Dengan bahan bukti yang dijumpai, ketiga-tiga pelajar itu mengaku memang mereka pernah mencuba. Mereka juga memberi tahu bagaimana dan dari mana mereka mendapat bekalan. Venue yang biasa ialah di perhentian bas town service. Diceritakan juga bagaimana mereka mengenali pembekal dan bagaimana pembekal mengenal mereka: biasanya mereka mengenalkan diri kepada pembekal dengan mengigit kolar atau hujung kaki baju (kelepit baju).
Persoalan di depan ayahanda (dan warden-warden) ialah bagaimana hendak menangani masalah itu. Cara mudah ialah membuang mereka dari sekolah. Kes ini lebih serious dari kes 3 orang yang masuk ke asrama Puteri. Migrain Pengetua pun menyerang; gastric menjadi-jadi.
Setelah brain-storming dengan dengan warden-warden kami membuat keputusan untuk mengkalisifikasikan mereka sebagai “pesakit” yang perlu diberi rawatan/pemulihan. Membuang mereka dari sekolah tidak menyelesaikan masalah; malah mencampakkan mereka ke kawah pengedar-pengedar yang sentiasa mencari mangsa. Ini perbezaan besar dengan kes terdahulu mengenai tiga pelajar lelaki masuk ke asrama perempuan. Jika ayahanda tersalah tindakan mungkin mereka akan jadi mangsa pengedar, atau mungkin menjadi one of them. (I don’t want to add one more to already too many.) Ayahanda terbayangkan muka-muka ibubapa mereka yang kecewa kerana impian tidak sampai; masa depan anak-anak mereka musnah. Keputusan ini kemudianya ayahahnda sampaikan kepada guru-guru dalam mesyuarat guru supaya mereka faham pendirian ayahanda. Walau bagaimanapun hukuman perlu juga dikenakan: buat sementara mereka di kurantin - tidak boleh outing seperti biasa.
Abang Rashid ditugaskan berurusan dengan pihak Hospital Kuantan untuk mengadakan program pemulihan untuk mereka. Masa itu di hospital-hospital memang sudah wujud klinik pemulihan penagih dadah. Kalau tidak salah ingatan ayahanda, mereka ini dibawa ke Hospital setiap minggu (kalau Abang Rashid baca episod ini mungkin dia boleh verify).
Langkah seterusnya ialah memberitahu ibubapa/penjaga mereka. Bab inilah yang rumitnya. Bagaimana nak beritahu mereka yang anak mereka terlibat dengan dadah. How to break the news so as not to break their hearts. Sudah tentu tidak disebutkan dalam surat penggilan; hanya diberitahu harap datang ke sekolah untuk berbincang tentang masalah disiplin anak-anak mereka. Ayahanda tidak ingat samada semua penjaga yang dijemput itu datang ke sekolah; tetapi sessi dengan seorang daripada penjaga berkenaan sungguh menyayat hati.
Penjaga itu seorang yang berbadan besar, tegap sasa, dalam lingkungan umur lewat empat puluhan atau awal lima puluhan. Beliau seorang Polis berpangkat Sarjan. Setelah bertukar khabar dan suasana agak conducive ayahanda pun memberitahunya sebab sebenar memanggil beliau, dan meminta bertenang dengan apa yang ayahanda hendak dedahkan. Apabila saja diberitahu anaknya antara yang ditangkap menghisap dadah, badan yang tegap tadi terlentuk (slump). Mukanya muram, dan lidahnya kelu. Suasana senyap seketika. Bila dia tenang kembali dia minta berjumpa dengan anaknya itu. Sebelum memanggil pelajar berkenaan ayahanda meminta supaya dia bersabar dan jangan apa-apakanya sebab kami telah pun mengambil tindakan.
Apabila anaknya itu muncul di pejabat Pengetua secepat kilat dia bangkit dari kerusi dan meluru ke arah anaknya itu. Tiba-tiba kedengaran “Aduh!!” Rupanya satu penendangan telah tiba ke “midrift”nya dan dia merengkok kesakitan. Ayahanda bangun untuk mententeramkannya, bimbang kalau si anak dapat second round of Thai kick-boxing. “Cukuplah Sarjan”. Dia duduk semula dikerusinya, menutup muka dengan tangan, manakala anaknya mengerang kesakitan. Suasana senyap seketika; di pejabat am, sebelah bilik Pengetua, juga senyap sepi – seolah-olah pejabat itu kosong (walhal semua staf pejabat ada di situ. Tak tahu apa yang difikiran mereka ketika itu).
Kemudian satu tengkingan memecah kesunyian “Dari mana kau dapat benda itu?” Kuat tengkingan itu hingga ayahanda juga tersentak.
Dalam ketakutan si anak menjawab “Abang yang beri”; lalu diberi tahu bahawa dia selalu berjumpa dengan abangnya itu – yang juga bersekolah di salah sebuah sekolah di Kuantan – di terminal bas town service. Abangnya juga penagih dan yang mengajarnya bagaimana nak mengenal pengedar, supaya jika dia (si abang) – atas sebab-sebab tertentu - tidak muncul - si adik akan terus dapat bekalan. Sarjan kehilangan sabarnya lagi dan mula hendak bangun meluru ke arah anaknya. Kali ini ayahanda dah bersedia dan dengan pantas bangun untuk menahannya. Dia duduk semula: Ayahanda perhatikan mukanya; nampak matanya mula berair, namun dia cuba menahan sebaknya itu.
Tiba-tiba dia meraba dalam jaketnya (masa itu dia pakai bush jacket) dan mengeluarkan service pistol nya lalu meletakkan di atas meja Pengetua. Ayahanda gugup, dan dalam hati “Ya Allah, apa akan terjadi”
“Nah! Kau ambil ni dan tembak ayah lebih baik. Hari-hari ayah menggadai nyawa menangkap pengedar dadah, rupa-rupanya anak-anak ayah sendiri mengisap” keluhnya kecewa. Ayahanda mula panic; timbul ketakutan, bagaimana kalau anaknya itu betul-betul menerima cabaran; (reaksi terhadap tendangan yang kuat tadi), atau bagaimana dia sendiri hilang sabar; atau adakah pistol itu loaded. dan .. (masya Allah) kalaulah for some reason pistol itu meletup…….Ayahanda terpaku di kerusi; kaku; hanya berharap janganlah berlaku apa-apa yang tidak diingini.
Kami tidak bercakap seketika. Si ayah mengesat air mata – ternyata dia break down. Si anak masih kesakitan; namun tidak menunjukkan apa-apa emosi – sahlah ciri-ciri orang keras hati. Walau sakit macamana pun dia tidak menunjukkan rasa sakit. Mungkin dia mencabar ayahnya supaya bertindak terus. Ini yang ayahanda bimbang. Marah ayahnya belum reda; kesal melanda, dan pistol terus berada atas meja Pengetua. Anything can happen. Ayahanda perlu bertindak segera. Oleh itu ayahanda berkata, “Sarjan, saya perlu hantar ………(nama pelajar itu perlu dirahsiakan) balik ke kelas sekarang” lalu memanggil salah seorang staff di pejabat untuk mengiringi dia balik ke kelasnya (bimbang dia “melencong” ke tempat lain)
Setelah ………… balik ke kelas, dengan nada sedih dan sambil menahan sebaknya dia berkata “Saya kecewa Cikgu. Dialah harapan saya. Antara tugas-tugas saya termasuklah menangkap pengedar dadah: tiba-tiba anak-anak saya jadi mangsa”, kepalanya tunduk, tidak memandang muka ayahanda. (Kalau tak silap ayahanda dia ada menyebut seolah-olah dia adalah single parent dan membesarkan anak-anaknya sendirian. Ketika itu ada kata-katanya tidak jelas – bercacakp in between sob). Apalah yang dapat ayahanda response? Macamana nak menasihatinya? Ayahanda hanya dapat bersimpati dengannya. Dalam hati ayahanda “Is this one of the professional hazards?” atau adakah ini ujian kepada jawatannya; iaitu untuk menjawab soalan “What would you do if one of your buruan is one of your own family?
“Sarjan, saya juga kecewa; kami di sini amat takut gejala ini melanda pelajar-pelajar kami; mereka adalah harapan Negara, harapan kita. Benda ini pemusnah. Kami telah berusaha menyekatnya. Tetapi entah macamnana lepas juga. Saya minta maaf. Bagi ………… kami akan cuba memulihkannya dengan bantuan pihak hospital.
Setelah dia reda dan regain composure, “Terima kasih Cikgu; saya mohon diri dulu” lalu bangun, ambil pistol dari atas meja untuk beredar. Kami berjabat tangan dan dia pun berlalu. Sudah pasti dia akan ke sekolah abang kepada ……….Apa yang akan berlaku kepada si abang Walllahuwalam (your guess is as correct as mine)
Bagi pihak ayahanda pula, ayahanda berhadapan dengan persoalan besar – sejauh mana serious nya masalah ini di kampus kita. Walaupun semasa membuat serbuan dahulu mereka kata itu sahaja stok yang ada, namum sejauh mana dapat dipercayai. Seterusnya pasti ada staff (di belakang ayahanda) akan mempersoalkan kenapa mereka ini tidak dibuang sahaja dari sekolah? Kesalahan mereka lebih serious berbanding dengan tiga orang yang masuk ke Asrama Puteri. Tetapi ayahanda masih percaya tindakan ayhanda adalah betul. Mereka ini adalah “pesakit” dan mangsa kepada kaldai. Membuang mereka dari sekolah bukan menolong mereka, malah mencampakkan mereka ke kancah yang lebih bahaya, mendedahkan mereka kepada serigala dadah yang sentiasa mencari mangsa. Ayahanda bertekad untuk menyelamatkan mereka, seperti menyelamatkan tiga orang “juru gambar” dahulu cuma suasana dan keadah berbeza. Tetapi ayahanda tidak tahu (sehingga sekarang) sejauh mana ayahanda berjaya dalam usaha tersebut. Adakah mereka ‘kick the habit atau has the habit kicked them”. Cerita tidak sahih sampai ke telinga ayahanda ialah Si………akhirnya sampai juga ke sebuah IPTA, (Alhamdulillah), tetapi khabarnya di situ restart the habit; dan akhirnya ……….(Wallahuwallam - cerita tak sahih lagi tak hassan).
Bila direnung kembali, ayahanda mengakui bahawa ini adalah di antara kegagalan ayahanda dalam masa menerajui SEMSAS. Kalaulah penjaga-penjaga mereka kecewa, ayhanda juga kecewa. SEMSAS sepatutnya bersih dari gejala-gejala seperti ini, tetapi entah macamana nak jadi ujian kepada ayahanda apa yang hendak dihindari, tetap juga hinggap. Akhirnya ayahanda mengakui reality bahawa pasti melalui liku hitam dalam perjalanan hidup kita.