Merokok merupakan fesyen di kalangan pelajar putera. Walaupun ada berbagai sekatan melalui peraturan disiplin, namun pelajar lagi cekap mengelak dari dicekup oleh pengawas. Berbagai cara digunakan untuk menyeludup rokok. Selain dari adanya pengawas yang bersekongkol dengan “penyeludup”, mereka memang cekap. Walaupun beberapa kali ditangkap dan “dihadiahkan” dengan rotan, perokok tegar tidak serik. Walaupun banyak rokok yang dirampas, lebih banyak lagi escape the net.
Sebelah petang biasanya waktu permainan; tak syak lagi bola sepak mendapat sambutan. Biasanya dekat-dekat nak tamat permainan adalah kaki yang sengaja menyepak bola keluar pagar – kononnya tersepak. Di luar pagar padang itu ialah kebun getah yang semak; sekarang dah jadi sebahagian dari SK Batu 8/SK Pakeh Samad, Masjid dan Kuarters Institusi Pendidikan. Daripada kebun getah itu ada jalan ke kedai di tepi jalan Kg. Sri Damai. Apabila bola dah “tersepak” keluar, kenalah ada seseorang pergi mengambil bola itu. Nak keluar ikut pintu utama tak boleh, pengawal ada. Ikhtiar mesti dibuat; jadi dicari kawasan yang lembut supaya di bawah pagar boleh digali “terowong” semuat telus seorang pelajar agak kecil (saiz pelajar Tingkatan Satu). Kaedah ini serupa dengan kaedah babi nak masuk kebun menggali tanaman petani (oops… sorry… but it’s true; that’s how a wild boar get into farms or orchards). Apabila budak suruhan ini dah keluar, dia bukan terus mengambil bola itu, sebaliknya menjalankan tugas membeli rokok di kedai tepi jalan yang disebut di atas tadi. Sudah tentunya ramai yang kirim. Setelah itu barulah balik dan membawa bola yang “sesat” itu dan tidak berapa lama selepas itu permainan pun tamat. Kadang-kadang bukan sekali bola ini “tertendang” keluar pagar, ada masanya sampai dua tiga kali; dan budak suruhan lain pula yang pergi “menjalankan tugas” serupa. Yang ajaibnya apabila Pengetua berehat di ruang tamu rumah Pengetua, tidak pula ada bola tertendang keluar (Rumah Pengetua dekat sekali dengan padang). Bila Pengetua rehat di ruang tetamu, dia boleh dapat full view aktiviti padang, tennis court dan sekitarnya. Apa yang mereka tak perasan ialah kadang-kadang Pegetua melihat gelagat ini dari Master Bedroom. Apabila kelibat Pengetua tidak kelihatan di ruang rehatnya, ketika itulah bola kerap “terkeluar” padang.
Itu kenakalan putera-putera Ayahanda mendapatkan bekalan rokok, bukan untuk diri mereka sahaja bahkan untuk abang-abang senior. Juniors dijadikan pesuruh (lebih kurang apa yang sekarang dinamakan ‘drug-donkey’/keldai dadah) kerana lubang yang ditebuk itu kecil – muat budak tingkatan satu sahaja.
Satu lagi kumpulan “keldai dadah” (perkataan pinjaman sahaja; bukan betul, kerana kaedahnya macam tu) ini ialah puteri-puteri. Apabila giliran puteri-puteri pergi outing, kaki rokok akan meminta puteri-puteri ini membeli dan menyeludup rokok (Masa itu outing digilirkan; pelajar putera pada Ahad minggu pertama dan ketiga, manakala pelajar puteri pada Ahad kedua dan keempat). Biasanya pengawal tidak memeriksa beg-beg pelajar puteri begitu rapi berbanding dengan pemeriksaan terhadap pelajar lelaki. Jadi perokok mengambil kesempatan ini meminta pelajar perempuan menjadi “pembawa” rokok mereka. Biasanya yang jadi pesuruh itu ialah junior girls atau “mata air’ mereka. Taktik ini akhirnya dapat juga dihidu oleh pihak pentadbiran kerana Pengetua ada spy. Informasi yang kita terima membawa kepada pemeriksaan rapi terhadap pelajar perempuan apabila mereka balik dari outing.
Begitupun masih ada yang terlepas. Macam mana? Ini berlaku apabila pelajar-pelajar ini dihantar balik ke asrama oleh ibubapa mereka. Takkanlah di depan ibubapa mereka nak buat pemeriksaan. Pengecualian ini digunakan sepenuhnya oleh penghisap rokok tegar. Moral ceritanya di sini ialah kaedah “drug donkey” yang melanda dunia (khususnya wanita Malaysia) sekarang dah bermula lama dulu; dimulakan oleh pelajar-pelajar asrama (semua asrama; bukan SEMSAS aje). Cuma skalanya kecil, dan komoditi tak sama – rokok aje. Alhamdulillah tak ada kedengaran pelajar-pelajar SEMSAS benar-benar jadi “drug-donkey” - walaupun dah ada “basic training”. Mudah-mudahan tak ada lah, sebab itu semua asam garam tinggal di asrama; ia tamat apabila meninggalkan pagar SEMSAS setelah tamat persekolahan.
Bekalan yang didapati ini perlu disimpan baik, kerana datang seminggu sekali. Tempat penyimpananmestilah detect-proofkerana warden sentiasa buat regular checking dan spot checking. Regular checking biasanya hari Ahad. Ia bukan sahaja dijalankan untuk mencari bahan-bahan seludup malah melihat keseluruhan – kebersihan, ketersusunan dan sebagainya sebab dia memberi markah kepada “Anugerah Rumah Terbaik” minggu itu. Spot check pula dijalankan bila mendapat arahan dari Pengetua, iaitu apabila Pengetua mendapat hint dari spy, dan kadangkala dari gerak hati sendiri. Kata orang-orang tua ‘tengok kelibat dalam air dah tahu ikan itu jantan atau betina’. Orang jika buat salah mesti menunjukkan reaksi tanpa disedari. Begitulah apabila melintasi rumah Pengetua (rumah Pengetua dekat benar dengan Pondok Pengawal) si pesalah ini akan menunjukkan mimic muka dan body language yang menangkap perhatian Ayahanda. Malamnya arahan diberi kepada warden untuk buat spot check.
Spot check bukanlah semata-mata mencari rokok, malah mencari juga yang ponteng prep (kalau dalam waktu prep) dan lain-lain pelanggaran peraturan. Tidak semua spot check berjaya menemui ‘bahan-bahan yang diseludup’ petangnya tadi - khususnya rokok. ‘Penyeludup’ memang inovatif. Dengan kerjasama spy yang memberi tip-off kita berjaya juga menemui tempat di mana rokok disembunyikan, iaitu di dalam tilam dan bantal. Tilam setebal 4 inci itu ditebuk dari sisi, dikorek “tengah perut”nya dan di situlah disimpan rokok-rokok. Begitu juga pada bantal-bantal. Rokok juga disembunyikan dalam pam tandas (cistern). Rokok itu dibalut rapi dengan plastik supaya kalis air; kemudian dicampakkan kedalam cistern itu; maka apabila ke bilik air untuk kador hajat (kadang-kadang tak berhajat pun), maka cepat-cepat mereka “menunaikan hajat yang sebenarnya”. (Sungguh “un” sangka ”rable”). Walau bagaimana pun teknik ini tidak hebat berbanding dengan yang di bawah ini.
Penemuan ini tidak dari tip mana-mana pihak; it was my personal discovery. Ayahanda memang selalu membuat rondaan ke kelas-kelas prep. Walaupun ada warden bertugas mengawas, Ayahanda, sungguhpun bukan warden, juga membuat rondaan. Bukan kurang percaya kepada warden, ianya adalah sebahagian dari tanggungjawab Ayahanda. Rondaan itu bukan sahaja ke kelas-kelas prep malah menyeluruh. Di kawasan sekolah banyak juga kawasan gelap kerana lampu jalan dan lampu kawasan tidak banyak. Di tempat-tempat gelap biasanya banyak “hantu” dan Ayahanda bimbang adanya “hantu-hantu” di situ – maklumlah budak-budak Tingkatan 4, 5 dan 6 dah besar-besar. Mujurlah dalam rondaan-rondaan dibuat tidak berjumpa “hantu” - tak taulah jika “hantu-hantu” itu mengupah Pengawal untuk memberi tip akan kehadiran “ghost chaser”.
Suatu malam seperti biasa ayahanda meronda masuk ke setiap kelas. Biasalah bila ‘kucing besar’ ada ‘tikus-tikus’ senyap sepi. Kebanyakan kelas dah tahu akan kehadiran Pengetua – kucing besar itu, kerana pelajar-pelajar juga kata bunyi tapak kaki yang lalu dah tahu siapa punya. Jadi kebanyakan kelas dah tahubahawa Ayahanda sedang buat rondaan, lantas mereka behave. Tapi ada juga satu dua kelas yang buat tak kisah. Ayahanda pun masuk ke kelas itu dan buat seperti biasa pergi dari meja ke meja bertanya anak-anak akan hal pelajaran dan keadaan mereka. Di kelas itu kebetulan ada seorang daripada beberapa “VIP SEMSAS”. Di kalangan kami guru-guru “VIP” ini adalah golongan yang perlu diberi perhatian setiap masa. Sambil bercakap dengan seseorang pelajar Ayahanda mencuri pandang ke arah “VIP” ini. Malam itu dia sungguh studious – menumpukan sepenuh perhatian kepada buku di depannya. Sungguh berbeza daripada biasa. Apabila Ayahanda sampai ke sisi mejanya, dia makin concentrate kepada bukunya. Kehadiran Pengetua di sisinya tidak mengganggunya…, bagus... Di atas mejanya, di samping buku-buku latihan untuk buat kerja rumah ada sebuah kamus tebal - Oxford Dictionary. Wow! “VIP” ini sungguh serius, bawa kamus ke kelas prep. Ini mesti nak buat karangan English; tapi dia tengah struggle dengan matematik. Dalam hati Ayahanda berkata “this is very interesting- I smelled a rat…”. Ayahanda pun ambil kamus itu. Yang sedapnya, “VIP” ni cool aje – seperti tak ada apa yang nak dirisaukan. Ayahanda pun buka kamus tu…Guess what I discovered…(no prize for your guess)…sekotak rokok Dunhill tersembunyi di dalamnya. Kamus itu ditebuk tengah-tengahnya untuk memuatkan kotak rokok bungkusan 20 batang. Sungguh inovatif. Tanpa buat kecoh kerana tak mahu mengganggu prep itu, Ayahandajust walk away with the “Dunhill in Oxford”. (Again no prize for the correct guess of what happened to the “VIP” the next day….:).