Setelah pasti dikekalkan di SEMSAS ayahanda pun menjalankan tugas seperti biasa malah lebih bersemangat. Ini adalah kerana tugas berat menanti iaitu melaksanakan Blueprint 5 Year Plan. Keduanya ayahanda rasa masanya akan tiba juga ayahanda akan meninggalkan SEMSAS, dan masa itu amat singkat.
Matlamat Blueprint amat tinggi; di akhir 5 tahun – iaitu pada 87 - keputusan SPM mestilah 100% Gred 1 (system masa itu sebelum open certificate) dengan pencapaian minimum 80% A1s dalam semua mata pelajaran. Pada satu sudut ini merupakan satu unjuran yang tidak realistic; tapi pada sudut lain boleh dikatakan boleh dicapai. No ambition is a mere dream.
Kami pun mulalah melaksanakan apa yang dirancang dengan memilih keutamaan. Sepanjang ingatan ayahanda yang mula sekali diubahsuai ialah struktur organisasi. Kalau dulu struktur organisasi berupa pyramid di mana Pengetua is at the tip (top), kami tukar menjadi circular di mana Pengetua is at the centre, dikelilingi oleh “lascar”nya. Setiap guru diminta menyediakan pelan bertindak masing-masing, dan semua ini digabungkan pula menjadi master plan.
Semasa semua ini berjalan, rutin harian berjalan seperti biasa. Tiba-tiba suatu hari – kalau tidak salah – menjelang akhir tahun ayahanda dipanggil ke Jabatan Pendidikan (Pelajaran) Pahang untuk “mengadap” TPP 1. Sebaik sahaja ayahanda duduk di depannya TPP terus berkata “Rahim, you choose either to go to Pekan or Temerloh as PPD”. Terkejut, ayahanda tidak sempat menjawab sebab TPP terus memberi “tazkirah” . “Tazkirah” diakhiri dengan “You come back next week with a definite answer. I am going to Tioman now”.
Ayahanda tidak ingat samada mengucapkan “terima kasih” atau tidak kepada TPP ketika keluar dari pejabatnya. Yang teringat dalam perjalanan balik ke sekolah kepala berserabut . Tempoh satu minggu amat pendek untuk memikirkan masa depan.
Selain dari blueprint yang baru nak take-off aktiviti dalam kalender tahunan sekolah yang hampir tiba ialah Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah (sekarang dipanggil dengan Hari Anugerah Cemerlang). Dalam benak ayahanda, seboleh-bolehnya tidak mahu bayi yang baru lahir (yang belum pasti sempurna sifatnya) diserahkan untuk dibesarkan oleh orang lain. Apa kata kalau bayi itu cacat? Tentu ianya menjadi tohmahan bahawa kita menyerahkan sesuatu yangh menjadi beban untuk dipikul oleh pengganti. Sebenarnya lintasan fikiran begitu dipengaruhi oleh emosi. I must confess I was overcome by emotion that I love SEMSAS so much and wish not to go. SEMSAS is my home. Bila kita dipengaruhi oleh sentiment itu kita lupa bahawa officers come and go. Anybody can go the job and you are no better than anybody.
Apabila sedar dari pengaruh emosi dan fikiran dah tenang, ayahanda pun mengadap TPP 1 tepat selepas satu minggu.
“So what is your verdict. I expect a positive answer”.
“Tuan, sebenarnya Tuan tidak memberi saya pilihan. Pilihan sepatutnya samada kekal di sekolah atau jadi PPD. Tuan suruh saya pilih Pekan atau Temerloh. Sebenarnya Tuan telah membuat keputusan untuk saya. Hanya di mana. ”
“Yes. You are right. But it is for your own good. I know the history and how you feel. But forget it. (Nyatalah beliau merujuk kepada rancangan awal di mana ayahanda sepatutnya ke JPN sebagai TPP2, dan oleh kerana manipulasi tak menjadi realiti). Sekali lagi ada “tazkirah” pendek tetapi (bila direnungkan kini amat berguna. Dan, ada isi “tazkirah” itu kemudiannya ayahanda amalkan)
“Tapi Tuan, bukankah kekosongan itu telah diisi. Saya tidak mahu sahabat saya pula kecewa kerana Tuan nak menjaga hati saya”
“Itu serahkan pada saya; tahulah saya menguruskanya. So where do you want to go?”
“It’s Thomson’s choice, then?”
“Yes, it’s either Pekan or Temerloh for you…”
Akhirnya ayahanda menyerah kalah, dan memilih untuk balik ke Pekan. TPP melepaskan nafas lega.
Sementara menanti keputusan muktamat dari Kementerian – surat arahan bertukar - sempat juga mengelolakan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah. Mungkin ia merupakan acara yang terakhir bagi ayahanda di SEMSAS. Kalau ianya yang terakhir maka macam dirancang-rancang. Hari Ucapan pertama, dirasmikan oleh Tim. Menteri Pelajaran (masa itu Dato’ Mohd Najib – PM sekarang) dan Hari Ucapan yang (mungkin) terakhir, dirasmikan juga oleh Tim. Menteri Pelajaran (masa itu Dato’ Khalil Yaakub - kini Tun Khalil TYT Melaka).
Hari Ucapan ini menjadi antara kenangan bukan sahaja kerana ianya yang terakhir buat ayahanda di SEMSAS, tapi sebaliknya ayahanda kena lecture oleh Tim. Menteri. Di meja utama majlis jamuan selepas tamat acara, Tim. Menteri menegur ayahanda “Kenapa awak tak nak pergi ke Pekan sebagai PPD. Nanti Tuanku murka baru awak tahu”. Kata-kata itu sampai sekarang terpahat dalam ingatan dan tak mungkin dilupakan. Ayahanda tidak menjawab; tapi dalam hati berkata “Takkanlah Tuanku nak ambil tahu perkara sekecil ini; banyak lagi isu negeri yang memerlukan perhatian baginda. Nyatalah YB ini nak “gerpak”:* ayahanda. Tapi (kerana dah dilatih dari kecil, diasuh oleh jiwa pengakap) walau pun ada peluru, ayahanda tidak menjawab. Yang jelas he was not updated (or update himself) mengenai perkembangan yang sedang berlangsung.
Di sebelah kiri ayahanda ialah Pengarah Sekolah Kem. Pelajaran (masa itu Dato’ Idris Tain – kini Allahyarham). Beliau mengigung (elbowed) ayahanda dan berbisik “jawablah”. Ayahanda menjawab, “not the proper time. I will see him in office soon to explain the whole scenario”.
Tatkala mengiring YB ke keretanya untuk beredar, ayahanda berbisik kepadanya, “Mengenai teguran YB tadi saya tak dapat jawab di sini. Kalau YB dapat beri saya sedikit masa saya akan jawab di pejabat YB.”
“I am busy; and won’t be in office these few days. If you want, you can come to Merlin Hotel tomorrow night “
“Insya Allah, YB”. Bersama Cikgu (Allahyarham) Kenali, ayahanda mengadap Tim. Menteri malam esoknya. Tak perlu diceritakan what transpired dalam sessi dialog tersebut – nyata panjang sekali – bermula 10.00 malam sebaik sahaja beliau tiba dari Jengka hingga pukul 1.00 pagi bila mana kami bergerak untuk balik ke Kuantan pada malam (actually pagi) itu juga. Ayahanda merasa puas dapat meluahkan apa yang terpendam.
Sebelum kami beredar YB berkata “Ok. When TPP post vacant I will put you there”. Sehingga ayahanda meninggalkan Pahang (for good) I was never there (as TPP) ………kerana menjelang pertengahan Disember 1982 tibalah perintah bertukar……ke Pej. Pelajaran Daerah Pekan sebagai PPD berkuatkuasa 1.1.1983.
Ayahanda lupa tarikh sebenar ayahanda dan bonda diarak keluar pintu utama SEMSAS. Seluruh warga SEMSAS berbaris dari blok pejabat ke pintu untuk bid farewell kepada the old man of SEMSAS. Sementara bonda basah sapu tangannya, ayahanda mampu menghawal emosi walaupun beberapa titis airmata membasahi bumi SEMSAS - tapak semaian yang amat dicintai………
*gerpak : bahasa daerah Pekan membawa makna seolah-olah peringatan keras, mirip amaran.