Walau apapun itu masalah kecil, hanya memujuk anak manja saja. Keutamaan lain masih banyak; paling penting ialah untuk membina identiti sekolah, meletak batu asas yang kukuh dan memulakan budaya yang mampan. Oleh kerana kita belum mempunyai lencana dan motto sekolah, ini perlu diadakan segera. Ia mesti outstanding, unique. Adalah seorang dua mengemukakan lukisan lakaran lencana dan motto ini; namun Ayahanda tidak terima. Sebaliknya kita telah mengadakan peraduan mencipta lencana dan motto. Peraduan ini terbuka kepada pelajar, ibubapa (sebab ramai ibubapa terdiri dari guru) dan juga staff SEMSAS sendiri.
Setelah pemilihan dibuat oleh satu panel yang dibentuk maka terpilihlah lencana dan motto HIDUP BERJASA yang dipakai sehingga sekarang. Malangnya Ayahanda dah lupa siapa pemenang (penciptanya). Kalaulah dia terbaca coretan ini haraplah berhubung dengan Ayahanda kerana Ayahanda hendak sekalilagi mengucapkan tahniah dan terima kasih (walaupun dulu dah dibuat begitu). Ayahanda bersyukur lencana dan motto ini kekal dipakai sampai sekarang dan berharap ianya terus begitu kerana inilah identiti SEMSAS. Lencana dan motto dalam budaya barat ialah coat-of-arms yang menguja semangat kesatuan atau “clan” yang mana perlu dipertahankan dengan titisan darah yang akhir. Ini kerana di zaman dahulu sentiasa ada perperangan saudara antara clan dan daerah. Bagi menaikkan semangat wira-wira yang berjuang, coat-of-arms ini dijulang di tengah-tengah barisan wira; dan jika pembawanya rebah, dan musuh menawan coat-of-arms ini bermakna perang tamat dan pihak yang coat-of-armsnya dirampas itu sudah kalah perang. Hari ini simbolik ini diteruskan seperti yang kita lihat pada Hari Keputeraan Yang diPertuan Agung dan Hari Tentera di mana diadakan upacara Mengarak Panji-panji. Begitu jugalah lencana dan motto sekolah; perlu dipertahankan kerana semangat yang terkandung di sebalik lakaran dalam lencana itu dan falsafah dalan motto itu adalah pemangkin kepada semangat juang setiap pelajar.
Dalam lencana terkandung simbol-simbol yang merangkumi misi dan visi sekolah.Simbol atom iaitu zarah- suatu elemen yang kecil tetapi berkuasa tinggi membawa makna “SEMSAS mungkin kecil, tetapi peranan dan sumbangan putra/putrinya boleh mengubah dan mencorakkan negara”. Tabung uji melambangkan research atau ujikaji yang membawa makna “putra/putri SEMSAS sentiasa meneroka mencari penemuan baru untuk kemajuan”; dan ada roda tanda teknologi – roda bererti bergerak, (implicitnya progresif) melambangkan“putra/putri SEMSAS mesti progresif”.
Warna-warna yang dipilih juga ada maksudnya: merah melambangkan berani – “putra/putri SEMSAS mesti berani ke depan”; hitam putih adalah “hubungan rakyat dengan pemerintah”; manakala kuning ialah “kedaulatan raja berpelembagaan”. Ini dikunci dengan motto HIDUP BERJASA. Kesimpulannya: anak-anak SEMSAS dididik untuk taat dan berjasa kepada negara dan setia kepada pemerintah. Sekalung tahniah dan terima kasih kepada pencipta asal, walaupun ada juga komponen-komponen dalam logo itu ditambahbaik oleh panel pemilih yang diketuai oleh Ayahanda sendiri. Harapan Ayahanda logo dan motto ini akan terus dipertahankan dari fizikal dan spiritualnya.
Kekuatan sesuatu organisasi banyak bergantung kepada semangat setiakawan. Staf SEMSAS yang ada pada waktu itu sedar benar akan hakikat ini. Bagaimana hendak diterapkan di kalangan pelajar? Itu persoalannya. Banyaklah aktiviti dilakukan untuk mencapai objektif ini. Walaupun belumfull swing (hanya ada Tingkatan 1, 2 dan 4), kegiatan sukan segera digerakkan. Tetapi peralatan sukan yang tidak lengkap serta keadaan padang yang tidak sempurna menyukarkan perlaksanaan sukan. Padang masih “botak” – banyak tanah merah daripada rumput.
Pelajar-pelajar SMSP bukan sahaja ada “intellectual advantage” bahkan mereka juga mempunyai bakat dalam sukan dan ko-kurikulum. Potensi ini tidak boleh diabaikan dengan alasan kekangan kemudahan dan peralatan. Dengan potensi itu, SMSP tidak mahu ketinggalan dalam pertandingan peringkat MSSD (Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah). Kita perlu melakukan yang terbaik dengan apa yang ada - do the best with what we have.Dengan semangat inilah kita menyertai pertandingan-pertandingan peringkat daerah samada dalam olahraga atau sukan dan aktiviti ko-kurikulum yang lain. Apa yang amat membanggakanialah kita menang dalam banyak acara yang disertai.
Satu dari usaha yang kami lakukan ialah membina semangat kesatuan yang jitu di kalangan pelajar-pelajar. Semangat ini bukan sahaja dipancarkan dalam bilik darjah bahkan juga di padang dan di gelanggang. Sebab itulah Ayahanda mendapat ilham tidak memisahkan kelas kepada rumah-rumah sukan. Idea Ayahanda ialah satu kelas satu rumah sukan. Oleh itu Tingkatan 1.1, 2.1.dan 4.1 membentuk satu rumah sukan, Tingkatan 1.2, 2.2, 4.2 membentuk satu rumah sukan lain dan seterusnya. Formula ini akhirnya membawa kepada wujudnya “house system” yang mencakupi semua aktivi kurikulum dan ko-kurikulum. Dengan yang demikian tatkala kita dah full swing pada tahun 1975, Tingkatan 1.1 hingga Tingkatan 5.1 adalah keluarga besar sebuah rumah; Tingkatan 1.2 hingga Tingkatan.5.2 keluarga rumah lain dan seterusnya. Alhamdullillah sehingga Ayahanda meninggalkan SEMSAS sistem ini diterima dan berjalan baik (Ayahanda tak pasti samada diteruskan selepas itu).
Yang mernariknya tentang “rumah” ini ialah namanya – unik iaitu dinamakan sempena kapal-kapal angkasa – Apollo, Cosmos, Skylab dan Soyuz; dua kapal angkasa Amerika Syarikat (US) dan dua lagi kapal angkasa Union of Soviet Socialist Republics (USSR). Mungkin ramai tidak tahu idea disebalik memilih nama kapal angkasa ini. Selain daripada keunikannya (kebiasaanya sekolah-sekolah menamakan rumah sempena Pahlawan Melayu – Laksamana, Bentara dan sebagainya atau gelaran Istana – Bendahara, Shahbandar, Temenggong dan sebagainya). Dari sepuluh buah sekolah, pastinya lapan buah sekolah akan memberi nama begitu. SEMSAS mesti lain dari yang lain. Lagipun kapal-kapal angkasa ini dicipta untuk misi penerokaan angkasa lepas. Putra-putri SEMSAS dikehendaki meneroka untuk sampai ke mercu kejayaan……tetapi perjalanan penuh ranjau.
Pembukaan Tingkatan 4 Sains di Sekolah-sekolah Menengah Sains seluruh negara berlaku tatkala Negara mengalami kekurangan guru Sains dan Matematik. Rata-rata sekolah menghadapi masalah ini dan SEMSAS tidak terkecuali. Keadaan lebih runcing di Aliran Pengantar Bahasa Melayu (Malay Medium). Masa Ayahanda di SMA Pekan lagi keadaan ini telah wujud. Bagi mengatasi kekurangan ini Kerajaan telah mengambil guru-guru Sains dan Matematik dari Indonesia untuk menampung kekosongan. Pada awalnya mereka ini berkhidmat atas kontrak G to G. Apabila kontrak mereka tamat, ramai yang pulang ke negara mereka, namun ramai juga memilih untuk meneruskan kontrak secara persendirian. Seperti dijangka, Kementerian memilih menghantar beberapa orang di antara mereka ke SEMSAS. Demikianlah kita dapat Pak Yusuf (Fizik); Pak Kamaruddin (Kimia) dan seorang guru Matematik, yang Ayahanda dah lupa namanya (maaf kepada yang berkenaan – kalau beliau masih ada dan mengikuti perkembangan ini).
Pembiayaan penubuhan Sekolah Menengah Sains adalah dari pinjaman luar negara (Foreign Borrowing) iaitu dari Kerajaan British melalui perjanjian bernama Anglo-Malaysian Education Collaboration(AMEC). Di bawah perjanjian ini, Britain menghantar beberapa orang guru Sains, Matematik dan English bukan sahaja untuk Sekolah-Sekolah Sains yang baru dibuka malah ke SBP yang lain. Demikianlah di SEMSAS kita ada Mr. Fenton (Fizik), Miss Crossley (?– lupa lagi!), Stevens (Biology), dan Willson(Mathematics). Mereka tidak datang pada tahun yang sama; ada yang dulu dan ada yang kemudian, tetapi Ayahanda dah lupa tempoh perkhidmatan setiap dari mereka. Yang Ayahanda ingat sedikit sebanyak ialah:
- Mereka datang bukan untuk berkhidmat sangat; malah mengambil peluang untuk melancong. Setiap cuti sekolah mereka melawat bukan sahaja seluruh Malaysia malah ada yang dah complete ASEAN Tour. Jika cuti sekolah guru-guru tempatan membuat kerja-kerja persiapan atau membantu dalam ko-kurikulum seperti membawa rombongan sukan ke pertandingan-pertandingan, mereka kata “…that’s not part of the contract…”.
- Mereka mengkritik sistem kita. Kata mereka, waktu belajar kita terlalu panjang; malam pula ada “prep”. Pelajar tidak cukup tidur, kata mereka. Mereka bandingkan dengan di UK- pelajar belajar dalam suasana relaks.
- Seorang daripada mereka suatu hari menghantar wakilnya, seorang guru tempatan – untuk mermberitahu Ayahanda bahawa study hours terlalu panjang, disiplin terlalu ketat dan tidak ada flexibility. Kenapa dia tidak datang sendiri? Atau guru tempatan yang jadi “wakil” itu sengaja memandai-mandai buat cerita? Wallahua’lam. Apa-apa pun Ayahanda ingat mengatakan kepada “wakil” itu, lebih kurang begini “ You tell him that he comes here to teach the students; not to teach me. Time has changed; during his forefather’s time, yes. His “grandfather” taught my grandfather, yes; but now I am my grandfather’s grandson, need no teaching from his grandfather’s grandson…”
- Bila Mr. Fenton habis kontrak 3 tahun kemudian dan balik ke UK, Ayahanda terima sepucuk surat daripadanya. Teruja juga melihat envelope dapat surat dari ex-teacher Mat Salleh. Dalam hati tentu untuk mengucapkan terima kasih dan rasa seronok berkhidmat di SEMSAS. Rupa-rupanya tersilap sangka. Surat itu pendek saja dan mengatakan“Thank you very much for a nice Rugby Jersey that you student presented to me”. Berdegup jantung kena sindir. Orang putih memang diplomatic, mesej di sebalik sindiran itu ialah sekolah tidak kemas dalam menyimpan stock inventory (Apa komen Mr. Andy Cheong –Setiausaha Sukan waktu itu). Dia tidak mengaku dia juga bersubahat mencuri harta sekolah. Bukan Ayahanda saja yang terasa; sepatutnya Cikgu yang“jaga” ragbi yang sebenarnya patut lebih terasa. Ya lah, takkan jaga jersi pun Pengetua juga. Jersi itu mahal harganya – jenis Buktha. Sampai sekarang student yang murah hati kepada Cikgu Mat Salleh itu tidak diketahui.
Selain dari guru AMEC itu ada juga seorang lagi Mat Salleh, bukan dari UK tetapi dari US, iaitu American Peace Corps; namanya Steve juga dan mengajar Matematik (kalau tak silap ingatan Ayahanda dia mengajar di Malay Medium). Ada cerita menarik mengenai Steve ini.
Cikgu Tan dan rakan-rakan ‘memperkenalkan’ beliau kepada durian. Pada mulanya dia takut dan benci pada raja buah itu. Tapi apabila dah terasa durian mulalah ‘jatuh cinta’ dengannya. Suatu malam beliau pergi sendiri ke Kuantan untuk makan durian; entah macam mana - mungkin pening banyak makan durian – balik dari menjamu selera itu, beliau terlibat dalam kemalangan kecil. Mujurlah motornya sahaja yang rosak sedangkan beliau mengalami luka kecil,
Apa yang hendak diceritakan di sini ialah SEMSAS telah menjadi international, multicultural. Kita ada Malaysian dengan kumpulan etnik yang sedia; kita ada pula Englishmen(including Englishwomen),American dan Indonesian. Cabaran kepada Pengetua ialah menangani kerenah mereka yang dipengaruhi oleh latar belakang budaya dan latar belakang politik masing-masing. Mat Salleh dari UK dengan egonya yang mereka adalah lebih superior dari Asians. Mat Salleh US (nasib baik seorang sahaja) dengan liberismnya; dan Indonesians dengan patriotismnya (sangat marah kepada local Chinese; sering meniup kepada Ayahanda api sentimen terhadap guru-guru China). Alhamdullillah semua ini tidak menggugat pengurusan Ayahanda dan SEMSAS terus belayar menempuh gelora dan badai membawa penumpang-penumpangnya (students lah tu) ke pantai jaya…….