Tugas sebagai Pengetua seakan-akan kerja 24 jam (kerana tidak habis dengan loceng terakhir sekolah). Monitoring merupakan komponen penting dalam menentukan segala-galanya berjalan seperti dirancang. Semua aktiviti memang ada guru-guru yang in-charge dan melaksanakan; namun penyeliaan dari Pengetua mesti ada. Kerja-kerja pentadbiran, pengurusan kewangan, keperluan membuat keputusan,perancangan dan sebagainya memerlukan tumpuan. Memanglah ramai staf sokongan; tapi ketua perlu manage the manpower. Manpower management inilah yang mencabar. Mulai tahun 1975 SEMSAS di puncak kapasitinya: pelajar-nya melebihi 800 orang, staff akedemik lebih dari 80 orang; staff sokongan (kakitangan pejabat/ makmal 15 orang; pekerja am – tukang kebun, penolong dapur, pekerja asrama lebih dari 50 orang. Ini cabaran; kerana kemudahan fizikal tidak bertambah. Ruang menjadi sempit; dan ini menularkan bibit-bibit masalah. Perlu ditangani berhemah dan cermat.
Dari komposisi warga sekolah seperti disebut di atas maka sekolah merupakan “periuk sedang menggelegak” (melting pot?). Staff akademik yang ramai itu terdiri dari berbagai nationality, berbagai etnik, dan berbagai tahap pendidikan iktisas dan professional. Pelajar-pelajar dari Tingkatan 1 hingga 6 merentasi remaja dari berbagai peringkat perkembangan emosi, kanak-kanak, awal remaja dan remaja, malah (Ting. 6 Atas) peringkat awal dewasa. Setiap kumpulan ini memerlukan cara menangani yang berbeza. Menangani pelajar Tingkatan 6 berbeza dengan menangani pelajar Tingkatan 1. Sebagai contoh, pelajar Tingkatan 1 boleh dirotan, malah boleh public canning; tetapi macamana nak rotan pelajar Ting. 6 Atas. (Pelajar Tingkatan 6 Atas muda sedikit sahaja – 2 atau 3 tahun – dari guru lepasan Maktab. (Dengan izin) Ismail Mat (kini Dr.) dan Mansor hanya dua-tiga tahun muda dari Cikgu Hanif dan Samsi (arwah). Saiz badan mereka pun lebih besar dari kedua-dua Cikgu yang disebut itu. Seorang Pengawas Tingkatan 6 Atas merupakan perokok tegar, - mengaku memang tidak boleh berhenti merokok. Buat apapun kepadanya dia tidak boleh berhenti. Puas dah counseling dia masih tidak boleh tinggalkan rokok. (dan dia bukan seorang). Hendak public caning? Kesan saikolojinya nya amat mendalam. Akhirnya ayahanda terpaksa buat perjanjian dengannya – iaitu dia (dan kuncu-kuncunya) boleh merokok di designated place only, and must avoid being reported to the Pengetua. Untuk itu kita tubuhkan satu club separuh rasmi – The Form 6 Club; tempat itu out of bound for juniors, di situlah mereka melepaskan ‘gian’ mereka.
Di Bilik Guru lain pula senarionya. Dengan guru yang ramai pada satu-satu ketika Bilik Guru sebesar dua bilik darjah itu sesak –macam Pasar Besar Kuantan. Walaupun Guru-Guru Khas ada bilik masing-masing, namun Bilik Guru masih sesak. Setiap Rabu, waktu recess, semua guru berkumpul di Bilik Guru untuk Pengetua dan Guru-Guru Khas menyampaikan maklumat terkini dan minum bersama (makanan di cater oleh Kelab Home Sience). Ini dinamakan “morning prayer” walaupun bukan serbenarnya in the morning, kerana dilakukan waktu recess. Di kala itu ada guru terpaksa berdiri (makan minum berdiri - cocktail?) – satu contoh tak baik kepada pelajar-pelajar: tapi apa kan daya?). Pepatah Melayu ada mengatakan “guru kencing berdiri (oops sorry!) murid kencing berlari”. Walau apapun, jika direnung, budaya “morning prayer” ini dengan bangganya boleh dikatakan bermula long before dikenali umum.
Di dalam kesesakan itulah ada pula guru merokok sambil memeriksa latihan murid; ada yang bercerita macam-macam hal hingga kedengaran ke Pejabat Pengetua. Seorang guru Mat Salleh yang paling banyak cerita disambut dengan gelak ketawa oleh yang dikelilingnya. Gegak gempita. Ada yang main carom hingga lupa masuk kelas (sampai tak dengar bunyi loceng). Non-smokers lebih-lebih lagi guru perempuan bersungut, yang Bilik Guru stuffy, polluted dengan asap rokok, dan bunyi clik-clik carrom stricker, diikuti laungan gembira pemenang dan penyokong setiap tamat permainan.
This cannot go on, bisik hati ayahanda. Ini mesti dihentikan. Satu hari heboh orang cari papan-papan carrom; “ooi papan carrom hilanglah, siapa ambil ni”. Ada pula menyangka warden bawa balik ke bilik masing-masing atau rumah warden. Pengetua buat tak dengar. (No cash for correct answer as to where are carrom boards landed). Minggu berikutnya mereka got another surprise. Bilik guru dah jadi lebih sempit. Sebahagian darinya telah dijadikan bilik lain, lengkap dengan beberapa buah ash-tray. Tidak ada arahan, tidak ada circular. Mereka faham sendiri (gurulah katakan) bahawa Pengetua mengarahkan perokok-perokok mengasingkan diri. Agaknya non-smoking zone ini, seperti budaya “morning prayer” tadi dah dimulakan di SEMSAS sebelum dipraktikan meluas di Negara. (Perasan lah tuu!!)
Satu malam sebelum tidur sempat pillow talk dengan bonda. “Macamana staff-room?” ayahanda tanya. “Taklah berasap seperti dulu. Tapi dia orang tertanya-tanya ke mana perginya carrom board”. Ayahanda hanya senyum, tarik selimut dan terus tidur. (Ini merupakan one of the rare occasion kami bercerita hal di sekolah di rumah; sebab code of conduct kami ialah tidak membawa balik hal sekolah ke rumah: kami tinggalkan sekolah apabila masuk pintu rumah, seperti kami tinggalkan hal rumah apabila melangkah nak ke sekolah. The rule is “At home you are my wife; at school you are my staff”
Di dapur tidak kurang juga dramanya. Pelajar-pelajar bertambah ramai, maka Penolong Dapur juga bertambah. Headache pun bertambah. Suatu hari commotion broke out. Seorang Penolong Dapur gone beserk. Yang menggerunkan di dapur banyak benda-benda tajam – pisau dan sebagainya. Bagaimana jika dia dapat capai benda benda itu? Mintak di simpang Malaikat 44. Entah macamana seorang daripada rakannya dapat mententeramkannya, dia start motor dan terus balik….”Selamat! No casuality”
Antara kisah yang menarik dari dapur ialah tentang makanan tidak cukup; the susu cair; ayam makin kecil, dan tak cukup. Jawatankuasa Makanan (dari Pelajar-pelajar) sentiasa on the guard; tetapi masih ada komplen makanan tidak mencukupi. This call for investigation. Meneliti work chart yang disediakan oleh Steward (Pakcik Johan) semua nampaknya in order; berapa kilo ayam, ikan, daging cukup, corresponds kepada bilangan pelajar. Invois dengan pesanan tempatan tally; apabila bekalan bahan mentah sampai, warden bertugas supervise kerja menimbang, didapati sama. Susu yang dikeluarkan cukup untuk bilangan pelajar – pekat dan manisnya. Tetapi kenapa the susu masih cair?; kenapa potongan ayam makin kecil?
Sekali lagi khidmat informer diperlukan. Maka berdasarkan tip yang diterima kita pun menjalankan operasi. Setiap sudut dapur diselongkar (macam Hawaii 5-0). Usaha tidak sia-sia; kita jumpa beberapa ekor ayam yang masih belum dipotong disembunyikan di tempat-tempat yang agak jauh dari pemeriksaan Warden/Jawatankuasa Makan. Sahlah aduan bahawa tidak semua ayam yang dibekalkan itu dikarikan, malah diseludup keluar. Selain ayam, item yang suka diseludup keluar ialah susu pekat manis (condensed milk).
Cara menyeludup keluar itu berbagai. Satu caranya ialah apabila nak pulang lepas kerja yang berkenaan akan mencampakkan ayam itu keluar pagar; kemudia senyap-senyap yang berkenaan akan mengambilnya dari luar pagar. Cara ini mereka lepas sekatan “Check-point” di Pondok Pengawal. (Pengawal sebelum ini diarahkan membuat pemeriksaan terhadap beberapa saspek yang keluar – suatu tugas yang mereka tidak suka lakukan).
Ada pekerja-pekerja memelihara ayam dan itek. Jadi nasi lebihan biasanya dibenarkan oleh pihak sekolah untuk dibawa pulang sebagai makanan ayam itek mereka. (Ini ‘harus’ hukumnya). Dalam satu sekatan di pondok pengawal terjumpalah beberapa tin susu pekat tersembunyi dalam plastik berisi nasi busuk itu.
Ekoran dari penemuan itu Stewad membuat preventive measure yang innovative. Semua susu yang hendak digunakan pada satu-satu hari (dari breakfast hingga tea-time akan ditebuk terlebih dahulu. Dengan ini susu tidak lagi boleh dibawa keluar. Selamat hal susu; tetapi bagaimana pula hendak mengawal ayam dari “terbang” ke luar pagar?. Ayahanda sendiri dah lupa apa tindakan Steward; yang ayahanda ingat ayahanda memberi kuliah yang panjang kepada semua pekerja-pekerja dapur bertemakan “mengambil hak pelajar”
[Mengimbau peristiwa susu kena tebuk, ayahanda tersenyum sendiri kerana ini membawa nostalgia ke zaman ayahanda masih budak-budak dulu, sekitar late 1940s ke early 1950s. Waktu itu Malaya di puncak zaman ancaman penganas komunis. BMA (British Malayan Administration- sebelum FMS – Persekututan Tanah Melayu) mengeluarkan perintah mencatu makanan (rationing). Setiap keluarga hanya dibenarkan membeli sekian gantang beras, dan sekian kati gula mengikut bilangan anggoota keluarga. (Sukatan kilo belum diperkenalkan lagi masa itu). Yang menggelikan hati ialah tentang susu; kerana susu tidak dapat dihadkan, kerana keluarga mungkin ada anak kecil yang sedang menyusu.
Oleh itu untuk mengelakkan susu dari diseludup ke communist dan penyokongnya setipa tin susu yang dibeli mesti ditebuk. Oleh kerana peti ais belum ada maka susu sudah ditebuk susah nak disimpan lama. Sebab itu kebanyakkan keluarga beli satu tin susu sekali beli. Ayahanda ingat lagi “terkonting-konting membawa balik susu sudah ditebuk dari kedai runcit Kampong Mengkasar. (Nak gambaran jelas bagaimana “terkonting-konting” itu, tonton semula cerita Seniman Bujang Lapok, episode Ajis dan Sudin membawa roti canai beserta kuahnya mencari Ramli di taman bunga. Kerana itulah kami di zaman itu jarang-jarang merasa susu - walaupun cair. Nak komplen kepada siapa?)