19 Oktober 2020 - Jam 11.30 pagi. Duduk sekejap, nikmat duduk, betis rasa kendur sikit. Alhamdulillah. Masa masa macam ni terasa sangat... Sekarang perut membelon, sendi rasa ketat, asal bersandar mata terus layu nak terlelap.
Dulu dulu... Pak Aboo keluar hutan lewat petang, kemas kemas barang, jam 11.30 malam baru start kereta dari Merapoh, Pahang balik ke Shah Alam. Kadang kadang terjaga pukul 2 pagi dapat telefon aduan gangguan gajah, pukul 3 pagi dah atas motor on the way ke lokasi aduan.
Teringat juga zaman zaman operasi forest enforcement, tangkap siam dan vietnam pencuri gaharu, memang tak kasi chance, rembat orang macam main baseball, tertiarap atas tanah bergelut nak tangkap orang yang menggelupur atas tanah. Tak tau mana datang kekuatan fizikal. Pak Aboo pernah membanting 2 orang sekali gus. Mungkin adrenalin ketakutan yang berlebihan yang buatkan semacam ada raksaksa dalam badan. Cerita cerita yang sebeginj, tiada dalam skrip, tiada dalam SOP, ianya cerita survival of the fittest. Cerita yang kebanyakan orang anggap sebagai dongengan.
Dulu tak terfikir sangat mungkin sebab minat yang mendalam pasal kerja. Jumpa keluarga pon cuma hujung minggu.
Sampailah satu ketika berundur diri beberapa tahun dulu, untuk mencari sesuatu dalam hidup. Cuma sempat beberapa tahun catch up dengan Adam dan Alisa. Sekarang dua dua dah masuk kolej. Tinggallah anak bongsu, Adibah. Anak manja abah intan payung.
DUIT TIDAK BOLEH BELI MASA
Cuma boleh beli jam. Alhamdulillah, ramai member member lama datang menjengah bila dapat tahu Pak Aboo meniaga sarapan pagi.
Ramai yang dah berjaya dalam kerjaya masing masing. Yang penting kekayaan mereka tak membatasi mereka untuk lepak berehat sekali sambil cerita kisah kisah lama. Suasana teduh, pokok merimbun, angin sepoi sepoi bahasa, ada yang bawa isteri masing masing.
Makan makan sambil bergelak ketawa, makan sedap, teh o satu jag besar dan suasana kampung.... Ya Allah, tenang dan tak stress lansung. So apalagi yang Pak Aboo mahu? Takde apa apa dah rasanya. Alhamdulillah cukup.
Note : ok lah, taknak apa apa, tapi kalau dapat 790 adventure R best juga
Pak Aboo (+60 12-383 9379)
LM0763 (90)
South East Asia Adventure Travel (SEAAT)
Adventure Tourism