A non stop riding trip from Kuala Lumpur to Bangkok. Crossing border of Malaysia-Thailand at Wang Kelian Immigration Checkpoint and through the west coast of Segenting Kra.
Meeting my old buddy Chop at Pala-U Waterfall, before heading to Ratchaburi and Nakhon Pathom using B roads, away from bustling chaos of AH2 highway.
The mission was to send the bike to K-Speed Custom Garage in Bangkok.
TRIUMPH BONNEVILLE T120 BLACK
4 tahun dulu, dapat satu pangilan telefon.
"Hello, Assalamualaikum, ini Pak Aboo ke?"
"Waalaikumsalam, ye saya, ada apa tu..." (Dalam hati... wahhh sedap suara awek ni)
"Pak Aboo ada service penghantaran motor? Boss saya nak hantar motor ke Bangkok, tapi dia tak nak guna shipping atau transport company yang tak arif pasal motor"
"(Dalam hati... Terrer ke aku.. kikiki) ahhh ye, macamana tu saya boleh tolong?"
Pendek cerita setelah dia bersetuju dan buat pembayaran Pak Aboo pergi ke office dia di Hartamas untuk ambil kunci, geran dan motor.
Bila sampai dan masuk office dia, ternganga sekejap tengok office cantik giller, dia hulur kunci dan Pak Aboo pon tanya : "Motor parking kat basement berapa?"
Dia jawab : "Motor kat Showroom Triumph kat PJ, Pak Aboo kena" running in" motor tu 1000 km sebab boss saya memang busy. Dia bagitau sekian hari bulan dia akan jumpa Pak Aboo kat K-SPEED Bangkok dengan motor ni".
Dia tanya lagi : "Pak Aboo tau ke kat mana K-SPEED Bangkok tu?"
Saya toleh pandang dia tetiba saya jawab
" แน่นอน!! ฉันเป็นลูกครึ่งมาเลย์ครึ่งไทย ฉันมีพี่ชายอยู่นครปฐม แน่นอนว่าฉันรู้จัก K-SPEED ..." aikkk? Pak Aboo pon terkejut pasal apa terkeluar cakap siam.
Lebih kurang maknanya : JACKPOT.
Sooo... Hari ini cuti meniaga nasi lemak, so buat video dari simpanan lama sebab memori telefon dah penuh.
Please tonton, dan kalau boleh subscribe ye. Subscribe free jer.
Terima kasih.
Pak Aboo
LM0763 (90)