Lebih kurang dua minggu selepas janji Tuanku itu, sekeping cek RM50,000.00 sampai melalui mel. Ini “serious”. Tuanku benar-benar mahukan SEMSAS menubuhkan brassband – dan cepat. Kami perlu bertindak pantas.
Tidak seorang pun dari kalangan staf yang biasa dengan penubuhan brassband; tidak seorangpun dari mereka pernah menjadi anggota brassband semasa mereka bersekolah dahulu. Walaupun guru muzik ada - CikGu Jamaluddin Saa yang tidak berapa lama sahaja ditukarkan ke SEMSAS – beliau juga tidak familiar dengan brassband. Beliau mengajar muzik asas sahaja, kerana muzik baru sahaja diperkenalkan di sekolah (sebagai opsyen). Sebelum kedatangan CikGu Jamaluddin ada sorang guru perempuan (dah lupa namanya) yang pandai main piano. CikGu inilah yang mengesyorkan sekolah membeli sebuah piano, dan apabila piano dibeli, CikGu inilah yang memainkan piano mengiringi nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Pahang disetiap Monday Morning Assembly. Kadang-kadang diwaktu lapang beliau mengajar seorang dua pelajar yang berminat dengan muzik. Tetapi mereka tidak mempunyai pengalaman tentang brassband.
Sekali lagi ayahanda terpaksa meminta bantuan STF. Hjh Kalthum dengan pantas bertindak balas dengan mengirimkan senarai instruments yang diperlukan – 58 item semuanya - serta mencadangkan dibeli di Singapura kerana harganya jauh lebih murah berbanding di Kuala Lumpur. (Ini memang benar; kerana sebelum itu ayahanda membuat tinjau di Kuala Lumpur. Harganya memang terlalu tinggi). Oleh itu satu hujung minggu, ayahanda, CikGu Tan Eng Chwan dan CikGu Jamaluddin Saa pergilah ke Singapura dan terus ke kedai muzik yang disyorkan oleh Hjh Kalthum itu.
Tuan punya kedai sendiri menunggu kami; agaknya telah diberitahu oleh pihak STF ( sebab ayahanda ada maklumkan kepada Hjh Kalthum tentang hal itu). Semua alat-alat yang diperlukan seperti disenaraikan telah siap sedia. (Ayahanda suspect guru brassband STF telah terlebih dulu pergi shopping bagi pihak kami – tapi ayahanda tak pernah tanya Hjh Kalthum). Mungkin juga tuan punya kedai dah tahu keperluan asas penubuhan brassband. Oleh itu kami tidak lama di kedai itu, sebaliknya banyak personal shopping (maklumlah berada di Singapura).
Sebelum beredar untuk balik, tuan kedai bertanya kami bagaimana hendak membawa balik barang-barang yang yang begitu banyak. Kami beritahu van sekolah akan datang minggu hadapan untuk mengambil barang-barang tersebut. Rupanya bukan itu maksud tuan kedai – yang dimaksudkan bagaimana nak lepas Custom Check di Johor Bharu nanti; taksiran cukai atas instrument itu melebihi RM20,000.00. Ayahanda dah lupa berapa kos alat-alat tersebut. Yang jelas kos alat-alat campur dengan cukai nanti akan melebihi RM50,000.00 – habislah peruntukan yang Tuanku kurnia. Bagaimana pula dengan uniform?
Cikgu Tan dan Cikgu Jamaluddin serentak memandang kepada ayahanda dengan muka tanya. Ayahanda beritahu mereka “We cross the bridge when we come to it”. Kami pun balik dengan janji minggu depan CikGu Tan akan datang bawa van dan cek bayaran. Kedai tersebut menerimma cek Malaysia sebab pelanggan dari sekolah-sekolah dari Johor banyak).
Minggu itu barulah berfikir macamana nak mendapatkan pengecualian cukai atas alat-alat tersebut. Mula-mula sekali ayahanda dan CikGu Tan berjumpa Pegawai Kastam di Kuantan untuk mendapatkan nasihat. Kami beritahu bahawa kami telah membeli alat muzik untuk brassband bernilai RM…..(ayahanda dah lupa kosnya) dengan wang kurnia Tuanku. Kami diberitahu memang ada peluang pengecualian itu, tetapi keutamaannya sangat rendah. Sebaliknya kami dinasihatkan meminta nasihat Setiausaha Sulit Tuanku.
Ayahanda pun pergilah ke Pejabat Sultan dan berjumpa dengan Setiausaha Sulit Tuanku waktu itu (Allahyarham Dato’ Darus). Dato’ tak banyak cakap; setelah mendengar cerita ayahanda terus mengeluarkan borang kastam dan menerangkan apa yan perrlu ayahanda lakukan dan kemudian bawa kembali kepada beliau. Rupa-rupanya borang itu ialah untuk menyenaraikan setiap item yang dibeli, kos setiap unit (currency Singapura) dan jumlah keseluruhan.
Setelah selesai documentation, Cikgu Tan ditemani oleh Cikgu Zamani pun berangkat ke Singapura menaiki van sekolah. Ayahanda tidak pergi; menanti sebarang kemungkinan. Dikhuatiri akan berlaku kesukaran. Ayahanda telah berpesan kepada Cikgu Tan untuk segera menghubungi ayahanda jika berdepan dengan kesulitan di check-point kastam.
Intuition ayahanda terbukti berasas kerana (kemudiannya diceritakan oleh Cikgu Tan) pegawai kastam yang memeriksa mereka tidak melepaskan mereka. Pegawai itu (kata Cikgu Tan) memandang mereka dari atas ke bawah dan memeriksa dengan rapinya van yang penuh dengan muatannya. Beliau ragu-ragu dan tidak mahu melepaskannya walaupun diterangkan barang-barang itu dikurniakan oleh Sultan Pahang. Keraguannya ialah kerana barang-barang itu dibawa dengan van sekolah; jika barang-barang istana tentunya dibawa dengan lori Pejabat Sultan.
Akhirnya CikGu Tan meminta berjumpa dengan Pegawai atasan, dan dibenarkan. Pegawai tersebut melihat Borang Kastam berkenaan dan mengecam tanda-tangan Dato’ Darus (SUS Sultan) dan mengakuinya sebagai guanine. Terpaksalah beliau sendiri turun ke checking bay dan tanpa banyak bicara melepaskannya.
“Lewat dinihari Cijkgu Tan dan consignment tiba dengan selamatnya . Barulah ayahanda dapat tidur……..selesai satu lagi babak.