Niat nak tidur awal kerana keletihan sepanjang hari dan bersiap untuk memulakan sekolah esoknya tidak berjaya. Di kepala Ayahanda berlegar macam-macam perkara. Pertama tentang kemudahan. Segala-galanya menumpang dan menggunakan kemudahan SMAB. Macammana agaknya…
SMAB merupakan satu-satunya sekolah yang besar di Temerloh, namun kemudahan fizikalnya hanyalah sekadar mencukupi sahaja. Pelajar-pelajarnya sendiri pun sudah ramai; bilik-bilik darjah habis digunakan. Oleh itu untuk menempatkan pelajar-pelajar SMSP, Pejabat Pelajaran Pahang telah menumpangkan sebahagian dari pelajar-pelajar yang memilih masuk Tingkatan 1 di SMAB kesekolah-sekolah berhampiran – SMK Temerloh, dan SM Jalan Bahagia. SMAB jadi sekolah satusesi; jadi dapatlah pelajar-pelajar SMSP ditempatkan di sesi petang. Cikgu Hashim Kadir memberikan kami menggunakan 6 bilikdarjah – 4 untuk English Medium dan 2 untuk Malay Medium (Masa itu sistem pelajaran masih mengamalkan dua aliran – Aliran Inggeris dan Aliran Kebangsaan. AliranInggerisertinyabahasapengantarnyadalamBahasaInggeris, kecualimatapelajaranBahasa Malaysia dan Agama Islam; manakalaAliranKebangsaan pula Bahasa pengantarnya ialah Bahasa Melayu dalam semua matapelajaran kecuali matapelajaran BahasaInggeris).
Kedua, memulakan sekolah baru tanpa panduan dari mana-mana pihak - tiada blueprint, no nothing – merupakan suatu cabaran. Yang ada pada Ayahanda ialah pengalaman dua tahun sebagai Pengetua (itu pun sekolah luar bandar) dan pendedahan dua hari mengenai fungsi SBP dalam sistem Pelajaran Kebangsaan yang diberikan kepada kami, 10 orang bakal Pengetua Sekolah Menengah Sains oleh Kementerian Pendidikan. Ini dilakukan lebih kurang seminggu sebelum kami memulakan tugas ini. Antara pengisian sesi orientasi itu termasuklah lawatan kilat ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) dan Royal Military College (RMC). Kami ditaklimatkan oleh Pengetua STAR dan Pengarah Pengajian RMC tentang perjalanan sekolah-sekolah tersebut. Selain dari itu merupakan pesanan-pesanan dari top brass di Kementerian, khasnya oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) sendiri.
Pendedahan dua hari itulah yang menyuntik semangat kami, kerana pesan KPPM “…You are the selected group; we trust you can deliver…”. Kami diberitahu penubuhan SMS adalah bagi melaksanakan program Rancangan Malaysia Ketiga yang mempunyai objektif khusus yang ada kaitan dengan penstrukturan semula ekonomi bumiputera selaras dengan Dasar Ekonomi Baru. Kaitannya ialah SMS berperanan mengeluarkan lebih ramai profesional bumiputera dalam bidang sains, perubatan dan teknologi. Tujuannya ialah untuk mengimbangi jumlah populasi teknokrat bumiputera dan bukan bumiputera, dan padamasa yang sama diharap mereka dapat mengeluarkan keluarga mereka dari kepompong kemiskinan apabila berjaya kelak. Pemimpin tertinggi berpendapat (dan memang betul pun…) pendidikanlah wahana yang boleh membawa kepada perubahan dari satu status yang sempit ke status yang lebih selesa.
Pada masa itu bilangan profesional – doktor, jurutera, arkitek dan sebagainya dari kalangan bumiputera jauh berkurangan berbanding dengan bukan bumiputera. Soalnya : adakah bumiputera kurang cerdik atau kurang peluang? Pemimpin tertinggi dalam pemerintahan berpendapat ianya berpunca dari kekurangan peluang. Jadi lebih peluang dibuka; satu dari caranya ialah dengan menambahkan bilangan SBP. Sebelum ini hanya terdapat 7 buah SBP – Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Tuanku Kurshiah College (TKC), STAR, Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR), Sekolah Tun Fatimah (STF), Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) dan Royal Military College (RMC). Sekolah-sekolah ini pula menerima super students – tidak kurangdari 5A dalam Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (PPDL).Dengan itu hanya mereka dari sekolah-sekolah rendah elit sahaja yang mempunyai peluang untuk ke SBP elit ini.
Sementara itu di Pahang pula sekolah-sekolah menengah elitjuga terhad. SM Clifford (K.Lipis), SM Mahmud (Raub) dan Sultan Abu Bakar School (SABS Kuantan) walaupun melahirkan potensi intelek untuk pembangunan modal insan cemerlang, mempunyai ciri-ciri dan persekitaran yang berbeza dengan sasaran Kementerian; jauh sekali mencapai objektif Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3). Lantaran itu SMS dan dalam konteks kita, SMSP adalah satu-satunya stake yang dipertaruhkan untuk mencapai matlamat itu. Untuk itu kumpulan sasaran bakal pelajar ke SMSP diperluaskan kekawasan luarbandar khasnya manakala laluan (entry point) dipermudahkan kepadahanya 3A+2B dalam PPDL.
Ketiga, harapan tinggi ramai pihak (stakeholders).Semasa pendaftaran siangtadi nampak jelas latarbelakang sosio-ekonomi pelajar dan penjaga yang rata-ratanya datang dari golongan pendapatan rendah-sederhana. Dari golongan berpendapatan sederhana-tinggi boleh dibilang dengan jari. Ramai ibubapa bekerja sendiri (kerja kampung). Di kalangan penjawat jawatan awam adalah golongan perkeranian dan teknikal; sedikit sangat – boleh dikatakan tidak ada dari golongan profesional. Namun begitu adalah juga terdapat anak-anak guru, dan kebetulan pula guru-guru ini rakan dan kenalan Ayahanda. Rakan-rakan ini tidak lupa memesankan harapan supaya Ayahanda memikul tanggungjawab ini dengan tabah; bukan sahaja bagi masa hadapan anak-anak mereka bahkan menunaikan amanat Kementerian dalam merialisalikan matlamatnya. Ini menambahkan lagi tekanan. My own credeblity is at stake. Maka timbul keraguan diri sendiri; mampukah Ayahanda dan rakan-rakan yang 10 orang ini melakukannya?
Keempat, orang kata dalam lumba lari, segala-galanya bermula di starting block. Kalau pelumba baik di starting block maka lariannya akan baik dan smooth menuju ke garis penamat. Esok 2.1.1973 kami semua – pelajar dan guru akan berada di starting block dalam satu larian yang jauh dan mencabar……