Selesai satu perkara. Seterusnya menentukan guru kelas dan guru – guru tugas khas. Maka dipersetujui Cikgu Tan Eng Chwan sebagai Guru Penolong Kanan (Senior Asst.), Puan Rabiah Guru Tingkatan 1.1, Cikgu Kamaliah (Bonda) Guru Tingkatan 1.2, Arwah Cikgu Kadis Guru Tingkatan 1.3, Cikgu Harun Guru Tingkatan 1.4, Arwah Cikgu Nazar Nong Guru Tingkatan 1.5 dan Ustaz Nordin Guru Tingkatan 1.6. Cikgu Tan Tai Jin dilantik menjadi Setiausaha Kurikulum dengan tugas utama menyediakan jadual waktu, Cikgu Lai Chong Num menjadi Guru Kedai Buku manakala Cikgu Anizam Ismail menjadi Warden.
Menjelang waktu rehat mesyuarat selesai. Guru - guru kelas terus mengambil kelas masing –masing. Suasana riuh seketika dengan pergerakan beralih kelas. Namun keriangan nampak jelas di wajah masing - masing. Guru - guru dan pelajar menunjukkan enthusiasm yang tinggi. They were all geared to go, so I declared “on your mark, get set, go…). The race toexcellence has started……
2.1.73 merupakan hari pertama persekolahan tahun itu bagi seluruh negara. Namun bagi 219 orang perintis SMSP mereka mencipta sejarah kerana hari itu mulalah secara rasminya SMSP yang juga merupakan SBP yang pertama di Pahang. Pukul 1.10 petang bila loceng waktu terakhir bagi SMAB dibunyikan ia merupakan loceng pertama bagi Sekolah Menengah Sains.
Berduyun - duyun si comel berkumpul di padang perhimpunan SMAB ( belum ada dewan masa itu ). Mereka belum ada kelas; tidak tahu kumpulan mana mereka sepatutnya berada. Setelah satu malam di asrama mereka sudah dapat kawan masing-masing dan tengahari itu mereka berkumpul mengikut kumpulan adhoc mereka. Semuanya ceria dan cantik dalam uniform baru. Adalah seorang dua yang masih terkenangkan “bantal busuk” mereka; masih ragu-ragu – look lost ( mungkin juga teringatkan ikan singgang masakan Mak ). Namun pada keseluruhannya mereka sangat gembira, seolah - olah tidak sabar hendak memulakan persekolahan.
Guru Besar ( gelaran pada masa itu; perkataan Pengetua belum diguna-pakai untuk Sekolah Menengah, hanya terhad kepada Maktab Perguruan ) memulakan bicara dengan mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada mereka kerana terpilih untuk menjadi pelajar SBP yang pertama di Pahang. Guru - guru pun diperkenalkan kepada mereka. “Pelajaran” seterusnya termasuklah nasihat - nasihat kepada mereka supaya tidak mensia - siakan peluang yang diberi ini, menunaikan harapan ibubapa dan sebagainya seperti mana yang sepatutnya seorang bapa menasihati seorang anak – tak tahulah samada mereka faham atau tidak.
Oleh kerana mereka belum mempunyai kelas, maka selepas perhimpunan itu mereka diarahkan, secara rawak, masuk kemana – mana bilik darjah yang diperuntukkan – 30 orang di dalam satu kelas.
Sementara ‘anak - anak’ berada di kelas sementara mereka, guru - guru mengadakan mesyuarat pertama mereka. Agenda pertama ialah menentukan kelas dan guru kelas serta guru - guru dengan tugas – tugas khas. Semalam, selepas pendaftaran, Cikgu Tan Eng Chwan dengan dibantu oleh Cikgu Harun telah menyusun nama – nama pelajar mengikut abjad A - Z. Empat senarai –dua senarai untuk Aliran Inggeris ( lelaki dan senarai perempuan ) dan dua senarai Aliran Kebangsaan ( lelaki dan perempuan ) telah disediakan. Seperti unjuran Kementerian, aliran Inggeris mempunyai empat kelas sementara aliran Kebangsaan mempunyai dua kelas.
Berdasarkan kepada keputusan PPDL semua pelajar mempunyai kelulusan yang sama baik – rata - rata 3A, 2B. Oleh itu penempatan ke kelas – kelas tertentu tidak boleh berdasarkan merit, yakni mengikut conventional – kelas A lebih “baik” dari kelas B dan sebagainya. Ayahanda hendak mengelak dari sindrom ini dan pastikan ia bermula seawal hari pertama persekolahan. Pelajar – pelajar Sekolah Sains adalah sama. Jadi bagaimana? Mudah sahaja; pada senarai mengikut abjad A - Z yang telah disediakan oleh Cikgu Tan itu. Ayahanda Cuma tuliskan 1, 2, 3, 4…1, 2, 3, 4 di sebelah nama-nama tersebut sehingga ke nama yang terakhir. Demikianlah dibuat pada setiap senarai yang di sediakan itu. Dengan itu pelajar – pelajar yang angka 1 ditulis di sebelah namanya di tempatkan ke kelas 1, dan jika angka 2 di sebelah namanya, bermakna dia di kelas 2, dan begitulah seterusnya. Begitulah juga dibuat untuk aliran Kebangsaan. Oleh kerana hanya ada dua kelas untuk aliran ini maka ditulis 5, 6…5, 6. Dengan itu dapatlah enam kelas, empat untuk aliran Inggeris dan dua untuk aliran Kebangsaan.
Selesai satu perkara. Sekarang apa pula nak namakan kelas – kelas ini. Dulu, kini dan selama – lamanya terdapat berbagai – bagai trend menamakan kelas. Di S M Ahmad ( tempat Ayahanda mengajar dulu ) kelas – kelas dinamakan mengikut warna – contohnya 5 Hijau, 5 Kuning dan 5 Merah. Klasifikasinya kelas Hijau lebih baik atau cerdik dari Kuning, dan kelas Kuning lebih cerdik dari kelas Merah. Dalam lain perkataan kelas Hijau terbaik, kelas Merah……….( no prize for your guess ). Tiga tahun Ayahanda menjadi Guru Kelas 5 Kuning dan mengajar Geografi, Bahasa Melayu dan Inggeris; manakala di kelas 4 & 5 Hijau mengajar Geografi; di kelas 4 & 5 Merah, Geografi dan Inggeris ( cubaaan…..). Cikgu Dato’ Ghafar ( KPPM sekarang ) di kelas Hijau - 4 Hijau dan 5 Hijau. Macam – macamlah cara menamakan kelas – kelas waktu itu. Ada sekolah gunakan batu permata – akik, zamrud, nilam dan sebagainya; ada yang gunakan gelaran Istana – Bendahara, Laksamana dan Shah bandar. Paling lucu yang Ayahanda jumpa ialah di sebuah sekolah di Selangor yang Bonda Kamaliah pernah mengajar dulu; kelas – kelas dinamakan mengikut nama pokok – Getah, Kelapa Sawit, dan sebagainya (isyh..isyh..isyh… macam tak ada nama lain….Kalau ye pun namakanlah kepada pokok – pokok glamour – Tualang ( tinggi, tegak dan disukai lebah madu ), Cengal ( kuat dan tahan lasak ), Resak ( kuat – selalu dibuat rasok rumah) dan sebagainya. Rasok itu macam beam la dalam konteks sekarang ).
SMSP sedari mulanya mesti lain dari yang lain. Kami brain storm mencari nama yang sesuai dengan misi dan visi sekolah yang asasnya ialah untuk memantapkan matematik dan sains di kalangan pelajar. Angka adalah elemen utama dalam matematik; ironinya orang kita tak berapa peka kepada angka. Angka dianggap remeh. Pling! Oleh itu kami sepakat menerima cadangan menamakan kelas – kelas dengan angka. Demikianlah kita dapat kelas – kelas Tingkatkan 1.1, Tingkatan 1.2 sampailah Tingkatan 1.6 – Tingkatan1.1 hingga 1.4 aliran Inggeris; Tingkatan 1.5 & 1.6 aliran Kebangsaan. Dengan ini kita tidak memisahkan kedua aliran, Cuma bahasa pengantarnya sahaja.