Pada Hari Raya Aidilfitri ke ( berapa…lupa dah) baru-baru ini, Shan Sulaiman (Hj. Shan) datang ke rumah ayahanda . Selain dari untuk beraya Shan juga mengundang kami sekeluarga ke majlis perkahwinan puterinya – ini dah masuk kali kedua Shan menerima menantu. Shan ialah seorang dari 219 “anak sulong” SEMSAS dan merupakan adalah di antara beberapa EXSAS yang menjadi ahli professional berjaya dan BERJASA. Bermula sebagai seorang jurutera di TNB, kini sudah menjadi seorang ahli perniagaan.
Kejayaan anak-anak SEMSAS seperti juga dari SBP lain dan beberapa sekolah elit di Negara adalah sebahagian besarnya hasil perancangan rapi Kerajaan di bawah “Rancangan Bersama”. Ini merupakan rancangan ekspress dan langkah raksasa (quantum leap), dan langkah berani pihak Kerajaan dalam usaha merialisasikan Rancangan Malaysia ke-3 iaitu dalam usaha meramaikan professional dari kalangan bumiputera. Ia merupakan kesinambungan penubuhan SMSs.
Dalam rancangan ini Kerajaan memutus untuk menghantar pelajar-pelajar lepasan SPM/MCE ke seberang laut sebaik sahaja mereka selesai menduduki peperiksaan-peperiksaan tersebut – tanpa menunggu keputusan rasmi peperiksaan. Pemilihan bakal pelajar adalah dari senarai calon dari pihak sekolah, bersandar semata-mata kepada keputusan peperiksaan percubaan/trail exam peringkat sekolah.
Agensi-agensi yang mengambil bahagian dalam program ini ialah JPA, MARA, PETRONAS, TNB (masa itu dikenali sebagai LLN) dan RISDA. Agensi-agensi ini membentuk Jawatankuasa Bersama dan menemuduga calon-calon yang dikemukakan oleh pihak sekolah. Ini merupakan satu tanggungjawab berat kepada sekolah kerana calon-calon yang dikemukakan mestilah betul-betul akan berjaya dipilih, dapat belajar di seberang laut dan dapat terus kekal di sana setelah keputusan rasmi SPM/MCE dikeluarkan. Jelasnya kita tidak mahu apabila mereka dah berada di sana seketika, mereka terpaksa dibawa balik kerana keputusan SMP/MCE tidak memuaskan, dan tidak melayakkan mereka meneruskan pengajian.
Untuk memastikan hal ini tidak berlaku peperiksaan percubaan peringkat sekolah dilaksanakan betul-betul mengikut piawai Lembaga Peperiksan Malaysia – daripada penyediaan soalan hinggalah kepada pemarkahan. Bab pemarkahan inilah yang berat.
Tahun 1975 merupakan peperiksaan SPM/MCE pertama: dari calon ini juga hendak dipilih pelajar-pelajar untuk dihantar ke seberang laut melalui program Rancangan Bersama ini. Guru-guru yang berpengalaman dalam urusan peperiksaan SPM/MCE hanya beberapa kerat sahaja. Guru “lama” masa itu hanyalah Cikgu Woo Hee Chuan (fizik): yang lain-lain adalah “fresh” dari Universiti – Cikgu Leong Kin (kimia), Yaakob Mat Som, (kimia) Loh Yeong Ying (matematik), Cikgu Jamali (Geografi dan BM). Selain dari itu ialah guru-guru AMEC dan guru Indonesia. Maka atas bahu Cikgu Woo diletakkan tanggungjawab untuk menentukan peperiksaan Percubaan peringkat sekolah adalah close to real. Ini memerlukan kita mencari sample skima pemarkahan setiap mata pelajaran. Skima pemarkahan adalah dokumen sulit. Jadi sukar mendapatkannya kecuali ada kawan-kawan yang rapat yang pernah jadi pemeriksa. Bagi kertas Bahasa Malaysia dan Goegrafi tidak ada masalah, kerana ayahanda sendiri pernah menjadi pemeriksa kertas – kertas tersebut.
Berbekal dengan “apa yang ada” kita merangka peperiksaan percubaan sebaik mungkin. Dari keputusan itu kita mengemukan calon-calon untuk ditemuduga oleh Jawatankuasa Pemilih Program Bersama ini. Alhamdullillah effort kita tidak sia-sia. Dari siri pertama lagi kita berjaya menghantar pelajar-pelajar ke seberang laut melalui program ini. Over the years pada pemilihan seterusnya guru-guru dah berpegalaman jadi tidaklah sesukar seperti pada tahun-tahun sebelumnya. Hasilnya keluarlah ramai professional dari kalangan EXSAS – Shan Sulaiman adalah seorang daripada yang ramai itu.
Dalam pengkisahan ini ayahanda teringat satu peritiwa yang mencemaskan ayahanda sendiri …….(bersambung)