Suatu hari seorang pelajar bersama ibunya datang ke rumah Pengetua. Dia adalah di antara yang berjaya mendapat tajaan LLN (TNB) untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom tetapi menghadapi masaalah - iaitu tidak ada penjamin. Jadi hasratnya ialah meminta ayahanda menjadi penjaminnya….Mereka adalah “dagang”; ayah kepada pelajar itu seorang anggota polis, baru meninggal dunia. Banyak hal belum dibereskan lagi. Ayahanda serba salah. Nak menjadi penjamin ni berat tanggungjawabnya. Kerajaan pula tidak menggalakkan pegawainya menjadi penjamin (ada dalam Perkeling Perkhidmatan: cuma tidak tertulis dalam Perintah-Perintah Am). Oleh itu ramai orang tidak berani dan sanggup menjadi penjamin. Tajaan pelajaran biasanya ada bond; dalam kes pelajar ini bondnya RM70,000.00 (nilai wang masa itu; tahun 70an).
Pada mulanya ayahanda berterus terang kepada mereka bahawa ayahanda tidak boleh menjadi penjaminnya, dengan alasan terikat dengan peraturan. Keputusan itu mengecewa dan menyedihkan mereka. Air mata mula mengalir. Ibunya merayu kepada ayahanda; inilah harapannya; si pelajar inilah diharapkan dapat membela nasib keluarganya. Dia tidak ada saudara-mara dan kenalan di sini. Lama juga suasana “merayu” itu. Ayahanda mula gelisah; mereka bersungguh-sungguh merayu dan berharap. Memanglah ayahanda bersimpati: kerana tiada penjamin bererti dia terlepas peluang (mungkin once in a life time). Hati ayahanda dah mula kendor. Namun berbagai soalan timbul di benak. Kami tidak ada hubungan kekeluargaan. Sebelum ini tak kenalpun parents nya. Hubungan kami adalah Guru-Pelajar. Adakah si balu ini mempunyai assets untuk dijadikan collateral? Kalau adapun sanggupkah ayahanda ambil collateral itu? Sempat ke nak buat undertaking oleh peguam, sedangkan dokumen perjanjian antara pelajar dengan penaja perlu segera – patutnya dah lama dah dihantar. Hendak berangkat dah esok-sekarang. Akhirnya, tak sempat solat istikarah ayahanda pun tandatanganlah dokumen perjanjian itu, sebagai penjamin (bonda tak tahu – sampai sekarang - kalau tahu, entahlah………..)
Setelah dua beranak itu meninggalkan rumah kami, ayahanda tidak tahu apa yang berlaku, samada dia pergi ke UK atau tidak. Tidak ada sekeping post-card pun darinya menyatakan dia dah pergi ke belum, di mana dia belajar (jauh sekali menyatakan terima kasih. (By the way, sepanjang ingatan ayahanda tak ada terima any post-card pun dari puluhan EXSAS yang dapat peluang belajar di seberang laut melalui program Rancangan Bersama ini. Begitulah adanya….)
Satu hari, kira-kira satu tahun selepas drama di rumah ayahanda, tiba-tiba ayahanda terserempak dengan dia di Medan Pelancong Kuantan. (Medan Pelancong merupakan focal point Kuantanites masa itu). Ayahanda tersentak, dia tergamam. “Apa kau buat di sini? Bila kau balik? Cuti ke?”, bertalu-talu soalan ayahanda lepaskan, sebab pada perkiraan ayahanda di UK belum summer holiday, semester masih on.
Dia tidak segera menjawab. Mukanya berubah: ayahanda dah sense something not right. Nafas ayahanda dah mula kencang. Akhirnya dia bersuara “Sebenarnya saya dah lama balik…. “
“Habis bila nak balik ke sana” ayahanda memintas.
“Tak taulah, mungkin tak balik” katanya selamba.
Nafas ayahanda makin kencang; dalam kepala teringat bond RM70,000.00 (Di sini ayahanda dah lupa samaada kami berbincang hal itu di situ sahaja atau menyuruhnya datang ke sekolah pada esoknya. Yang pasti kami berbincang panjang)
Punca dia “abscond” ialah kerana, mengikut katanya, dia tidak boleh cope-up. Terlalu banyak masalah – masalah ibu dan adik-adiknya yang tinggal dagang di Kuantan; masalah persekolahan adik-adiknya. (Dia anak sulong). Ini semua mengganggunya dan tidak boleh menumpukan kepada pelajarannya. Tekanan ini menyebabkan dia abscond.
Bila dia telah selesai meluahkan ceritanya, ayahanda pun rebutt dengan memuji sikap bertanggungjawabnya kepada keluarga. Itu sangat mulia. Namun, ayahanda tegaskan kepadanya, tindakannya itu tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi, malah menambahkan masalah. Keberadaannya di sisi keluarga waktu itu dan dalam keadaan itu tidak meringankan beban, tidak boleh mengubah keadaan. Apa sangat yang dapat disumbangkanya dengan tidak ada kelulusan, hanya MCE. Bolehlah jadi kerani, atau sales person di supermarket (pun begitu, supermarket mengutamakan pekerja perempuan). Lain-lain kerja – guru, polis, askar – perlu lathihan pra perkhidmatan, makan masa juga. Jadi, ayahanda tegaskan kalau dia struggle dan hadapi dengan bersungguh-sungguh, dan dengan berkat doa ibu dia mesti berjaya, dan boleh mengubah haluan keluarganya. Seseorang perlu menghadapi kesusahan untuk senang kemudiannya: untuk berjaya mesti berkorban. Kalau tak dipecah ruyong mana datang sagunya. Panjanglah nasihat (leteran?) ayahanda kepadanya.
Kedua, ayahanda ingatkan kepadanya yang ayahanda adalah penjaminnya. Di mana ayahanda nak “cekau” (bahasa orang Pekan bermaksud “cari”) RM70,000.00 untuk bayar balik ke TNB. Gaji ayahanda masa itu baru RM750.00 (nilai sekarang RM_____?). Aset hanya isteri yang bergaji (RM375.00), 2 orang anak belum bersekolah, sebuah rumah teres satu tingkat yang baru mula bayar balik ansuran bank; jadi rumah pun masih milik bank; sebidang tanah tapak rumah sesuku ekar di Pekan; beli dengan pinjaman koperasi; jadi tanah pun belum milik sendiri –milik koperasi. Kalau TNB lelong semua aset mudah alih ayahanda masih tidak cukup untuk bayar RM70,000.00. Dia mendengar dengan teliti apa yang ayahanda luahkan seperti ayahanda mendengar luahannya dahulu. Tegasnya ayahanda pujuk (paksa?) dia untuk menyambung pengajian for the sake of everybody, termasuk ayahanda dan keluarga. Ayahanda tegaskan ayahanda telah mengambil risiko yang tinggi dengan menjadi penjaminnya. Andainya asset ayahanda dilelong di mana kami nak berlindung? (guna saikologi) Lama dia termenung; ayahanda resah. Akhirnya “Baiklah ayahanda; saya akan balik ke UK sebaik sahaja saya selesaikan beberapa perkara berhubungan dengan keluarga: saya akan balik, secepat mungkin. Saya berjanji” ……….
Alhamdullillah!. Namun lepas itu tak dengar apa berita darinya; macam mula-mula pergi dulu juga. Ayahanda mula tertanya-tanya, “Betul ke budak ni balik ke UK dan menyambung pelajarannya? Atau adakah TNB dah terminate sponsorship? Di mana dia?” Hari-hari berlalu penuh enxiety: takut tengok mail – takut akan kehadiran surat TNB. Dalam keadaan begitu apa lagi, migraine dok attack, gastritis melanda; tanda stress. Hari berlalu namun surat TNB tidak juga sampai. Hati mulai sedap – berfikiran positif bahawa budak ini dah menyambung pelajaranna, mudah-mudahan………
Beberapa tahun kemudian, kalau tidak silap pada tahun 1989, ayahanda dah berkhidmatan di Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pelajaran episode yang terputus itu (malah hampir lupa) bersambung semula. Hari itu hari Jumaat; ayahanda menunaikan solat Jumaat di Masjid Abu Bakar Siddiq di Bangsar. Selepas solat, kira-kira nak keluar Masjid tiba-tiba ayahanda terdengar suara memanggil “Ayahanda”. Belum sempat menoleh kearah suara itu ayahanda diterpa oleh seorang lelaki – rupa-rupanya “pelajar bertuah” dulu itu. Melihat dia, ayahanda tergamam; sekejap, macam mimpi. Belum sempat ayahanda bertanya, dia terus menceritakan bahawa dia telah berjaya menamatkan pengajiannya, dan dah lama balik ke tanahair. Kini dia berkhidmat di Ibupejabat TNB Bangsar bersama-sama Shan Sulaiman dan Subian Sukaimy. Dia juga memberitahu dia telah memindahkan ibu dan adik-adik ke KL bersamanya.
Ayahanda tidak dapat menggambarkan perasaaan ayahanda waktu itu; cuma rasanya air mata mula tergenang. Waktu itu ayahanda dah bercermin mata (dah rabun); jadi jika air mata mengalir pun kanta photo grey dapat menyembunyinya. Yang pasti air mata kesyukuran. Dan hanya perkataan “syukur” dapat ayahanda katakan kepadanya dan memeluknya. Dalam kegembiraan bercampur syahdu itu ayahanda lupa untuk sujud syukur, syukur kepada Ilahi tentang satu babak berakhir dengan kebaikan. Kini tak tahulah di mana dia berada; tentunya dia seperti Shan (sudah habis kontrak dengan TNB) dan menjadi ahli pernigaan yang berjaya, agaknya. Tak kisahlah, asalkan dia berjaya (untuk BERJASA) dan berbahgia: bagi si tua ini kalau tiba perkataan “Terima Kasih” pun sudah memadai…