Suatu malam (11.05.2011) Prof. Wan Hamidon (UKM) menalipon Ayahanda. Sembangnya: baru terbaca episode “Berkongsi Pejabat”. Mengikuti rintitan peristiwa itu menitis juga air mata katanya. Tak sangka pula Ayahanda ada anakanda-anakanda yang berhati lembut terguris dengan coretan Ayahanda.
Sebenarnya malam itu juga sebelum Wan Hamidon (sorry Prof.) menalipon, Ayahanda baru sahaja selesai (setelah lama ‘bercuti’) menyiapkan episod ke-9 dan terus e-mel kepada ‘Alawiah. Tentunya Editor tak edit lagi dan tidak up-load. Selain dari nak mengetahui perkembangan Ayahanda dan Coretan SEMSAS, Prof. juga meminta alamat - nak hantar kad jemputan kahwin anaknya. Prof. Wan Hamidon adalah kumpulan ketiga, masuk Tingkatan Satu pada tahun 1975. Tahun ni nak terima menantu; tak lama lagi ‘bercicit’lah pulak Ayahanda. Time really flies.
Mengenangkan kejayaan anakanda-anakanda rasa penat lelah kami semasa menerajui SEMSAS amat berbaloi. Prof. Wan Hamidon adalah di antara beberapa Academician di kalangan ExSAS yang berbakti di beberapa IPTA seluruh negara - antaranya Prof. Aziz Deraman (Naib Chanselor (VC) UMT), Prof. Azizan Asmuni, Prof. Laily Paim (UPM), Prof. Jamaluddin Ahmad, Prof. Zuhaimy Ismail (UTM Skudai) dan Prof. Mohd Fadzillah Razak (UMS). Senarai ini dipetik dari senarai ahli ExSAS yang dibekalkan kepada Ayahanda. Tentu kita teruja apabila bendera HIDUP BERJASA berkibar di beberapa menara gading. Mereka adalah sebahagian dari ribuan ExSAS yang telah lulus ujian-ujian dalam meniti denai jaya; dan ujian itu bukan mudah, denai itu berliku-liku dan berduri.
Ujian pertama ialah pada tahun 1975; pada tahun itu kumpulan pertama yang masuk SEMSAS pada tahun 1973 menduduki peperiksaan LCE/SRP (sekarang dikenali sebagai PMR), dan kumpulan yang masuk ke Tingkatan Empat pada tahun 1974 akan menduduki peperiksaan MCE/SPM). Mereka inilah yang bakal meletakkan bench mark untuk panduan/cabaran kepada kumpulan-kumpulan berikutnya. This is the acid test.
Populasi sekolah makin bertambah. Kemasukan Tingkatan Satu (batch ketiga), dan Tingkatan Enam Rendah pada tahun 1975 menjadikan SEMSAS sekolah yang sudah full-pledged, complete. Guru-guru bertambah ramai, tetapi masih tidak mencukupi kuota dari keperluan subjek. Guru-guru juga masih muda, graduan yang baru keluar dari kolej/universiti. Nisbah guru baru dengan guru berpengalaman tidak seimbang; guru baru lebih ramai. Mata pelajaran Sains mengalami kekurangan guru khusus. Dengan itu juga pengurusan bertambah mencabar. Tentunya calon-calon peperiksaan tersebut di atas gelisah; tidak hairan kerana guru-guru pun begitu. “Pertaruhan” sangat tinggi, the stake was very high. Semua pihak memerhati dan menanti hasil SEMSAS (dan 9 lagi Sekolah Menengah Sains di seluruh negara). Ujian ini bukan sahaja untuk mengukur pencapain pelajar-pelajar, bahkan juga menguji kemampuan guru-guru, keampuhan pengurusan sekolah, malah ujian kepada dasar Kementerian Pelajaran sendiri – iaitu menjawab soalan “can SMSes perform, given the fact that they were given 2nd grade students compared to established SBPs which get 1st grader.” Kata-kata Dato’ Hussein Onn, Menteri Pelajaran waktu itu, tatkala menjamu kami, Pengetua-pengetua SBP/SMS di satu jamuan petang (high-tea) berdering semula di telinga Ayahanda, dan terus bermain di kepala. “You must perform, or else you are not fit to be there…..”. Tension sungguh; kredibiliti seluruh keluarga dan sistem pentadbiran SEMSAS tercabar – kepimpinan Pengetua diperhatikan………
Tension membawa kepada stres; malangnya waktu itu tidak ada modul tentang pengurusan stres atau pengurusan masa. Peter Drucker, Steven Covey dan Edward de Bono belum kedengaran. Pendek kata bantuan luar tidak ada untuk Ayahanda memimpin guru-guru dan kakitangan (iaitu penggerak utama di sekolah) untuk memastikan kejayaan dan pencapaian matlamat. Semuanya bergantung kepada “apa yang ada” dan pedoman dari Yang Maha Esa (termasuk dari naluri). Dengan stres itu Ayahanda mula mengalami gangguan fiizikal (mujurlah minor sahaja) – gastrik dan migrain yang akut (acute). Expectation ini dan insiden-insiden yang akan disebut di bawah ini tidak membantu mengurangkan gastrik dan migrain Ayahanda, malah menambah keadaan menjadi lebih serius. Sungguhpun begitu tidak satu hari pun Ayahanda mengambil cuti sakit walaupun doktor menasihat demikian. I have to be in my office. Apabila migrain memuncak, Ayahanda kunci pintu bilik pejabat dan beri tahu Kak Zawiyah/Kak Nasiha (typist-cum-telephonists yang bertindak sebagai “penyambut tetamu”) yang Ayahanda tidak sedia menerima tetamu dan dalam pejabat itu Ayahanda menahan kesakitan. Hanya ubat Ponstan menjadi teman.
Sementara itu masalah disiplin bertambah; maklumlah populasi dah bertambah dan ujian besar semakin dekat. Tiap-tiap minggu (di perhimpuan Isnin) mereka diingatkan dengan perbagai perkara menjurus kepada pencapaian akademik; tidak hairan pelajar-pelajar jadi tension. Pelbagai cara mereka lakukan untuk melegakan tension – merokok, ponteng kelas, ponteng prep, vandalisme dan berbagai kaedah sendiri. (InsyaAllah Ayahanda cuba ingatkan antara insiden yang “menarik” di keluaran-keluaran akan datang (maaf terlebih dahulu jika ianya menyentuh beberapa personaliti).
Rintitan-rintitan ini merupakan cabaran-cabaran dalam mendapatkan prestasi LCE/SRP, MCE/SPM pertama untuk SEMSAS yang setiap hari makin dekat. Guru-guru dibantu oleh pengawas yang tidak muat tangan menangani kerenah pelajar-pelajar. Kita tak mahu kerenah-kerenah ini menjadi distraction kepada matlamat. Masa amat berharga kerana ia berjalan laju. Bagi Ayahanda setiap hari yang berlalu amat mencemaskan. Untuk itu pengurusan masa amat perlu diutamakan. Waktu prep dipantau ketat (walaupun dikritik kuat oleh guru-guru Mat Salleh). Kita tidak ada kompromi bagi yang ponteng prep. Warden bertugas memastikan tiada yang tak hadir tanpa sebab (pengecualian hanya diberi kepada yang ada kelepasan seperti sijil sakit). Yang tidak ada alasan dan sengaja nak ponteng lebih cekap untuk mengelak dari dicekup. Mereka tahu di mana nak bersembunyi apabila warden buat walk around/spot check - antaranya bersembunyi dalam locker. Ada yang pura-pura sakit perut, berada dalam tandas lama-lama. Warden memang la tak sampai nak tunggu pula di tandas lama-lama. Bila spy dah beri isyarat line clear (warden dah balik) yang “sakit perut” tadi sambung pula duduk di tandas untuk “celebrate” dengan merokok. Itu sebenarnya tujuan ponteng prep.
Dengan masa yang padat itu, tidak sedar exam makin dekat. Perperiksaan percubaan dijalankan dan keputusan memberangsangkan. Jika pada peperiksaan sebenar nanti pelajar boleh perform seperti dalam trial exam, nescaya sasaran akan tercapai. We keep on pressing, peperiksaan pertama amat penting bagi kami keluarga SEMSAS.
Dalam kesibukan dan kerancakan ini Ayahanda terpilih untuk menyertai program Lawatan Sambil Belajar ke United Kingdom, khusus untuk pendedahan kepada English Public School (SBPlah itu dalam konteks UK). Ayahanda serba salah, berat nak tinggalkan anak-anak yang sedang rancak bersiap untuk menghadapi ujian getir mereka; pada masa yang sama pendedahan ini mustahak juga. Beberapa orang guru, khususnya Mr. Tan menyarankan Ayahanda harus menyertai program ini. Mereka meyakinkan Ayahanda yang mereka boleh mengawal keadaan.
Program di UK memakan masa 10 minggu – sungguh lama rasanya. Masa itu tidak ada handphone, tiada lap-top, tiada Skype untuk berkomunikasi. Hendak menggunakan talipon hotel amatlah mahalnya. Maka cara untuk berhubung dengan Mr. Tan ialah menggunakan cara traditional – melalui poskad. Setiap kali Mr. Tan membalas, Ayahanda di yakinkan “everything is under control”. Selain dari Mr. Tan Ayahanda juga mendapat feedback dari Bonda sendiri. Yang lucunya dari peristiwa ini ialah poskad Ayahanda yang terakhir tiba kepada Mr. Tan setelah Ayahanda sendiri selamat pulang selepas lawatan. Ayahanda tiba di SEMSAS tatkala LCE/ SRP dah lama selesai, dan peperiksaan MCE/SPM baru bermula.
Orang bercinta mengatakan “penantian adalah satu penyiksaan”. Begitulah juga kami alami sewaktu menanti keputusan peperiksaan LCE/SRP dan MCE/SPM diumumkan. Sungguh lama rasanya. Akhirnya yang dinanti tiba juga. Alangkah gembiranya apabila diumumkan bahawa SEMSAS berjaya memperolehi keputusan 100% dalam LCE/SRP. Kita meraikan kejayaan tersebut; two down, two to go. Kita terus menunggu. March 1976 keputusan MCE/SPM pun diumumkan, dan seperti diharapkan sekali lagi kita berjaya memperolehi 100% kelulusan dalam kedua-dua peperiksaan tersebut. Kami, seperti calon-calon amat bersyukur…..we passed the acid test…, the bench mark has been set.