sebelum tarikh bersejarah itu (rujuk kepada batu tanda depan Dewan lama – hopefully it is still there) brassband SAS dan STF pun tiba untuk coordination dan rehearsal. Mereka memainkan lagi daulat Tuanku perfect sekali. Kita semua (guru-guru) sungguh gembira.
Hari dinanti-nantiikan pun tiba. Ramai guru-guru (dan pelajar-pelajar juga) tidak tidur malam itu - sibuk membuat finishing touches, exited, dan yang memang tak boleh tidur (ayahandalah tu di antaranya; takut breakdown somewhere). Tuanku berangkat tiba tepat pada masanya, disambut oleh dignitaries – YAB Menteri Besar Pahang, (Allah Yarham Dato’ Seri Muhammad bin Jusoh), YB Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia (Mendiang Datuk Chan Sian Sun), dan beberapa pembesar Negeri dari Istana dan pastinya Tuan Rumah (Pengetua dan Pengerusi PIBG). Tuanku pun diiring ke pentas di Raja untuk menerima Royal Salute. State Anthem dimainkan oleh band SAS dan STF combined. Royal Standard pun dikibarkan (oleh seorang Pengakap; [Selepas occasion itu ada terdengar komen bahawa belum pernah dibuat Royal Standard dikibarkan di occasion seperti di sekolah: tak pasti samada komen itu merupakan pujian ataupun teguran]. Walau apapun tidak ada teguran rasmi dari istana.
Lagipun Royal Standard itu dipinjam dari Pejabat Sultan: kalau tak boleh tentu tak diberikan in the first place. Tuanku kemudiannya diiring untuk memeriksa barisan kawalan kehormat terdiri dari pasukan Kadet Tentera, Pengakap, Bulan Sabit Merah dan Pandu Puteri (itu saja yang kita ada waktu itu). Pasukan Kawalan Kehormatan ini di bawah pimpanan CikGu Kamarassaman Mohd Noor – Guru Kadet. Sambil memeriksa, pancaragam SAS dan STF memainkan slow march secara bergilir-gilir. Ayhanda (yang turut mengiring) sekali-kali mencuri mengerling kepada Tuanku dan nampak Tuanku sentiasa senyum. Senang hati.
Selepas upacara di Dewan (penyampaian hadiah kecemerlangan oleh Ke Bawah Duli Tengku Ampuan (AlMarhumah Tengku Ampuan Afzan), dignitaries dan jemputan beredar ke tempat jamuan. Perjalanan dari Dewan ke tempat jamuan agak jauh dan banyaklah sembang Tuanku dengan ayahanda- antaranya (sepanjang ingatan ayahanda) lebih kurang begini:
“Cepat juga sekolah tubuh brassband” titah Tuanku.
(Gugup) “Ampun Tuanku, sekolah belum ada brassband; kita pinjam …….”
“Saya tahu pasukan perempuan tu dari Sekolah Tun Fatimah; yang lelaki tu bukan sekolah punya ke?”
(Dalam kepala;’macamana pulak Tuanku tahu brassband perempuan itu dari STF. Soalan ini terjawab sendiri bila Tuanku menyambung “Dalam brasssband Tun Fatimah tu ada anak Raja Johor”
Dalam situasi ini ayahanda rasa (pinjam peribahasa Inggeris) caught with my pants down. Tak tau lah Puteri Raja Johor itu Puteri Sultan ke tau anak kerabat lain. Pihak STF tak beri tahu pun dalam kontigen itu ada kerabat di Raja Johor. Patutlah semasa menerima cenderamata di atas pentas sebentar tadi wakil STF mencium tangan Tengku Ampuan dan tangan Tuanku (kita brief pelajar-pelajar kita bila menerima hadiah hanya angkat sembah sahaja; dan tidak cium tangan) “So, where are the boys from (merujuk kepada brassband lelaki).
“Kita pinjam dari Sekolah Alam Shah, Tuanku”
“Bila nak tubuh brassbnad sendiri?” tanya Tuanku.
Ayahanda gelabah lagi, ini soalan luar jangka (soalan cepu mas?). Macamana nak jawab; kita memang belum ada rancangan nak tubuh brassband, sebab sekolah masih “muda” baru 4 tahun, kos penubuhan dan penyelanggaraan amat tinggi (pada masa itu) dan kita belum mampu.
“Ampun Tuanku, kita belum mampu menubuhnya, kerana kos tinggi” ayahanda berterus terang.
“Berapa kosnya?” pendek dan commanding.
Lagi menggelabah, jawapan sebelum ini memerangkap diri. Oleh kerana tidak ada rancangan tak adalah kita pernah buat costing. Lagi pun apalah ayahanda tahu tentang alat-alat pancaragam, jauh sekali kosnya. (Eii lambatnya sampai ke tempat jamuan; makin banyak soalan ni…)
“Tak pasti Tuanku; agaknya dalam lingkungan RM50,000.00” Waktu itu angka itu sudah besar; nak kata RM100,000 nanti terlalu inflated. Bila terkeluar angka RM50,000.00 ingat dah besar benar dah.
“Berapa yang dah ada?” lagi satu soalan cepu mas. Macamanan nak jawab? Nak kata tak ada langsung (memang sebenarnya) nanti Tuanku kata kita belum ada inisiatif; nak kata ada memang tak ada. Kebetulan kumpulan pertama Tingkat 4 setelah tamat SPM dah keluar. Semua pelajar ada wang cengkeram asrama. Apabila mereka keluar (tamat) kita minta mereka menderma wang tersebut untuk tabung kebajikan pelajar. Ada yang menyahut seruan itu dan telah terkumpul lebih kurang RM2,000.00.
“Baru ada sekitar RM2,000.00, Tuanku”
“So, kalau saya beri RM50,000.00 boleh tubuh brassband?” titah-tanya Tuanku.
"Rasanya boleh Tuanku" jawab ayahanda (actually no choice except to sanggup).
Semasa jamuan, brassband SAS dan STF bergilir-gilir memainkan beberapa buah lagu - kebanyakannya lagu-lagu Melayu. Ayahanda perhatikan Tuanku memberi penuh perhatian kepada persembahan tersebut. BandMaster SAS Aziz Awang (kini Doktor Pakar Urologi di KMC Kuantan) dan Band Leader STF (puteri di Raja Johor) telah memimpin persembahan yang megagumkan.
Selesai majlis Tuanku pun nak berangkat pulang. Sekali lagi State Anthem dimainkan oleh kedua-dua pancaragam ini. Sambil berjalan ke kereta Tuanku literarily pat me on the back.
“Very Good” titah Tuanku. Ayahanda balas “jumjung kasih tuanku”
Sebelum masuk ke kereta sekali lagi “I will give you RM50,000.00”
“Junjung kasih Tuanku”….kereta pun perlahan-lahan bergerak.