No. Exsas : 0218 - (79)
Bandar Kinrara - 23 Sept. 2006.
Bandar Kinrara sememangnya sedang pesat membangun dengan projek pembangunan perumahan, komersial dan juga riadhah. Nama-nama besar seperti Island & Peninsular, SPPK dan beberapa pemaju perumahan lain telah lama bertapak di sini dengan idea dan komitmen masing-masing. Namun apa yang lebih menarik, di tengah-tengah kuasa nama besar tersebut, muncul satu nama, Pembinaan Sierra Mal Sdn Bhd yang telah berjaya melancarkan projek mega sulong mereka pada hari ini di Kinrara Golf Club, Puchong, Selangor. Dan apa yang paling membanggakan ialah, tuan punya projek mega ini adalah merupakan diantara abang sulong SEMSAS dan EXSAS iaitu Tengku Yusuf Tengku Ahmad Shahruddin dari batch 1979. Presiden Exsas, Ir. Muhammad Imran dan beberapa rakan Exsas telah hadir ke majlis tersebut untuk meraikan dan memberikan sokongan kepada usaha beliau.
Projek yang dikenali dengan nama Sierra Residency ini akan dibangunkan di Bandar Kinrara dengan menawarkan lebih daripada 200 unit apartment yang berkonsepkan 'modern architecture', 'contemporary finishing' dan 'resort-style living'. Dengan rekabentuk yang menarik, kemudahan bertaraf resort serta harga jualan yang berpatutan, bakal memberikan peluang kepada mereka yang ingin memulakan kehidupan berkeluarga ataupun kepada mereka yang inginkan hartanah yang strategik dan berpotensi.
Tengku Yusuf merupakan anak kelahiran Kuantan, Pahang pada April 1963. Anak ke dua daripada 4 orang adik beradik berkelulusan Civil Engineering dari University of Toledo, USA. Pada zaman persekolahan di Semsas, beliau bergiat cergas didalam sukan Ping Pong dan merupakan ahli rumah Cosmos.
Pada waktu ini, beliau merupakan salah seorang Pengarah di Dayang Enterprise Sdn Bhd yang berpengkalan di Miri, Sarawak, Pengarah Hexamas Oilfield Services Sdn Bhd dan juga tuan punya Pembinaan Sierra Mal Sdn Bhd.
Kami, seluruh warga Exsas mengucapkan syabas kepada Tengku Yusuf dan seluruh kakitangan Pembinaan Sierra Mal Sdn Bhd serta rakan-rakan beliau yang terlibat dengan projek ini. Semoga apa yang dirancangkan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Setiausha Exsas